ᴥ7ᴥ

42 7 6
                                    

"She's what? Please Aiman... Jangan pula you cakap yang you memang dah ada hati dekat dia since you nampak application form dia!"

Natasya mencebik. Sofia pula dah mula tergelak besar sambil berguling-guling di atas karpet.

Ikin ni kan, pandai-pandai je dia nak buat dialog sendiri. Siap tiru gaya Doktor Santi lagi tu. Rambut Ikin yang panjang paras bahu sengaja dibiarkan lepas tanpa berikat. Memang persis gaya Doktor Santi!

"Kau ni kan, Tasya...pergh...aku tabik spring la! Jampi serapah apa kau dah hembus kat Doktor Aiman tu, hah?"

Ezrani ketawa kecil. Tangannya laju menyuap Mi Segera Ruski Perisa Tom Yam. Baunya? Perghh... Memang menyelerakan!

"Apa kau ni. Aku tak ada niat apa-apa pun kat Doktor Aiman sombong tu. Dalam hati kecil suci murni lgikan mulia aku ni, tak pernah terdetik pun nak rampas Doktor Aiman sombong tu daripada Doktor Santi tu hah. Haa.. Rani. Kau sendiri dengar pagi tadi, kan? Doktor Aiman yang suruh aku masuk bilik dia, betul kan?"

Ezrani mengangguk laju. Tapi, tak lama kemudian dia sambung ketawa. Natasya mula mendengus perlahan. Rasa tak puas hati mula beraja dalam hati. Apa punya kawan la macam ni! Bukan nak menyokong!

"Apa yang kau nak risaukan, Tasya? Tak timbul masalah kes rampas merampas pun. Depa berdua tu tak ada apa-apa hubungan istimewa pun. Cuma hubungan dua pupu, tu je. Dulu, aku dengar cerita yang kononnya nenek Doktor Aiman tu pernah nak jodoh dorang berdua. Tapi korang bertiga pun dah boleh agak feedback Doktor Aiman, kan?"

"Biar aku teka! Mesti Doktor Aiman jawab...nek, Aiman minta maaf... Aiman tak berminat nak kahwin dengan perempuan sebab Aiman..."

"Eh kau ni Rani...agak-agak la. Berdosa tau kau buat statement berani mati macam tu! Belum ada bukti sahih pun yang dia tu tak berminat dengan kaum perempuan, kan?"

Natasya terdiam apabila tegurannya tadi menjadi bahan renungan mereka bertiga di situ. Masing-masing dah mengangkat kening tinggi sambil tersengih-sengih.

"Marah nampak? Bukan ke hari tu kau yang mula-mula cakap Doktor Aiman macam tu?" soal Sofia.

"Yeke? Ada ke aku cakap macam tu? Eee..." Natasya menayang muka tak berdosa.

"Weh betul ke Doktor Santi tanya macamtu kat Doktor Aiman? soal Ezrani dengan penuh semangat. Mangkuk mi segeranya yang telah licin diletakkan ke sisinya.

Natasya menepuk dahinya. Alahai budak Rani ni pun, kenapa pula dia nak membangkitkan semula cerita yang dia cuba alihkan sejak tadi.

"Yup! Kau ingat aku ni kepochi sangat ke macam budak Ikin dengan Tasya ni? Cakap pun ikut suka mulut dorang je. Aku cakap berdasarkan fakta tau!"

"Banyak sangatlah fakta kau eh. Ni novel ni kalau aku lepuk kau dengan benda ni, kau jangan kenapa malam ni kau tidur dekat hospital. Nak gaduh cakap je , aku on!" Bentak Ikin.

"Eh budak, kau sini duduk dengan aku. Risau satgi ada yang koma sebab kau..."

Natasya menjeling tajam ke arah Sofia yang sudah menjelirkan lidah. Fakta la sangat!

"Habis tu? Apa yang Doktor Aiman jawab? Jantung aku pula yang berdebar-debar nak tahu jawapannya." gesa Ezrani, ingin tahu.

Natasya menggaru kepala. Ahhh...bahaya juga budak Rani ni. Kalau tak diberhentikan, mahu habis rahsia tentang Doktor Aiman dikoreknya dalam satu malam.

"Okey guys. End of discussion. Dah lewat malam ni. Aku nak tidur. Jom tutup lampu!" arah Natasya, lagak seperti warden asrama putri.

"Kau jangan nak mengelak, Tasya. Weh..jangan tutup lampu!"

Jeritan Ezrani langsung tidak diendahkannya. Laju saja jarinya menekan suis lampu bilik itu. Dengan hanya diterangi lampu tidur, dia merebahkan badan ke atas tilam nipis di atas lantai bilik itu. Malas hendak melayan Sofia dengan fakta mengarutnya tentang lelaki itu.

"Nak tahu apa Doktor Aiman jawab? Suara Sofia sedikit meninggi. Di balik wajah yang ditekup dengan bantal, Natasya tersenyum sendiri. Masak sangat dengan fiil Sofia... Saja hendak menarik perhatiannya.

"Doktor Aiman jawab..."

Kata-kata Sofia terhenti di situ. Agak lama juga. Dalam 5 ke 10 minit dan entah kenapa, tak semena-menanya hati Natasya turut rasa berdebar menanti sambungan kata-kata Sofia. Ceh, Tasya! Tadi kata tak nak dengar!

"Doktor Aiman jawab... It's none of your business! It's my personal life. Not yours!"

"Cehh... Itu je dia jawab? Tak menarik langsung!" Ezrani mengeluh. Natasya ketawa kecil di balik bantal peluknya. Padan muka kau, Rani!

"Ada lagi. Doktor Santi pun apa lagi , dia naik marah la bila Doktor Aiman jawab macam tu! Dia pun tanya lagi...apa bagus sangat dengan budak tak habis belajar tu sampai dia dapat keistimewaan duduk dalam bilik you, keluar makan dengan you?Be professional, Aiman! Aiman yang I kenal bukan jenis yang senang-senang saja nak keluar makan dengan perempuan. I pun you tak pernah ajak makan berdua!"

"Lepas tu, Doktor Aiman balas... Stop it! You tak malu ke ke orang lain dengar apa yang kita bincangkan? Okeylah, I nak keluar dulu. Baru je Doktor Aiman nak melangkah, tiba-tiba Doktor Santi tarik lengan Doktor Aiman. Aku terus tergamam tau, Rani. Apa tidaknya, masa tu aku tengah duduk kat meja Hani sebab nak faks surat."

"Serius la? Depan-depan kau dia buat macam tu? Macam drama TV pulak, kan? Doktor Santi tu tak segan ke buat macam tu depan orang ramai?"

"Alah, apa nak dihairankan? Doktor Santi tu memang macam tu gelagat dia. Semua orang dah faham sangat dengan sikap obsesi dia kat Doktor Aiman. Hmm...lepas tu, apa lagi ? Doktor Aiman bagi renungan maut lagi mencairkan dia tu la kat Doktor Santi. Dia suruh Doktor Santi lepaskan tangan dia, tapi dia tak nak. Dia dok sebok suruh Doktor Aiman mengaku apa perasan dia kat budak Tasya ni."

"Lepas tu apa jadi?" Ezrani dah rasa makin tak sabar nak mendengar jawapan daripada penyelia Natasya yang dari pandangan matanya memang tenang dan meletup.

"Okay fine, I love that girl. Itu jawapan yang you nak dengar, kan? So that's it! Lepaskan I. I nak pergi makan dengan buah hati I." Tiba-tiba jantung Natasya terasa bagaikan berhenti berdegup tatkala mendengar kata-kata itu keluar dari mulut Sofia. Biar betul Sof ni? Takkanlah Doktor Aiman cakap macam tu? Tak mungkin! Ini tak lain, Sofia sengaja nak mengenakan Si Rani yang lurus bendul ni.

"Serius la weh? Kau tak tipu aku kan??"

"Apa faedah aku tipu kau? Isy... Aku sendiri rasa macam tak percaya waktu dengar Doktor Aiman cakap macam tu..." balas Sofia. Kali ini nada suaranya sedikit serius berbanding tadi.

"Entah-entah, Doktor Aiman cakap macam tu sebab nak lepaskan diri daripada Doktor Santi kot?" teka Ezrani.

"Hmmmm... Mungkin juga. Tapi Doktor Aiman yang aku kenal bukan jenis yang suka cakap merepek meraban macam kita ni. Tapi tak apa, biar masa yang tentukan segalanya" Natasya menarik nafas lega. Kata-kata Ezrani tadi sedikit menenangkan hatinya yang sejak tadi rasa berdebar-debar tak tentu hala. Doktor Aiman sukakan aku? Ahh.. Tak mungkin! Matanya terus dipejam rapat-rapat. Malas dia hendak memikirkan perkara yang merepek itu lagi.

"Sudah-sudah la tu, tidurlah. Nak aku memekak ke malam buta ni?" Tegur Ikin

"Yelaa. Bye goodnight. Bangunkan aku nanti!"

Ugh I Love You Mr.HandsomeWhere stories live. Discover now