🌷Bab 26🌷

1.2K 84 43
                                    

[JULAI 2013]

***

"SO kau tak dapat join la?"

"Tak kot. Kan dah cakap minggu ni aku memang tak dapat balik. Ada kem motivasi kat sekolah." Jawab Ejat sambil memasukkan lima puluh sen pada slot syiling telefon awam di hadapan dewan makan itu.

"Alaaa..." Suara Jaja kedengaran lemah. Bila Ejat bagitahu dia tak dapat menghadiri jamuan reunion batch PMR mereka pada hari Ahad ini, mood Jaja terus merudum. Senyuman manis pun lesap. "Kau takde tak best la... Pastu aku takde geng pulak..."

Kenyataan Jaja itu gagal menghalang bibirnya dari mengupas senyum. "Apa pulak takde geng? Kan ada Dania?"

Lenguh berdiri, dia bertenggek pula di atas kabinet tv. Sambil tu dia kerling ke arah telefon rumah yang tergantung pada dinding. Risau kalau tarikan gagang yang terlampau jauh bakal membuatkan telefon terkeluar dari gantungan. "Memang ah ada Nia tapi tu la... aku nak kau ada sekali."

Dari bersandar dengan cuma sebelah bahu Ejat ubah posisi. Kini belakang tubuh dilekapkan penuh pada dinding pula. "Aku tak boleh join, Ja..." Dirudung dengan rasa bersalah, perlahan Ejat menutur.

Tangan kejap menggenggam gagang. Riak wajah kekal mendung. "Kalau macam tu aku pun taknak pergi la..."

"Apa pulak macam tu?" Kenyataan Jaja buatkan Ejat tersentak.

"Kau tak pergi aku tak pergi la..."

"Ja, dengar cakap aku." Ejat picit sisi dahi. "Kau pergi je. Bila lagi nak jumpa kawan-kawan kita? Dah la masing-masing dah pergi lain sekolah. Masa ni la nak jumpa diorang balik." Tambah dia lagi, memujuk. 

"Tengoklah macam mana."

Dan lepastu suasana jadi diam tiba-tiba. Jaja tak bersuara dan Ejat pun tak mengeluarkan apa-apa bunyi. Dibiar aje sunyi datang menjengah buat beberapa ketika sehingga Jaja yang memainkan peranan, pecahkan situasi krik-krik diantara mereka. "Jat..."

"Hm?"

"Aku kan... ada benda nak cerita."

"Apadia?"

Jeda. Kali ni lebih lama. Mencecah setengah minit jugaklah. 

Ejat sabar menunggu. Sambil dalam hati sedang bermonolog sendiri. Jaja ada perkara penting yang nak dikongsikan dengan dia ke? Ada benda yang berlaku semasa hampir empat minggu dia tak dapat balik ke rumah ke? Ejat jadi penasaran. Sangat-sangat penasaran sampailah dia pula yang memainkan peranan dengan pecahkan sunyi yang bertandang. "Syiling aku tak banyak ni, Ja..." 

Jarang Jaja berkelakuan seperti itu. Selalunya dia akan biar aje Jaja ambil masa seberapa lama untuk memulakan cerita. Namun untuk kali ini, dengan kebisuan Jaja yang agak luar biasa lamanya, Ejat jadi tak sabar. Biasanya dia akan bekalkan syiling yang banyak sebelum menelefon Jaja sebab dia tahu perbualan mereka paling singkat pun mesti tak kurang dari lima belas minit. Hampir kehabisan duit syiling itu cuma alasan saja. Sengaja dia mahu mendesak Jaja supaya meneruskan niat untuk bercerita.

"Erm... ni pasal... erm..."

"Pasal apa?" Dia melempar padangan kosong ke arah barisan pasu bunga yang bersusun cantik berada dua meter di depannya. 

"Ir...fan Affen...di...?" Lambat-lambat Jaja menyebut sebaris nama itu. 

Pandangan tak dialih dari pemandangan bunga-bunga cantik, yang beralih cuma fikiran dia saja. Dari kosong dah jadi terisi. Terisi dengan seribu satu persoalan. "Sepupu Dania?"

"Haah. Irfan Affendi. Kau ingat dia tak?"

Mata dibawa pula merenung selipar sendiri. "Takkan tak ingat. Dia kan crush kat kau dari kita sekolah rendah lagi."

[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now