[Januari-2003]
***
"NAMPAK burung lah sangat. Yakin je lelaki. Last-last yang keluar tu Izzatul Husna."
"Itulah. Yang aku ni dah siap berangan ada dua anak perempuan boleh kerah buat kerja dapur. Tengok-tengok yang keluar tu ada burunglah pulak, si Izzat Naufal."
"HAHAHAHAHAH!"
Ketawa itu datang dari dua suara je pun tapi gaya meriah tu dah macam sepuluh kepala. Balik dari mendaftar anak-anak masuk darjah satu yang sama, Puan Zaliha menjemput Puan Munirah singgah ke rumah.
Persahabatan yang terjalin di wad bersalin lima tahun lepas berpanjangan sampai sekarang. Oh ya, tujuh tahun lepas selepas sepuluh minit Puan Zaliha ditolak masuk ke dalam bilik bedah, giliran Puan Munirah pula menyusul. Masing-masing mengambil masa tak lama sangat untuk bersalin. Dalam satu jam macam tu.
Namun tarikh kelahiran antara anak-anak mereka tak sama. Puan Zaliha melahirkan Izzat pada jam 11:58 malam, 28 Februari manakala Puan Munirah pula melahirkan Izzatul pada jam 12:10 malam dimana ketika itu sudah mencecah tarikh 29 Februari.
Yang boleh jadi sahabat tu bukan apa... selepas masing-masing dah selesai melalui proses melahirkan, mereka bersambung pula dengan proses menukar pakaian baby. Disebabkan Puan Zaliha terlampau yakin bahawa anak keduanya itu adalah perempuan, maka kebanyakan baju baby yang dibeli berwarna pink dan merah. Ditambah pula dengan baju anak sulongnya yang bernama Intan Juliana yang dulu juga sudah banyak yang berwarna keperempuanan, jadi dia membuat keputusan untuk memberi kepada Puan Munirah.
Nak dibayar pun Puan Zaliha bertegas menolak dan dia juga tak mahu hanya menerima, jadi sistem barter pun berlaku antara mereka. Tak berhenti pada sistem barter pada baju, proses persahabatan mereka berterusan pula kepada waktu menamakan anak masing-masing. Disebabkan mereka berkenan dengan keperibadian doktor yang in-charge mereka masa tu bernama Izwani, jadi nama yang lebih kurang dengan doktor perempuan itu dipilih. Maka dari situlah sejarah nama Izzat-Izzatul atau nama panggilan adalah Ejat-Jaja pun bermula.
Nak dijadikan cerita, rumah Puan Zaliha dan Puan Munirah cuma dipisahkan dengan dua taman perumahan. Kalau nak dikira jarak dalam tiga kilo meter. Kiranya bolehlah mereka kerap berkunjung sesama sendiri.
"Mamaaaa!!! Huwaaaaa!!!" Sedang mereka gigih ketawa, tiba-tiba muncul Jaja dengan raungan yang kuat. Tangan kecil yang sedang menggosok dahi itu menarik perhatian dua kepala.
"Kenapa, Jaja?" Soal Puan Zaliha seraya mendepakan kepada budak perempuan yang berumur lima tahun itu.
"E-jat...E-jat... E-jat bu-buaaattttt... Dia bu-buat dengan keretaaaaa..." Proses raungan disambung dalam esakan. Makin luas dia menganga.
"Jaaaattt..." Suara Puan Zaliha naik satu oktaf. Leher dipanjangkan mencari kelibat anak lelakinya itu. "Izzat Naufal!"
"Jat dah tidur, mak." Satu suara kanak-kanak yang jelas sengaja dikepit menjadi suara budak perempuan itu datang dari arah dapur.
"Mak! Tu bukan suara kakak, tu suara Jat!" Datang pula lagi satu suara nyaring mencelah laju. Yang ini bukan suara kepit. Ini ori punya budak perempuan.
"Mak tahulah." Intan yang sedang membaca buku cerita di meja makan itu dikerling sekilas sebelum nama Ejat dikelui lagi. "Jaatt... Datang sini cepat!"
"Ish kau ni Liha. Biarlah dia. Sikit je tu. Aku kenal lah anak aku. Gaya nangis pun dah tahu. Sikit je sakit tu, yang banyaknya mengada..."
"Huwaaaaaaaaaa!!! Sakittt!!" Mendengar kritikan dari ibu sendiri yang jelas sekali tidak membela nasib anak kandungnya itu menjadi penyebab utama kepada esakkan yang melampau itu.
"Jaja, stop it. Takmau nangis macam tu... Bukan sakit pun." Bebel Puan Munirah. Dia jadi rimas pulak dengan perangai si anak. Maklumlah anak tunggal... Manja dengan mengada tu dah jadi sama rata.
"Lima... Empat...Tiga..." Dah geram sangat dengan sikap degil anaknya itu, proses mengira sambil mengetap gigi mula dilaksanakan.
Faham akan bala yang bakal menimpa kalau dia tak menyerah diri selepas mak dah masuk zon merah hilang sabar, Ejat cepat-cepat keluar dari dari celah peti sejuk meluru ke ruang tamu.
"Kenapa Jat buat Jaja?"Mencerlung mata si ibu merenung anaknya yang kini sedang berdiri lebih kurang empat langkah darinya.
"Jat... Jat tak sengaja." Takut-takut budak lelaki itu menjawab.
"Selalu je tak sengaja. Bukannya baru jadi. Setiap kali kamu berdua berjumpa mesti Jaja menangis."
"Betul mak, Jat tak sengaja." Bersungguh dia meyakinkan mak dia. Kereta mainan warna hitam dalam ditangan ditayang pada mata-mata yang merenung. "Tadi Jat nak buat kereta ni jadi kereta terbang. Tiba-tiba je kereta ni terbang laju pergi kat Jaja. Sumpah, Jat tak tipu!" Dia akhiri kata-kata dengan tangan kanan diangkat tinggi gaya orang berjanji.
Makin besar biji mata Puan Zaliha melihat jenis respons yang diberi oleh anaknya itu. "Ni siapa yang ajar main sumpah-sumpah ni?"
"Kakak ajar!" Hilang terus perasaan takut. Perasaan nak menyalahkan orang pula yang datang.
Fokus beralih pula kepada anak sulongnya. Belum sempat dia menyergah, Intan terlebih dulu pantas menembak, "Seman yang ajar kakak!"
Terdiam sekejap lepas dengar jawapan dari Intan. Takkan dia nak pergi tanya Seman pula mana dia belajar perkataan itu. "Ingat! Jangan main sumpah-sumpah lagi lepas ni. Dan kamu Ejat, minta maaf kat Jaja sekarang."
"Jaja, Jat minta maaf." Arahan dari mak dia menurut dengan hati yang terbuka.
"It's okay." Tangisan yang meleret tadi serta merta terhenti lepas dengar Ejat memohon maaf.
"Okey, Jaja pun kena minta maaf juga sebab menangis dengan over." Celah Puan Munirah pula. Belakang Jaja ditepuk-tepuk.
"Jaja minta maaf jugak, Jat." Ujar budak perempuan yang memakai dress warna kuning bercorak polkadot itu.
"It's okay." Senyuman Jaja Ejat balas dengan gaya manis yang sama.
"Okey, sekarang salam balik." Saranan itu datang dari Puan Zaliha. Dah jadi kebiasaan bila anak-anaknya bergaduh sesama sendiri, berjabat tangan adalah salah satu dari tiga steps yang akan Intan-Izzat lakukan tanda berdamai.
Tangan dihulur. Step pertama. "Okey. I love you, Jaja." Diikuti dengan step kedua.
Dan apabila sampai je step ketiga, biji mata Puan Zaliha hampir nak terkeluar. "Heyyy! Mak cakap salam bukannya peluk!"
***
#Amboi Jat...kecik-kecik dah advanced 🤦🏻♀️😂
YOU ARE READING
[COMPLETED] Bila Aku Ada Kau
Short StoryYang kacak, yang tenang, yang sabar, yang kuat, yang peka, yang mengambil berat, yang matang, yang menjaga itu... Izzat Naufal. Yang manis, yang kalut, yang cepat emosi, yang lemah, yang manja, yang lalai, yang dijaga itu... Izzatul Husna. ⛱️Dimana...