ᴥ︎︎︎11ᴥ︎︎︎

13 2 0
                                    

"Niel! Tunggulah kejap!"

Aiman Daniel menoleh. Seketika dia tersenyum apabila teman baiknya yang kurus dan tinggi lampai itu datang menghampirinya.

"Bila kau balik, bro?"

"Dah seminggu. Kau je yang tak tahu. Maklumlah busy sangat sekarang ni, kan?" balas Farhan sambil tersenyum penuh makna. Dahi Aiman Daniel sedikit berkerut. Dia cuba memahami maksud sebenar kata-kata Farhan itu tadi.

"Sibuk tu, normallah. Tapi aku masih datang bangunan HQ ni untuk meeting. Tak ada pula terserempak dengan kau."

Jawapan Aiman Daniel membuahkan tawa Farhan. Bahu sahabatnya diraih dan ditepuk perlahan diiringi sengihan.

"Kau dah kenapa, Paan? Kut ya pun dah sebulan tak jumpa aku, janganlah buat perangai pelik macam ni."

Farhan kembali ketawa. Kepalanya digaru perlahan.

"Kau punya jawapan tu cliche sangatlah, bro. Aku maksudkan bukan pasal kerja, tapi pasal student praktikal baru kau tu."

"La.. pasal tu. Yalah, kenapa? Sebelum-sebelum ni memang aku ambil student praktikal. So, apa isunya kat sini?"

Farhan menggeleng kepala. Dia sudah mengenali Aiman Daniel sejak universiti lagi, sikapnya tak pernah berubah. Suka cakap ikut buku. Sangat formal!

"Student kau tu, perempuan kan?"

"Yeah.. so?"

Farhan mengeluh perlahan, melihat wajah Aiman Daniel yang bersahaja. Itu pun tak faham lagi ke?

"Bro.. bukan dari dulu kau ni sensitif ke bab kaum hawa ni? Bos kau, lelaki. Student praktikal kau sebelum ni, semuanya lelaki... Budak unit kau... pun lelaki. So, macam mana boleh budak perempuan ni terlepas tapisan pula?"

Aiman Daniel tertawa kecil.

"Cara kau cakapkan Paan macam aku ni minat kaum sejenis. Seram aku dengar. Nak membayangkan lagilah aku tak sanggup. Ini namanya... cabaran. Kau paham tak? Cabaran.."

"Cabaran? Maksud kau?"

"Cabaran untuk diri aku sendiri. Okey aku mengaku, selama ni aku lagi selesa bekerja dengan lelaki dan alhamdulillah segala kerja aku berjalan lancar. Tapi kalau berterusan macam ni, bosanlah bro. Sama je tiap-tiap hari, tiap-tiap tahun. Takkanlah seumur hidup dan sampai pencen aku nak lalui benda sama? So, aku pun ambillah minah ni."

"Maksud kau? Kau buat eksperimen sendiri dan budak tu jadi model kau?"

"Pembetulan. Bukan model, tapi bahan. Kau tau bahan uji?"

Farhan menggelengkan kepalanya berkali-kali. Berat ni... Aiman Daniel yang dulu, okey je. Tapi kenapa apabila dah meningkat umur, dia berubah jadi nakal macam budak umur 18 tahun pula?"

"Kau ni Niel, berdosa kau buat budak tu macam tu. Budak tu, suci murni datang sini nak belajar tapi niat kau bukan mengajar dia! Susah-susah sangat, kau bagi dia kat aku lah! Biar aku yang ajar dia. Dia budak engineering, kan?"

Aiman Daniel ketawa kecil diiringi gelengan. Sesekali rambutnya yang sedikit menutupi mata diselak ke belakang.

"Sorry la bro. Mana ada polisi, boleh pas-pas student praktikal macam tu aje? Marah pihak universiti nanti. Relaks, I mean no harm. Saja seronok-seronok."

"Seronok-seronok ya? Tapi yang aku dengar, lain. Yes, I love that girl. Apa bendanya pula tu?"

Gelak Aiman Danial terhenti dan diganti dengan gelak besar daripada Farhan. Wajah Aiman Daniel berubah tegang dan sedikit kemerahan. Dia sedikit tersentak mendengarkan soalan itu.

Ugh I Love You Mr.HandsomeWhere stories live. Discover now