🌷Bab 21🌷

1.1K 86 15
                                    

[28/29 Februari 2020]

***

SUASANA diantara Ejat dan Jaja sekarang langsung terus sunyi. Dari mereka mula berjalan balik dari rumah Jaja sampailah kini sudah tinggal separuh saja untuk sampai ke rumah Ejat, tak seorang pun dari mereka berdua memulakan perbualan. 

Tak seperti masa nak pergi tadi. Tadi tu riuh dengan suara Darius yang tak berhenti petik topik untuk dibual. Tak ada noktah langsung bagi soalan yang diutarakan buat Jaja. Macam-macam yang ditanya. Apa perasaan Jaja bila dapat belajar di luar negara la... apa pengalaman yang Jaja kumpul di sana la... Apa jurusan yang diambil oleh Jaja la... Tak terkira bertapa bertubi dia asak Jaja dengan pelbagai pertanyaan. Nasib baiklah kak Jaja dia sabar melayan. Dan Nasib baiklah Darius bertanya. Sedikit sebanyak, Ejat pun boleh tumpang mengambil tahu. Heh!

Tapi sekarang masa balik dah tak semeriah tadi. Darius sibuk berbual di dalam telefon dengan teman wanitanya, Natalia. Sayup-sayup je suara dia di depan sana. Sudahlah dia tinggalkan kakak dan abangnya itu sepuluh meter di belakang. Mulalah Jaja nak rasa menyesal dia terima cadangan Darius untuk berjalan kaki. 

Tadi tu, beriya adik mereka itu menolak cadangan Ejat untuk naik kereta. Diajaknya Ejat dan Jaja menapak. Katanya boleh exercise juga dalam masa yang sama. Lagipun rumah Jaja bukan jauh pun. Sepuluh minit saja kalau ikut lorong tikus. Sambil-sambil tu boleh ambil angin malam.

Tengok sekarang apa jadi? Dibiarnya bekas sahabat baik dua orang itu berselubung dengan suasana krik krik. Walaupun Ejat dan Jaja berjalan bersebelahan, namun satu runut  bunyi pun tak keluar dari bibir. Ejat buat Jaja macam pokok dan Jaja buat Ejat macam pagar-pagar rumah yang mereka lalu sejak tadi. 

Sedang menapak perlahan sambil menikmati tamparan sejuk dari angin tengah malam di tubuh, Jaja jadi teringat pasal perasaan dia tadi. Perasaan kali pertama dia menjenguk rumah keluarganya setelah hampir enam tahun dia tak menjejakkan kaki di situ. Masa sampai di depan pagar, dada dia sudah mampat dengan rasa sebak. Walaupun kunci berada digenggaman, dia tak punya kekuatan untuk membuka mangga besar yang dililit pada pagar. Terketar-ketar tangannya di situ. Sudahnya Ejat yang menolong. Tak cuma pintu pagar, pintu rumah pun Ejat bukakan sekali. Kemudian lelaki itu terus masuk rumah untuk petik suis lampu. Tak sampai dua saat, suasana gelap bertukar cerah. 

Dan masa tu, perasaan sayunya tak dapat ditahan lagi. Melihat keadaan di dalam rumah yang tersusun kemas seperti hari peninggalannya dulu, hati Jaja diruntun dengan seribu satu perasaan. Jaja seakan boleh nampak mamanya duduk melepak di sofa yang sama sambil menonton tv. Bayangan arwah papa sedang menghadap laptop di ruang kerja pada satu sudut juga terpampang jelas di ruang mata. 

Fikirnya sebelum datang ke sini, dia akan dapat lawan perasaan hiba namun dia gagal.  Yang paling berat meruntun dadanya adalah perasaan sebak. Lantas air mata yang ditahan mengalir deras menuruni pipi licin tanpa sebarang jerawat itu. Kedua-dua lutut jadi lemah tiba-tiba sehingga dengan mudah dia merendahkan tubuh dari berdiri ke posisi duduk bercangkung di depan pintu rumah. Esakan yang ditahan sejak tadi meletus juga. 

"Kak Ja... are you okay?"  Melihat Jaja serupa itu, kalut-kalut Darius mendapatkan si kakak. Dia ikut bertinggung sekali di sebelah Jaja yang sedang menangis tersedu-sedu itu.

Kedua-dua lutut dipeluk kejap dengan wajahnya disembamkan disitu. Soalan Darius itu dia jawab dengan gelengan tanpa mengangkat muka. Makin jelas ngongoiannya kedengaran.

Ejat yang turut menyaksikan keadaan Jaja seperti itu, terus bawa muka menghadap dada langit malam. Mata sudah berasa panas. Hidung juga semakin pedih. Naik turun dadanya mengawal sebak. Sungguhlah hatinya tak kuat menghadap Jaja dalam situasi yang sangat lemah sebegini. Kesedihan yang dirasakan oleh Jaja turut memberi kesan kepada hati dan perasaan dia. 

[COMPLETED] Bila Aku Ada KauWhere stories live. Discover now