"Kau letak otak kau kat mana hah? Kat lutut?"
Itu soalan pertama yang diajukan kepadanya tatkala dia baru saja melabuhkan punggung ke atas kerusi. Natasya terkedu dan sedikit tersandar ke belakang. Takut-takut, wajah di hadapannya itu dicuri pandang.
"Kenapa Doktor Aiman tanya saya macam tu?" keluh Natasya perlahan. Terasa agak kasar gaya bahasa soalan tadi diajukan. Makan dalam tu!
"Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut! Aku bagi kau masa tiga hari baca jurnal tu, tapi apa yang kau buat?" Suara lelaki itu memetir. Mujurlah selepas masuk bilik itu tadi, dia menutup pintu tersebut serapat-rapatnya.
Natasya menelan air liur. Pahit. Hatinya terasa sedikit terusik dengan kata-kata lelaki itu.
"Doktor Aiman dah tengok produk saya ke? Saya baru je on machine tu. Belum boleh dapat produk lagi. Masa tindak balasnya kan, 30 minit. Saya baru je on machine tu lima minit lepas."
"Haah. Nasib baik kau baru on machine tu dan kebetulan aku baru sampai. Kalau lambat sikit, mahu satu bangunan orang ni pengsan sebab keracunan! Yang kau pula, boleh tenang-tenang saja duduk baik-baik dalam surau tu, kan?" Amarah masih meluncur laju dari mulut lelaki itu. Mukanya tak payah cakap, menggerunkan. Hilang terus rupa tampan.
Dahi Natasya berkerut, memikirkan sesuatu. Dia ni mengarut tentang apa pula? Sekejap cakap soal reaksi, sekejap cakap pasal keracunan. Apa kaitan kerja makmalnya dengan keracunan?
"Keracunan? Maksud Doktor?" soal Natasya lambat-lambat.
"Fatty acid react with urea will produce fatty amide and emit ammonia gas. Are you aware about that?"
"Haaa? Emm... ya. Tapi saya ada pasang condenser menghala ke arah ducting."
"Masalahnya, kau tak on suis ducting tu! Tingkat atas penuh dengan gas ammonia tu... Kau tahu tak?"
Mata Natasya terbeliak besar. Lupa hidupkan? Ya ke? Yang aku hidupkan tadi tu suis apa ya? Suis lampu? Ehhh... bukan... pendingin hawa?
"Huh... buat malu student engineering aje. Baru suruh buat reaction dalam makmal, dah jadi macam ni. Belum lagi disuruh buat dalam skala besar. Kalau aku suruh kau buat dalam skala loji rintis, habis meletup agaknya satu bangunan ni, kan? soalan Aiman Daniel. Sinis.
Natasya mengetap bibir. Hatinya rasa semakin sakit. Tak pernah seumur hidupnya dimarah merangkap dihina sebegini rupa.
"So now, kau pergi naik atas dan minta maaf pada semua staf dan pegawai makmal di tingkat atas."
"Apa? Saya?"
"Habis tu, siapa? Aku yang nak kena minta maaf? Kau yang dah buat salah, pergilah minta maaf." balas Aiman Daniel bersahaja. Hati Natasya semakin sakit. Wajah penyelianya dijeling tajam, tangannya digenggam kuat. Dadanya berombak. Sabarnya sudah di luar batasan.
"Masalahnya di sini, saya buat salah sebab tak dapat supervision yang betul daripada Doktor Aiman. Saya tak diberitahu pun tentang macam mana nak operate machined tu, nak on ducting di mana... semuanya saya buat dan belajar sendiri! Adil ke saya sorang dipersalahkan dalam hal ni?"
Aiman Daniel tergamam. Wajah kuning langsat itu dipandang tepat. Dia rasa tercabar. Posisinya sebagai pegawai penyelidik kanan merangkap salah seorang pegawai terbaik di organisasi itu serasa dipandang rendah. Belum ada dalam sejarah lagi sejak enam tahun perkhidmatannya di situ, ada pelajar mahupun pembantunya yang berani mempersoalkan kredibilitinya sebagai ketua. Tapi gadis dihadapannya ini tanpa rasa takut melakukannya? Memang silap besar.
Aiman Daniel mengetap bibir. Kepalanya dipalingkan. Dia tidak mahu terus-terusan memandang wajah itu. Bimbang marahnya tidak dapat dikawal dengan baik lebih-lebih lagi apabila melihat tangannya sendiri sudah mula menggeletar perlahan.
"Kalau dah namanya perempuan tu, memang tak pernah lari daripada menyusahkan orang. Kau keluar sekarang sebelum aku hilang sabar!"
"Baik, saya keluar sekarang. Saya pun dah kurang sabar dengan sikap Doktor Aiman yang membuta tuli marah saya tanpa alasan yang kukuh!"
Natasya bingkas bangun. Tanpa berpaling dia mengatur langkahnya keluar dari bilik itu menuju ke arah bangunan luar yang menempatkan beberapa buah loji rintis. Langkahnya kemudian terhenti di hujung kawasan itu. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung ke atas kerusi panjang berwarna hijau sebelum air matanya mengalir laju tanpa henti.

YOU ARE READING
Ugh I Love You Mr.Handsome
Romance𝐾𝑎𝑡𝑎 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 , 𝑡𝑎𝑘 𝑘𝑒𝑛𝑎𝑙..𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑡𝑎𝑘 𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎. 𝑇𝑎𝑝𝑖 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑑𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑛𝑎𝑙, 𝑎𝑠𝑦𝑖𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑘𝑖𝑡𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑡𝑖 𝑗𝑒..𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑎𝑝𝑎? -𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 𝑈𝑚𝑎𝑖𝑟𝑎 Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lur...