🌷Bab 28🌷

1.2K 89 54
                                    

[Ogos 2013]

***

BERITA yang baru diterima itu betul-betul buatkan hidung dia tak mampu nak bernafas. Kaki juga terasa lembik. Seluruh tubuhnya kini menggeletar. Beg sekolah dibiar jatuh melurut dari bahu ke hujung kaki. "A-apa, mak?" Suara hampir tak terkeluar menghadap maknya yang sudah basah pipi itu.

Intan mengesat air matanya yang merembes laju. Ejat yang sedang terpana hebat dengan pandangan tak percaya terpapar diwajah adiknya itu buatkan dia gagal menahan sebak. "Ya, Jat... Aunty Munirah dengan Uncle Razif dah tak ada. Diorang kemalangan dua minggu lepas masa dalam perjalanan balik dari beli barang dapur."

"Allah... Allahuakhbar...  innalillahiwainnailaihirojiun..." Seru dia perlahan. Dada sudah mampat dengan rasa sebak. Tak berkelip wajah mak dan kakaknya dipandang. Kedua-mata sudah terasa panas dan beberapa saat kemudian, pandangannya jadi kabur. Kabur dengan air mata. "Jaja...?" Sebaris nama itu keluar dibawah nafas. Sambil hatinya berdebar berat menunggu jawapan yang bakal keluar dari bibir Intan.

"Alhamdullillah, Ja okey. Dia tak ikut uncle dan aunty hari tu."

Hatinya jadi sedikit lega mendengarkan itu. Namun perasaan sedih akan berita mengejutkan itu kekal menjemput air matanya terus mengalir. "Kenapa tak ada orang bagitahu Jat pasal ni?"

"Mak mintak maaf Jat... Bukan mak sengaja taknak bagitahu. Jaja merayu mintak mak tak bagitahu Jat sebab katanya Jat sibuk. Ada ujian penting. Ada aktiviti penting kat sekolah. Dia taknak Jat susah hati dan sedih."

Dengar penjelasan dari emaknya, Ejat meraup muka dengan dengan kedua tangan. Esakkan yang ditahan mula kedengaran. "Ya Allah, Ja..." 

"Mak mintak maaf, Jat." Tambah Puan Zaliha lagi, meluru mendakap tubuh Ejat. 

"Kak pun mintak maaf. Kak dah janji dengan Ja." Suara lemah Intan datang bersama gosokan lembut di belakang tubuhnya. 

Wajah kedua-dua ibu bapa Jaja yang dia dah anggap macam ibu bapa sendiri itu bersilih ganti bermain diruang mata. Fikirannya melangkau dua minggu lalu. Ketika dia menelefon rumah Jaja dan panggilannya cuma dijawab oleh Puan Munirah.

❄️❄️Flashback

"Aunty mintak maaf sangat-sangat, Jat. Tak tahu apa yang tak kena dengan Jaja. Tapi dia cakap kalau Jat telefon, Ja suruh bagitahu Jat yang dia tak ada kat rumah."

Mendengarkan itu perasaan sedih yang merudung hati dia tak kurang langsung. Malah lebih bertambah dua kali ganda. Disebabkan dah dua minggu Jaja menolak panggilan dia, dia jadi tak tenang. 

"Atau apa kata Jat cuba telefon nombor handphone dia lagi sekali. Mana tahu kali ni dia jawab." Puan Munirah memberikan cadangan.

Ejat mengupas senyum hambar. "Takpelah, aunty. Biar Ja tenang dulu. Nanti dia dah cool, Jat call dia lagi." Bukan sengaja nak menolak cadangan itu. Sebenarnya dah berpuluh kali dia cuba menjejak Jaja melalui nombor handphonenya. Namun tak satu pun panggilannya Jaja jawab. 

"Boleh aunty tahu, Jat dengan Ja bergaduh ke? Kenapa?"

Soalan itu Ejat tak jawab dengan suara dulu. Cuma senyuman tawar tanpa gula dia yang tertampal di wajah. 

"Bukan apa... tak pernah sebelum ni Ja taknak cakap fon dengan Jat. Tak pernah Ja taknak jumpa Jat. Aunty perasan kebelakangan ni Ja macam tak happy. Kadang-kadang tu mata dia bengkak. Aunty tahu dia menangis, Tapi bila aunty tanya dia cakap tak ada apa. Dia marah Jat ke? Boleh aunty tahu pasal apa?"

[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now