ᴥ9ᴥ

12 3 0
                                    

Natasya mengetuk-ngetuk perlahan penselnya ke atas meja. Sesekali dia menoleh ke sisinya. Masih gelap bilik itu biarpun jam dah menunjukkan angka 11.30 pagi. Kemana agaknya dia eh? Tak kan cuti kot! Semalam, waktu makan tengah hari sama-sama tak ada pula dia meminta kebenaran untuk bercuti pada hari ini. Ehhh... Sedarlah, dia tu penyelia bukannya boyfriend kau! Sebut sahaja tentang lelaki itu , Natasya mula mengeluh panjang. Sejak pagi tadi hatinya sentiasa berdebar-debar bila teringatkan kisah yang Sofia ceritakan pada malam tadi. Rasa berdebar-debar nak bertembung muka dengan lelaki itu dan rasa takut nak terserempak dengan Doktor Santi. Aduhai Natasya... macam manalah kau boleh terjebak dalam kalangan doktor ni? Gawat betullah macam ni!

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam. Selamat pagi, doktor..."

Kata-katanya terhenti di situ. Nada suara agak berbeza. Hmm... Bau minyak wangi juga tak sama. Paling penting, selama tiga hari dia berada di sini, rasa-rasanya belum pernah lelaki itu memberi salam. Lantas dia berpaling kemudian sedikit tersentak dan terpaku tatkala melihat lelaki yang berdiri tegak di tepi mejanya.

"Saya bukan Doktor Aiman la... Ermm.. Doktor Aiman cuti ke hari ni?" Natasya menggeleng perlahan, kemudian mengangkat bahu walaupun mata masih berkedip-kedip memandang ke arah lelaki di hadapannya.

"Hmm... Doktor Aiman jarang datang lewat kalau tak ada hal. Mungkin dia cuti agaknya. Saya datang silap masa la ni. Oh ya, awak ni student praktikal Doktor Aiman yang baru kan?"

Kali ini Natasya mengangguk pula.

"Kalau tak silap saya, awak ni... Natasya Umaira, kan?"

Segera dia mengangguk lagi. Tidak lama kemudian lelaki itu tersenyum . Melihatkan senyuman manis itu, hati Natasya tiba-tiba rasa tak keruan. Jantungnya juga rasa lain macam. Rasa laju saja berdegup.

"Asyik saya je yang bertanya. Awak boleh bercakap kan?"

"Eh.. Boleh, boleh.." Lelaki di hadapannya kemudian tertawa kecil dengan senyuman masih terukir di bibir. Terkebil-kebil mata Natasya buat seketika. Dia cuba berlagak biasa biarpun jantungnya masih belum berdegup normal lebih-lebih lagi melihatkan senyuman seperti itu.

"Saya Aidil . Aidil Ziqri. Pelajar master bawah seliaan Doktor Aiman."

"Ohh..." Erkk.. Tasya , itu saja yang kau boleh jawab? Mana pergi mulut takde insurans dan...

"Tasya ni... student mana?"

"UTM."

"UTM Skudai?"

Natasya mengangguk lagi.

"Saya belajar di UPM. Dekat aje, tak jauh dari sini."

"Ooo.." Aduhai Natasya... ooo lagi? Mesti mamat ni serik nak tegur kau ni. Jadi diri sendiri, Tasya! Create rapport... asyik nasihat Prof. Jay itu juga diingatnya. Bosan!

"Aidil? Bila awak sampai?" Tiba-tiba terdengar suara seseorang yang muncul dari pintu makmal.

"Ehh.. Doktor Aiman! Saya baru sampai dalam 10 minit. Lewat Doktor Aiman hari ni? Maaf, sebab datang tak beritahu Doktor Aiman dulu. Saya dari kampung, terus datang sini."

"No problem. Jom masuk dalam bilik. Kita bincang di dalam."

"Baik, Doktor . Ermm... Tasya, saya masuk dulu ok. Kita jumpa lagi nanti." Tegur Aidil Ziqri dengan senyum yang masih meniti di bibirnya.

Natasya mengangguk perlahan. Matanya masih terkedip-kedip memandang Aidil. Dia berasa kagum dan sedikit tertarik dengan perwatakan lelaki itu. Mesra. Sopan dan berbudi bahasa biarpun wajahnya tak sekacak Doktor Aiman sombong tu.

Ugh I Love You Mr.HandsomeWhere stories live. Discover now