🌷Bab 12🌷

1.2K 87 10
                                    

[Februari 2008]

***

"JAT, tolong datang rumah aunty kejap boleh? Aunty tak tahulah kenapa dengan Jaja... sejak balik sekolah tadi asyik menangis je. Lepastu berkurung dalam bilik taknak keluar. Aunty risaulah..."

Dia tengah berlatih main skateboard dengan Seman masa panggilan Puan Munirah dia terima. Tak sampai pun lima belas minit dia terima panggilan dari mama Jaja itu, Ejat kini dah berada di sebelah Jaja di beranda depan rumah budak perempuan itu. Dan sekarang sudah sepuluh minit dia berada di situ bersama Jaja, menadah telinga mendengar budak perempuan itu menangis.

Tadi tu puas jugaklah Ejat ketuk pintu bilik Jaja, memujuk dia supaya melepak bersama di halaman rumah. Puas jugaklah dia atur ayat sebelum Jaja tunjukkan muka depan dia.

Bila dah lama Jaja macam tak hasilkan apa-apa bunyi lagi, Ejat mula buka mulut. "Ja--"

"Hikss...Hikss..."

Fikir dia Jaja dah berhenti menangis. Rupanya jangkaan dia salah. Sedu sedan Jaja masih berbaki. Dan itu buatkan Ejat gigit lidah. Berkira sama ada mahu meneruskan niat atau tidak. Ikutkan hati dia mahu bercakap dengan Jaja tapi nampaknya sahabat dia itu masih berada di dalam keadaan beremosi. Lalu Ejat tak ada pilihan. Kembali mengunci suara semula.

"Aku sedih..." Lebih kurang lima minit macam tu, Jaja mula memberi tindak balas.

"Sebab apa?" Tak tunggu lama, Ejat terus merespon.

"Dania ca-cakap... aku akan lambat besar sampai bila-bila. Lepastu aku takkan tinggi dan proses pembesaran aku akan terbantut. Macam ayam serama-aa-aaaaa huwaaaa!"

Kata-kata Jaja yang sudah meraung itu buatkan dahi dia berkerut, kehairanan. "Kenapa Dania cakap macam tu kat kau?"

Sedut air hidung dalam-dalam, Jaja berkata. "Se-sebab birthday aku dua puluh sembilan Februari, tahun lompat. Ta-tahun lompat kan em-empat tahun sekali. Se-sebab tulah aku akan lambat be-besaaaaarrrrr.... huwaaaa!" Ayat-ayat itu tetap ditutur walapun payah berselang-seli dengan esakkan yang tak menahan. 

"Dan kau percaya? Sebab tulah kau jadi macam ni?"

Jaja yang sedang meraup muka dengan tapak tangan, mengangguk laju. 

Bukaan saiz bibir yang asal tadi cuma satu sentimeter sekarang bertambah kepada tiga sentimeter."Seriously?"  Sungguhlah tak sangka budak perempuan yang pegang gelaran pelajar paling cemerlang di sekolah mereka itu percayakan benda karut serupa itu. "Seriuslah kau percaya cakap Dania?" 

Diterjah soalan dari Ejat, Jaja jatuhkan tangan dari wajah. Muka sembab dia halakan pada Ejat di sebelah. "Kau bangun berdiri jap." Kata dia seraya melompat turun dari beranda.

Sarung selipar yang berada di atas rumput, Ejat berdiri.

"Cuba kau tengok diri kau sekarang." 

Dengan kening terangkat pelik gara-gara permintaan itu, Ejat tetap akur. Kepalanya ditunduk merenung tubuh sendiri. 

"Sekarang kau tengok aku." Jaja menuding diri sendiri dari kepala sampai ke bawah. 

Masih menurut, Ejat alihkan pandangan dari tubuh sendiri kepada Jaja yang sudah berdiri di depan dia. 

"Kau nampak tak apa yang aku nampak?"

"Nampak apa?" Makin pelik Ejat dengan telatah Jaja.

Sisa air mata di pipi dikesat dengan kasar. "Ishh!" Jaja jadi geram. Satu langkah dia atur ke depan, merapatkan diri dia dan Ejat. "Sekarang kau nampak tak?"  

[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now