ᴥ5ᴥ

40 8 0
                                    

Di bawah adalah biodata Doktor Aiman sombong a.k.a penyeliaku...

Nama: Muhd Aiman Daniel Bin Ridzuan
Umur: 29 tahun
Pekerjaan: Jurutera Penyelidikan
Status: Bujang
Kepantangan: ...

"Perempuan!" jerit Ezrani lalu ketawa kecil.

"Sibuk ah kau! Aku nk luahkan perasaan dalam diari pun tak boleh! Kau buatpe kat sini? Bukan tempat kau dekat tingkat atas ke?"

Ezrani menjelirkan lidah sebelum tertawa kecil. Seronok dapat mengenakan kawannya.

"Aku pergi tandas dengan budak kesayangan kau tadi. Saja datang sini nak melawat. Salah ke? Ehh..pakwe kau mana?" soal Ezrani sambil terjenguk-jenguk.

"Aku mana ada pakwe la!" Natasya membalas perlahan. Malas rasanya hendak membuka bila soal pakwe, kekasih mahupun mata air diajukan kepadanya. Jujurnya, sejak di bangku sekolah lagi memang tidak ada lelaki yang sudi berkawan rapat dengannya. Kenapa! Entah. Dia sendiri kurang pasti sebab musababnya.

"Maksud aku, Doktor Aiman lah!"

Laju saja dia mencebikkan bibirnya apabila penyelianya yang sombong itu dikatakan kekasihnya. Ezrani sengaja aje hendak mengenakannya.

"Eh, bila masa pulak aku jadi makwe dia ni? Kau jangan nak pandai-pandai buat gosip murahan eh, Rani. Dia belum datang lagilah. Entah-entah, dia curi harini."

"Siapa yang cuti?"

Erkk! Natasya terdiam. Takut-takut dia hendak menjawab. Dari sisi mata, dia sudah boleh mengagak gerangan yang bertanya. Daripada bau minyak wanginya saja Natasya sudah tahu siapa gerangan orangnya. Heh Rani ni, memang saja nak mengundang masalah. Err... Aci tak kalau dia pura-pura tak mendengar soalan itu?

"Ehh... Doktor Aiman! Lewat harini? Jalan jammed eh?" tegur Natasya , ceria. Langsung lari daripada topik cuti.

"Hmmm... Masuk bilik aku kejap!" balasnya sambil terus membuka pintu kaca biliknya.

Mata Ezrani sedikit membulat. Aku? Biar betul penyelia Si Tasya ni! Sempoi gila. Guna kata ganti nama aku-kau je?

Seakan-akan memahami maksud pandangan Ezrani, Natasya cepat-cepat menggeleng, memberi isyarat kepadanya supaya pergi. Hah, nampaknya mood Doktor Aiman sombong tu tak berapa nak baik harini. Bersedialah wahai Natasya Umaira. Sila sediakan kapas putih cukup-cukup buat menyumbat telinga!

"Ya Doktor Aiman?" soal Natasya lalu bersiap sedia dengan nota dan pen di tangan. Lagak dah macam setiausaha tak berbayar. Hidungnya lantas menangkap satu bau minyak wangi yang semerbak memenuhi bilik itu. Damai. Menarik lagi tertarik. Urghh... Bahaya ni! Fokus Tasya, fokus!

"Haaa...yang kau terpejam-pejam mata ni, kenapa? Baru hari kedua dah mengantuk datang kerja?"

Alamak! Cepat-cepat dia membuka mata.

"Doktor Aiman ni wangi sangatlah..." Kata-katanya terhenti di situ tatkala mata lelaki itu tajam memandang ke arahnya. Aduhai.. Macam manalah mulut ni boleh terlepas cakap?!

"Kenapa? Busuk? Pening?" soalnya dengan pandangan redup. Tidak seperti semalam. Matanya tajam seperti singa yang dah berbulan-bulan tak makan daging.

"Eh..tak adalah. Saya suka bau macam ni, macam.. Ermm...aaa...tak mengapalah , tak penting. Oh ya, ada apa Doktor Aiman panggil saya ni?" Pantas saja Natasya menukar topik. Tidak mahu soal minyak wangi terus diutarakan.

"Haa.. Lupa pula aku. Kau dah baca pasal amidasi?"

Laju Natasya menggeleng. Bila pula dia ada masa hendak mencari maklumat berkenaan amidasi kalau malam tadi dia sibuk menjawab temu bual eksklusif daripada Sofia dan Ezrani tentang lelaki dihadapannya ini?

"Kau buat apa malam tadi? Bergayut dengan pakwe?" soalnya serius. Pandangan redup terus menjadi pandangan yang menakutkan dengan mata yang tajam langsung tak berkedip.

Mata Natasya mencerlung. Mak ai... Soalan!

"Saya mana ada pakwe , Doktor Aiman." Natasya menjawab bersahaja.

"Dah tu, kalau bukan pakwe, gayut dengan tunang?"

"Kalau pakwe pun tak ada, tunang lagilah tak ada kan?" balas Natasya seiring senyuman manakala nada suaranya meminta simpati. Tapi senyumannya setakat di situ saja apabila melihat lelaki itu kembali memandang komputer.

Perlahan-lahan Natasya memberanikan diri memerhati wajah lelaki yang sedang sibuk memandang ke arah komputer riba itu. Kacak. Kulit putih mulus dan bersih. Hidung mancung. Rambut tersisir elok. Pengemas. Ada kerja yang bagus...tapi bajet bagus sangat! Sebab itulah tak ada perempuan yang nak dekat.

Wah Tasya, baru hari kedua praktikal di sini dah boleh buat ulasan pasal menyelia sendiri. Bila ditanya soal kerja, soal amidasi...huh...haram. Sepatah pun tak boleh dijawab!

"Yang kau beria-ia pandang aku ni, kenapa? Tengah dok fikir aku sesuai ke tak jadi calon pakwe kau?"

Natasya menelan air liur. Perit pula rasanya lebih-lebih lagi apabila melihatkan senyuman ala-ala perli lagi sinis lelaki di hadapanya itu.

"Hehehe. Takdenya! Saya ni manalah layak nak digandingkan dengan Doktor Aiman. Doktor Aiman ni pegawai besar, saya ni pula, pelajar praktikal je. Manalah..."

"Jadi betullah kan tadi kau dok renung, fikir pasal aku? Tasya, Tasya.."

Kali ni dia tergamam. Lama. Terkebil-kebil dia melihat lelaki itu tersenyum mengejek ke arahnya sambil menggeleng kepala berkali-kali. Biarpun rasa malu sebab terkantoi di situ tapi entah kenapa hatinya berbunga-bunga. Aduhai Doktor Aiman yang kacak, merdu sungguh suara kau menyebut nama aku tadi.

Tasya..Tasya...

Hai la... Hari-hari kalau macam ni boleh cair dia dibuatnya.

Ugh I Love You Mr.HandsomeWhere stories live. Discover now