fifteen

1.6K 85 2
                                    

   Pada tengah hari itu, mereka semua menjamu selera termasuklah Mak Pah dan Alya. "Sedap jugak Narra masak. Dah lama xmakan makanan kampung." Sudah masuk pinggan kedua Airil tambah nasi. Berselera sungguh. "Makan laa lagi. Nanti saya pergi ambil kan lauk lagi." Narra bangun dan mencapai mangkuk lauk yang sudah habis itu.

Dia segera menuju ke ruang dapur. Arden yang sudah pun kekenyangan, juga turut mengikuti Narra dari belakang. "Aku nak keluar sekejap dengan Airil nanti." Bagitahu Arden kepada Narra. Arden meletakkan pinggan dan gelasnya di dalam singki.

Narra menganggukan kepalanya sahaja. Dia perlahan lahan memasukkan sup yang masih panas itu kedalam mangkuk.
"Kau dengar tak? Kenapa tak tanya aku nak pergi mana?" Soal Arden yang ketika itu betul ii berada di belakang Narra.

"Tuan nak pergi mana?" Narra dengan malasnya bersuara. Kalau tak dilayankan, memang takkan sudah. "Adalahh." Narra hanya mampu menahan geramnya apabila mendengar jawapan dari lelaki itu. Arden cepat ii keluar dari ruangan dapur sambil menahan gelakk.

Airil yang perasan akan kehadiran Arden  disitu menegurnya, "asal muka kau buruk bebenor tu?" tanya Airil. Arden cepat ii mengawal riak mukanya apabila Mak Pah dan Alya juga turut memandang ke arahnya. Satu jelingan tajam ke arah Airil. Airil hanya beriak seperti biasa.

___

Airil mengangkat panggilan telefon itu dan terus keluar dari bilik training konco ii nya. Arden yang masih berada di dalam bilik itu hanya memerhatikan latihan dari konco ii mereka. "Tuan." Salah seorang dari konco nya yang baru datang menyapa Arden. Arden hanya mengangkat keningnya menandakan pertanyaan.

"Orang Zicky mula memerhatikan puan. Kami dah hantar beberapa bodyguard untuk mengawasi rumah tuan dengan lebih ketat lagi." kata konco nya itu, Iyad. "Diorang memang tak serik serik main dengan aku kan. Bagitahu kat Tuan Airil, suruh dia masuk bilik aku nanti." Kata Arden seraya itu masuk dalam biliknya.

Beberapa minit kemudian, Airil masuk berjumpa dengan Arden. "Weh, aku ada info penting gila nk bagitahu kat kau." Terus sahaja Airil membuka mulut sebaik sahaja masuk dalam bilik. "Apa benda?" Arden masih lagi menyemak beberapa laporan tentang musuh ii mafia mereka yang diberikan oleh orang suruhannya.

"Aku dapat tahu yang anjing ii si tak guna tu ada dalam markas kita." Airil yang sudah geram hanya mampu menahan marah apabila mendapat tahu hal ini. Risau kalau ii si anjing ii tu dpt tahu yg mereka berdua sudah tahu keberadaan mereka itu.  "Aku dah agak dah, mesti ada orang dia. Kalau tak, takkan laa rancangan kita sebelum sebelum ni mudah terbocor. Nasib baik kita sempat cover." Arden memberhentikan halaman yang disemaknya.

"So? Macam mana? Ada rancangan apa ii tak?" Soal Airil. "Kita ikutkan je dulu permainan diorang. Dengan perlahan lahan, kita akan tahu juga siapa anjing ii tak guna yang berani masuk ke markas aku. Memang tempah neraka laa kalau berani sangat dengan aku." Aura sisi gelap kejahatan dari Arden sukar disembunyikan. Mata yang tajam apabila dipandang. Tiada sedikit pon senyuman di wajahnya.

"Satu lagi, aku dapat tahu yang Narra diperhatikan oleh Zicky. So, kau on tak on malam ni??" Arden mengangkat sebelah keningnya menandakan dia bertanya. "Mesti on punyalaa." Masing ii tersenyum sinis. 'kau tunggu malam ni. Nanti kita makan sedap ii.' bisik hati Arden.

___

Memandangkan luka luka Arden masih belum sembuh, Airil menasihati supaya dia tidak perlu turun ke markas Zicky.

Ketika ini dia sedang elok menonton televisyen dihadapannya. Kelibatan Narra juga tidak ada di persekitaran ruang itu. Dia mengerling jam jam di pergelangan tangan kirinya. "Lama lagi ke diorang ni?" Sudah pukul 2pagi tetapi masih belum ada panggilan dari Airil.

Dia mula menapak ke arah bilik tidur. Perlahan lahan membuka pintu. Sekujur tubuh yang diselimuti didekati. Arden merendahkan sedikit badannya. Di amati wajah Narra yang sedang tidur. Lengan yang dijadikan sebagai tongkat dagunya di katil.

Secara tiba tiba lengan Arden dipaut oleh Narra yang masih tidur. Kepala Arden hampir terjatuh di atas badan Narra tapi sempat dielak. Narra yang merasa kepelikan disitu cuba membuka matanya perlahan lahan. "Arghhh!." serentak itu lengan Arden dilepaskan. "Auschh." Arden menahan sakit sedikit lengan yang dilepaskan oleh Narra sekejap tadi.

"Aw.. awak okey tak?? Sini saya tengok." Narra cepat ii menarik perlahan lengan kanan Arden. "Kain ni dah terkena darah. Jom tukar." Narra turun dari katil dan membuka on suis lampu bilik. Dia keluar dari bilik untuk mendapatkan pembalut luka yang baharu serta ubat.

Beberapa minit kemudian, panggilan dari Airil diangkat. "Macam mana?" Soalnya. "Beres!." Jawab Airil dari dalam telefon. "Dalam sejam lagi, aku datang." Arden menamatkan panggilan.

Narra masuk ke dalam bilik. "Awak tak payah laa keluar. Dah malam. Lagipon luka awak xsembuh lagi." Dengan bersahaja bercampur suara perlahan sahaja Narra menasihati Arden tika itu. Wajah Arden tidak dipandangnya. "Kau cakap dengan ubat tu ke?? Ke dengan kain ni?" Narra masih lagi membuka pembalut lengan dengan berhati hati. "Kalau nak bercakap pandang aku." Sambung Arden.

"Takde apa laa." Segera Narra menafikannya, takut juga dengan Arden tiba tiba bersuara dingin. Setelah selesai merawat lengan Arden. Narra mula memasukkan kembali ubat ii. "Aku rasa, aku nak mandi la malam ni." Arden mula bersuara kembali. Tingkah laku Narra terhenti.

Dia segera bangun dari katil. "Nak pergi mana pulak?" soal Arden. Dia memandang hairan apabila Narra secara tiba tiba bangun. "Kata nak mandi? Saya nak pergi ambil kan kain dan air laa. Arden hanya mengangguk faham. Telefon dicapai. Panggilan ke Airil dibuat. "Esok aku turun. Malam ni ..... Narra tak bagi keluar." kata Arden dengan perlahan ketika menyebut ayat terakhir itu.

"Hahahahhaha.. haa ye laa, jangan lupa bagi anak buah kat aku. Kalau boleh nak twins." Terus Airil mematikan panggilan itu sebelum diserang kembali oleh Arden. Narra kembali dengan bekas yang di isi air dan kain kecil. Arden cepat ii meletakkan telefonnya diatas meja sisi.

Mereka berdua saling pandang memandang. Saling mendiamkan diri. "Buka laa baju tu, saya nak lap macam mana kalau pakai baju." Narra mula berbicara. Rasa mengantoknya masih tersisa. "Ohh." Arden segera menanggalkan bajunya. Dengan pantas Narra memalingkan wajahnya ke arah sisi kiri. "Macam tak biasa je kau ni." Kata Arden apabila melihat dengan jelasnya wajah Narra sudah bertukar merah.

"Ermm..mm.. mana ada, saya tengok.. tengok jam tu laa." Kata Narra sambil menunding arah ke jam dinding di bilik mereka. "Manaa??" Arden cuba mendekatkan dirinya ke arah Narra yang masih lagi memandang ke sisi. "Oo.. jam." Narra kembali memalingkan wajahnya ke hadapan Arden. Tetapi belum sempat berpaling sepenuhnya satu kucupan singgah ke pipi kanan Narra.

Narra yang terkejut secara tidak sengaja terdorong badan Arden kebelakang. "Auwwch." Aduu Arden apabila luka dibadan dadanya di tolak dengan kuat oleh Narra. "Sorry ii, tak sengaja." Cepat ii Narra mendekatkan diri dan cuba melihat luka di dada Arden. "Xde sorry ii. Kau ingat xkuat ke kau tolak tadi? Ter kiss je, tu pon tolak aku bukan main." kata Arden dengan muka tiada riak.

"Sorry laa. Saya terkejut. Bukan sengaja pon." Kata Narra sambil perlahan lahan membuka pembalut luka di bahagian dada Arden. "Arden merapatkan wajahnya ke arah Narra. "Tunggu la nanti aku sembuh, aku kerjakan kau cukup ii." seraya itu, Narra menelan air liurnya. Takut dengan bisikan dari Arden itu. 'dia nak bunuh aku ke apa?' bisik hati Narra. Wajahnya juga sudah bertukar pucat apabila mendengar bisikan itu.

'tahu takut..'







Bersambung...

I'm a Mafia girlWhere stories live. Discover now