[Mac 2020]
***
DIA sudah nak pasang turbo pada kaki untuk bergerak laju-laju ke dapur dan ambil air. Namun semasa dia melintasi belakang sofa yang dihuni oleh Ejat, kaki dia sekali lagi berhenti menapak. Bila terpandangkan figura itu merekot macam udang kena bakar dalam oven, Jaja jatuh kesian pula. Turbo pada kaki tadi dicampak jauh entah kemana bila haluan langkahnya sudah berubah.
Perlahan-lahan dia merapati sofa berangkai tiga itu. Selama beberapa saat dia perhati Ejat dan pastikan lelaki itu betul-betul tak berkutik, lena dengan nyenyak barulah Jaja berani untuk bergerak lebih dekat. Dengan jelas dia nampak Ejat sedang kesejukan. Mata jatuh pada selimut tebal yang sudah tersadai di atas lantai. Melangkah dengan berhati-hati, Jaja menuju ke depan sofa. Tunduk mencapai selimut tebal itu lalu dengan rentak yang sangat perlahan dia mendaratkan selimut itu di atas tubuh Ejat sambil dalam hati berdoa supaya Ejat tak terjaga. Kalau tak, sumpah dia tak tahu nak buat apa.
Bila tubuh itu diselubung sehingga paras dada, Jaja mencapai pula remote aircond. Terbuntang mata dengan nombor yang tertera pada display. Patutlah sejuk! Maksima punya level dia pasang. Dinaikkan sikit nombornya dari enam belas kepada dua puluh satu. Mod juga diubah dari 'cool' kepada 'dry'.
Niat asalnya tadi cuma nak tolong selimutkan Ejat dan tolong naikkan suhu aircond saja. Dua-dua dah dibuat. Dua-dua dah selesai. Tapi kenapa kaki dia taknak bergerak pun? Mata juga tak mahu beralih dari wajah Ejat yang samar-samar kelihatan di dalam cahaya lampu separa terang. Lama raut tenang yang sedang lena tanpa bunyi itu diperhati.
Sejak malam Ejat mengucapkan birthday pada dia, dia cuma balas dengan 'terima kasih' saja. Ucapan balas yang sangat ringkas. Itupun dengan suara bergetar gara-gara tangisan yang melanda dia masa itu. Kemudian mereka berjalan balik ke rumah tanpa berkata apa-apa lagi. Balik, terus masuk bilik masing-masing dan tidur. Esok tu macam tak ada apa-apa yang berlaku.
Tapi sejak peristiwa malam tu, ada sikitlah penambahbaikan antara dia dan Ejat. Tak berbual mesra pun, tetap berlaku situasi perbualan diantara mereka walaupun ringkas dan singkat.
**
Situasi pertama. Bila abah ada minta Jaja tanyakan Ejat kat mana kunci kereta sebab kereta abah menghalang laluan utama para jemputan dan perlu dialihkan. Disebabkan keadaan agak kalut masa tu, dia tak ada pilihan. Nak tak nak, dia kena pergi bertanya jugak dengan soalan, "Abah cari kunci kereta. Kat mana?"
Masa tu, Ejat tengah ubah kedudukan meja goodies tapi soalan Jaja tetap dia jawab, "Ada kat dalam drawer kabinet tv."
Situasi kedua. Bila mak mintak Jaja sampaikan kat Ejat yang kawan-kawan dia dari ofis datang kenduri masa hari kenduri sebelah Intan. Dia pergi sampaikan dengan pesanan, "Mak cakap kawan ofis datang. Ada kat depan."
Dan Ejat jawab, "Okey, sekejap lagi keluar."
Situasi ketiga. Bila Hannah dan Zahid datang kenduri tapi beriya kawannya itu mahu tengok Ejat depan-depan. Penat jugaklah Jaja nak fikir atas alasan apa yang dia perlu guna untuk kenalkan Hannah pada Ejat. Dan nasib dia baik. Semasa Hannah nak balik tu, Ejat ada dengan abah dan mak di khemah tuan rumah. Jadi masa tulah dia kenalkan Hannah dengan ahli keluarganya sekali harung. "Ini mak, ini abah...dan ini..." Suara dia terhenti sekejap waktu dia nak kenalkan Ejat pada Hannah. "Ini Izzat, adik pengantin perempuan."
"Izzat ke Ejat?" Hannah bertanya dengan muka pelik.
Nak aje Jaja tepuk dahi. Bukan dahi sendiri. Dahi sahabat sendiri. Tapi tu la... karang dia pula yang kena tepuk dahi dengan Zahid sebab suka hati pergi dera tunang kesayangan dia.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Bila Aku Ada Kau
Short StoryYang kacak, yang tenang, yang sabar, yang kuat, yang peka, yang mengambil berat, yang matang, yang menjaga itu... Izzat Naufal. Yang manis, yang kalut, yang cepat emosi, yang lemah, yang manja, yang lalai, yang dijaga itu... Izzatul Husna. ⛱️Dimana...