🌷Bab 19🌷

1.1K 75 8
                                    

[28 Februari 2020]

***

"KAU okey?" Jawab aje panggilan dari Hannah, terus kawan baiknya itu menerjah. Bertubi-tubi pulak tu. "Aku memang nak call kau semalam. Tapi aku tak berapa nak sempat untuk borak lama dengan kau. Tahulah mama macam mana kan? Aku baru je sampai semalam, dah berbaris-baris rumah sedara yang dia nak bawak aku pergi ziarah. Esok ni nak kena pergi ziarah family Zahid pulak. Padatkan jadual aku? Dah macam PM pun ada ni. Macam mana kau kat sana? Boleh bawak diri tak? Macam mana dengan family angkat kau? Dah jejak kasih dengan diorang? Ada drama air mata tak? Kau okey? Kau okey ke tak ni, Ja? Kau tak jawab aku pun..."

Tergelak mengekeh dia dengan gelagat Hannah yang jelas kedengaran sangat gelabah. Dia punya gaya tu dah macam dia pula yang berada kat tempat Jaja. "Caner aku nak jawab? Tak sempat selit pun. Berdesup-desup soalan kau, ea..."

Hannah pula yang tergelak. "Aku over eh?"

"Yelah... Tak boleh nak gelabah dari ni lagi ke?"

"Ikutkan gelabah aku ni... sekarang jugak aku drive pergi cari kau." Suara Hannah seakan serius.

Jaja tergelak lagi. "Datanglah. Shah Alam dengan Sungai Besi takdelah jauh mana kan? Kalau tak jam, setengah jam je." Ujar Jaja dengan kening yang dijungkit tinggi, mencabar.

"Aku jenis pantang dicabar tau. Tapi tu la...takder kereta la pulak. Abah dengan adik aku pakai." Balas Hannah, tak mahu kalah. "Atau boleh je aku mintak encik tunang bawa pergi jumpa kau."

"Jangan nak mengarut la, Na..." Sangkal Jaja cepat-cepat. Mengenali seorang Hannah, boleh jadi kejap lagi dia bakal nampak wajah gadis itu dan tunangnya Zahid kat depan pintu rumah abah kalau tak dihalang. "Don't worry. Aku okey..."

"Betul kau okey?" Hannah mencari kepastian.

"Ya, aku okey. Kau jangan overthinking boleh tak?" Jaja menggulingkan biji mata.

Dia sedang solat Isyak masa smartphone berdering tadi. Selesai solat dan berdoa, dia terus bangun dari kain sajadah untuk melihat siapa gerangan manusia yang meninggalkan dua panggilan tak dijawab itu. Nampak je nama Hannah pada skrin, tanpa menunggu dia terus mendial nombor kawannya itu.

"Takder la... Aku cuma nak tahu je apa jadi. Dah bertahun kau jauhkan diri dari diorang tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut, kau muncul depan diorang."

Mod pembesar dihidupkan lalu smartphone berjenama Samsung itu diletak atas tilam. "Apa pulak tak ada angin tak ada ribut? Aku memang balik untuk kenduri Kak Intan dengan Abang Seman pun kan." Kain telekung yang tersarung pada tubuh ditanggal keluar dari badan sebelum bahagian kaki pula dilucut sehingga terburai jatuh ke bawah.

"Aku tahulah... Dah tu caner? Amacam? Mak dengan abah kau terkejut tak? Kak Intan? Abang Seman? Ermm... E...jat...?" Teruja suara Hannah saat nama-nama insan kesayangan Jaja itu disebut satu persatu sampailah tiba pada nama insan yang terakhir, jelas kedengaran seperti teragak-agak.

"Bertahun aku tak jumpa diorang, Na... What do you expect?"

"Okey, drama air mata tu wajib. Adegan peluk-peluk antara kau dengan mak dan Kak Intan pun wajib. Aku memang expected dan assumed dua benda ni berlaku. Tapi yang aku nak tahu sangat ni... kau dengan Ejat macam mana?"

Senyum Jaja pudar. Tak dijawab dulu soalan dari Hannah itu. Dia menunduk mengutip kain telekung yang tersadai di atas kain sajadah. Dikibas sekali lalu lalu dilipat sebelum disangkut pada rak besi. Perkara yang sama juga dia lakukan pada kain sajadah.

"Knock knock, Ja... Are you there?" Bila Jaja tak memberi respon pada soalan dia, Hannah terus menyapa.

"I'm listening..." Jawab Jaja, menapak kembali ke arah katil. Smartphone digenggam semula. Matikan mod pembesar suara, android warna hitam itu dirapatkan ke telinga.

[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now