*Disebabkan dah 3 minggu tak update Jat-Jaja, jadi hari ni tukang karut jadi pemurah sikit. Dua chapter dalam satu hari. Kalau jemu mohon bagitahu eh.. 😅
***
[Mei 2013]
***
"RELAKS, Ja... Baru ujian bulanan kot. Ada banyak masa lagi kau boleh study untuk score with flying colors, right?" Lembut nada Ejat, memujuk. Kali ini Ejat mainkan peranan seorang hero memujuk heroin yang sedang down dengan keputusan ujian bulanan.
Makin kuat esakkan Jaja. Nasihat itu dirasakan tak membantu langsung. Padahal tak ada pula perkataan negatif pada ayat ayat Ejat tu. Jaja je yang terlebih emosi. "Aku tak pernah dapat atas dari C tau. Macam mana aku nak jadi pharmacist kalau macam ni punya result?"
Jaja yang tengah mengongoi di seberang talian sana buatkan Ejat mahu menghentak dahi pada public phone.
"Macam mana aku boleh tersalah formula? Soalan mudah macam tu pun aku boleh salah jawab?"
"Hmm..." Ejat berkira mahu berkata sesuatu namun ayatnya ditelan semula masuk ke dalam kerongkong bila Jaja memintas lagi.
"Soalan number satu pun aku dah salah!" Intonasi suara Jaja naik satu tahap dari tadi. "Okey, dia bagi diagram untuk two experiments. First, dia stated dilute hydrochloric acid with calcium carbonate chips. Second, dilute hydrochloric acid with calcium carbonate powder."
"Kay, what was the question then?"
Berselang seli dengan sedutan hingus yang terhasil dari tangisan selama sepuluh minit lepas, Jaja menyusun ayat."State--sst! two controlled variables--sst! in both experiments."
"And what were your answers then?"
"First... Concentration of calcium carbonate. Second... Mass of hydrochloric acid."
"Oh..." Cuma itu yang keluar dari bibir Ejat. Dan dua saat kemudian, mata dia jadi besar bila tersedar bahawasanya dia sudah tersalah bagi jenis tindak balas. "T-tak! Maksud aku-"
Dan itu menjadi penyebab kepada berang Jaja bertandang "What with that 'oh', uh? " Tak dibiar Ejat menghabiskan ayat, cepat-cepat dia mencelah. "Kau mesti nak cakap yang aku ni bodoh kan? Benda senang macam tu tak boleh jawab! Aku tahulah yang aku ni bodoh. Tak pandai macam budak MRSM... macam kau..."
Jaja yang tengah meraung di seberang talian sana buatkan Ejat menghentak dahi pada public phone, berkali-kali. Bibir dikunci rapat sekejap bagi menegah dari mengeluarkan ayat-ayat yang boleh menambah baran Jaja. Otak dikerah untuk mencari ayat-ayat yang dapat diterima oleh fikiran tak rasional Jaja masa ini. "Ja--"
Bunyi gagang dihempas kasar kedengaran dan diikuti dengan bunyi tut...tut...tut tanda talian sudah dimatikan oleh Jaja.
Ejat melepas nafas panjang. Keras tubuhnya berdiri di depan public phone persis batang pokok ara. Gagang di tangan dia pandang tak berkelip sebelum disangkut semula pada tempatnya.
"Kau nak guna lagi ke fon tu?"
Fikiran yang menerawang jauh memikirkan Jaja, berpatah semula sebaik saja nama dia dipanggil dari belakang. Dia berpaling. "Mirul..." Kawan lelaki yang rapat dengan dia di sekolah, disapa. "Kau nak guna ke?"
Mirul mengangguk. "Sekejap je. Nak call awek... rindu!"Tak berselindung, ketua pengawas perpustakaan itu berterus terang. Diwajah terukir senyuman lebar.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Bila Aku Ada Kau
Short StoryYang kacak, yang tenang, yang sabar, yang kuat, yang peka, yang mengambil berat, yang matang, yang menjaga itu... Izzat Naufal. Yang manis, yang kalut, yang cepat emosi, yang lemah, yang manja, yang lalai, yang dijaga itu... Izzatul Husna. ⛱️Dimana...