🌷Bab 7🌷

1.9K 111 1
                                    

[November-2019]

***

FARAH mengimbang dulang di tangan sambil berjalan ke arah Hannah dan Jaja yang dah mengambil tempat di meja di satu sudut kafe. "Espresso with white chocolate cream for Hannah, mixed berry smoothie for Jaja and chocolate milkshake for me."

"Thank you, thank you." Jaja dan Hannah bergabung suara.

"Mentioned not." Selesai mengagihkan tempahan minuman masing-masing, Farah terus menghenyakkan punggung di kerusi kosong sebelah Jaja.

"Aku suka giler dengan benda alah ni." Ujar Hannah sambil mencapai sebatang churros yang terhidang atas meja. Dicelup dalam hujung churros ke dalam sos coklat sebelum dimasukkan ke dalam mulut. "Allahu... nikmatnyaaaa."

Farah guling biji mata ke atas. "Suka sangat makan manis-manis. Kena potong kaki nanti padan muka."

Mata gadis yang berasal dari Pahang itu terbuntang luas. "Jangan doalah wei. Mintak simpang!"

Jaja yang sejak tadi cuma menjadi pemerhati keletah budak berdua itu ikut menyungging senyum. Mereka berdualah yang sentiasa mewarnai hidupnya di bumi Manchester ini.

Perkenalan yang terjalin sejak hari pertama pendaftaran asrama semester bagi pengambilan kursus sarjana muda di University of Manchester berlangsung sampai sekarang. Alhamdulillah, selepas empat tahun bertungkus lumus, akhirnya mereka bertiga berjaya menghabiskan program Ijazah Sarjana Muda Farmasi dengan sempurna.

Dan kini sudah lima bulan mereka tidak lagi bergelar pelajar. Disebabkan majlis konvokesyen akan dijalankan pada bulan Jun tahun hadapan iaitu lebih kurang enam bulan dari sekarang, jadi masing-masing mengambil keputusan terus berada di bandar yang terletak di tengah Greater Manchester Urban Area yang mempunyai jumlah penduduk sebanyak 2,240,230 itu.

Walaupun terus berada di bandar ke tiga terbesar di United Kingdom, tidak bermakna mereka menganggur. Ketiga-tiga mereka telah ditawarkan oleh pensyarah masing-masing untuk bekerja sebagai research assistant. Selain itu mereka juga ditawarkan untuk menyambung pengajian ke peringkat master.

Buat masa ini Jaja, Farah atau Hannah belum lagi membuat keputusan. Masing-masing sedang berfikir samada selepas majlis konvokesyen nanti mereka mahu berada di sini atau pulang ke tanah air.

Yang nampak macam berat untuk menyambung master adalah Hannah. Katanya dia dah tak mampu nak berjauhan dari keluarga. Ditambah lagi dengan perhubungan jarak jauh dengan encik tunang turut menambahkan lagi berat hati.

Dan itu sedikit sebanyak telah membuatkan semangat dua lagi kawannya itu jadi suam-suam kuku. Tak tahu samada mahu meneruskan niat mereka atau tidak. Jadi mereka hanya berserah kepada masa. Biar masa yang menentukan.

"Pukul berapa kau kena jumpa Prof Garner?" Hannah pandang Jaja yang sedang ralit perhati ikan-ikan yang berenang bebas di dalam mini kolam sebelah meja mereka.

Jaja tak menjawab terus. Sekadar memberi isyarat dengan tiga jari kanan.

Farah mengerling jam di pergelangan tangan. "Awal lagi. Baru pukul dua. Lepak dulu."

"Pasal new project tu... how was it? Kau on tak on?" Mulut yang penuh dengan churros tidak sama sekali menghalang Hannah untuk bertanya.

Dah hilang mood untuk terus merenung kolam ikan, dia membawa fokus ke arah pinggan churros di atas meja. Tarik nafas dalam-dalam sebelum dihela bebas. "To be honest, aku dah tak lalu dah rasanya nak involve dengan apa-apa projek yang berkaitan dengan review scientific literature. Nak muntahlah bila selalu nak kena buat compilation... analyze bagai. Lepastu nak kena maintain all data related to research activities. Boleh jadi aku bakal migrain seminit sekali kalau aku approve Best Biomedical and Health Sciences punya offer tu. Dah tu nak kena lepak lab selalu. Lagilah lambat aku nak on."

[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now