[Mac 2013]
***
"JAT ada call, kak?" Tanya Jaja pada Intan di sebelah. Kerana terlalu bosan di rumah, Jaja datang ke rumah Ejat untuk berborak dengan kakak kawan baiknya itu.
"Takder pun." Jawab Intan tanpa larikan fokus dari aktiviti memotong kuku jari tangan kiri.
"Oh..." Sangat ringkas jenis respon dari Jaja.
"Eh jap!" Baru je gaya mata pengetip mahu 'menggigit' kuku ibu jari, perbuatan Intan terhenti. "Semalam... Semalam dia ada call. Haah, betul la dia call sekejap je la tapi..."
"Oh..." Respon ringkas yang sama buat kali kedua.
Perasan akan nada Jaja tak berapa nak memberangsangkan, Intan jadi pelik. Leher dilipat ke arah adiknya itu. "Kenapa macam lemau je ni? Jat tak call Ja ke?"
Wajah tak beriak. Bibir bawah dan atas dirapatkan sehingga menjadi nipis. Tak menjawab terus soalan itu, Jaja mengambil pengetip kuku dari tangan Intan. Dirapatkan mata benda alah yang bermaterialkan stainless steel itu pada kuku jari manis sebelah kiri.
"Kuku dah pendek kan tu. Nak potong isi ke?" Intan mencelah. Tangan Jaja dipegang, menghalang budak perempuan itu dari meneruskan niat. Dia tahu Jaja cuba mengalih tumpuannya dari mengulas topik yang dia sendiri utarakan. "Jat tak call ke?" Ambil semula pengetip kuku dari tangan Jaja, Intan bertanya soalan yang sama.
Pipi dikembungkan sebelum udara yang penuh didalam mulut dilepas bebas. "Dia busy kot." Jawapan itu lebih kepada cuba menenangkan perasaannya. Perasaan terhadap Ejat yang tak berapa sedap dirasakan sejak dua menjak ini. "Biasalah kak... budak pandai kan memang macam tu..."
"Elleeehhh..." Intan cebik mengusik seraya melagakan bahunya dengan bahu Jaja. "Gaya bercakap tu macam awak tu bukan top student je. Padahal tiap-tiap tahun anugerah cemerlang Ja bolot semua. Cuma tinggal satu dua subjek je kat orang lain."
Jaja tergelak. Cuma separuh hati. Separuh lagi lagi sedang memikirkan sikap Ejat sekarang. Dah lama budak lelaki itu tak menelefon dia. Dah sebulan lebih jugak dia tak berjumpa dengan Ejat. Dia dapat tahu khabar Ejat pun melalui Intan saja. Di awal kepergian lelaki itu ke asrama, boleh dikatakan setiap hari Ejat akan telefon dia. Selepas beberapa bulan, dari setiap hari menjadi kepada dua atau tiga hari sekali. Dan itu mengikut kepada persetujuan masing. Setelah enam hingga tujuh bulan, Ejat dan Jaja turut bersetuju dengan cuma sekali panggilan saja setiap minggu. Bukan nak borak apa sangat pun. Cukup untuk masing-masing dengar suara sesama sendiri bagi bertanya khabar dan melepaskan rindu.
Tapi bila dah masuk tingkatan lima ni, Ejat dah jarang menelefon dia. Sejak dia balik semula ke asrama selepas cuti akhir tahun hari tu sampai dah masuk bulan tiga ni adalah kot empat ke lima kali dia menerima panggilan dari sahabatnya itu. Sudahlah jarang menelefon, balik ke rumah pun sebulan sekali. Tak lagi dua minggu sekali seperti tahun lepas. Bukan Ejat tak pesan, ada lelaki itu bagitahu yang mungkin dia tak dapat nak telefon Jaja dengan kerap. Dan dia juga tak dapat balik ke rumah macam sebelum-sebelum ini. Katanya dia sedang sibuk dengan persediaan sebagai peserta wakil sekolah dalam beberapa pertandingan kuiz dan rekacipta. Ditambah lagi dengan jawatan besar yang disandang sebagai ketua pengawas lagilah dia perlu hadkan sikap. Kalau dulu dia boleh curi-curi keluar guna public phone, sekarang tak lagi. Dia perlu ikut peraturan sekolah dengan sempurna. Takkanlah ketua pengawas nak tunjuk perangai tak elok dekat pelajar lain kan?
"Gelak tu tak boleh tak ikhlas lagi ke?" Kata Intan. Pipi Jaja dicucuk dengan jari telunjuk. "Muka tu pun sama, tak boleh nak sendu dari ni lagi ke?"
Jaja tergelak lagi. Kali ni lebih ikhlas dari yang tadi. Tangan Intan yang berada dipipinya sambar lalu digenggam. ditepuk-tepuk sekejap sebelum dia sandarkan kepala pada bahu kakaknya itu. "Takpelah kalau Jat palau Ja pun. Ja still ada Kak Intan kan..."
YOU ARE READING
[COMPLETED] Bila Aku Ada Kau
Historia CortaYang kacak, yang tenang, yang sabar, yang kuat, yang peka, yang mengambil berat, yang matang, yang menjaga itu... Izzat Naufal. Yang manis, yang kalut, yang cepat emosi, yang lemah, yang manja, yang lalai, yang dijaga itu... Izzatul Husna. ⛱️Dimana...