one

4.6K 147 8
                                    

   Narra dengan cepat melangkah masuk kedalam rumah sambil membawa bakul yg dipenuhi pakaian apabila hujan mula turun dengan lebat. Bakul itu diletak diruang tamu. Gadis berumur 20tahun itu baru sahaja ingin melangkah disapa oleh neneknya yg keluar dari bilik.

"Dah angkat kain baju?" soal Nek Jah apabila melihat ke luar rumah kayu itu. Hujan mula turun dengan lebat lagi.

"Dah." Narra yg masih tercegat disitu ditengking oleh neneknya.

"Kau buat apa lagi kat sini? Pergi laa masak! Aku lapar!." cepat ii Narra melangkah ke dapur. Takut akan dirinya di pukul lagi oleh Nek Jah itu.

Nek Jah terpaksa membelanya sejak dirinya lahir dimuka bumi ini. Ibu Narra meninggal ketika melahirkan Narra. Bapanya? Hilang entah ke mana. Diminta untuk bertanggungjawab malah melarikan diri.

Bukan sahaja orang kampung yg benci akan Narra itu malah Nek Jah dan Pak Su juga benci terhadapnya. Narra yg sudah biasa hidup seperti itu hanya mampu bersabar menjalani kehidupan itu.

Terdetik dalam hatinya bersyukur kerana dirinya masih hidup. Tidak seperti bayi ii yg lain. Dibunuh dan dibuang rata ii oleh keluarga kerana status anak luar nikah. Dia bersyukur kerana Nek Jah dan Pak Su tetap menjaganya sehingga sekarang walaupon sering menderanya.

"Lambat lagi ke nak siap?!" tengking Nek Jah yg baru sahaja melangkah ke ruang dapur itu. Narra yg baru sahaja mematikan dapur gas itu hanya bersuara perlahan. "Dah siap." Narra mengisikan pinggan dengan masakannya, sambal ikan bilis.

"Ini je yg kau masak?" sinis sahaja nada Nek Jah melontar soalan itu. Nek Jah mula merasai masakan itu. "puihhh.. Kau memang nak bunuh aku ke apa!?" tengking Nek Jah. Narra membersihkan mukanya akibat terkena ludahan dari Nek Jah dengan tangannya.

Narra mengambil sudu untuk merasa masakan itu. "okay je nek." jawab Narra dengan perlahan. "Menjawab erhh kau ni. Anak haram! Ada hati nak menjawab!" terus mencengkam rambut panjang milik Narra. Narra apa lagi, mengaduh kesakitan laa.

"Mak, apa yg bising ii ni sampai kat luar Shuk dengar." Shukri, bapa saudara Narra mula menapak kearah maknya Nek Jah. "Ni hah budak tak guna ni. Kalau satu hari tak buat aku naik angin memang tak sah." Rambut Narra masih lagi dalam cengkaman Nek Jah.

Narra yg dalam kesakitan meminta Nek Jah untuk melepaskan rambutnya itu sambil merayu dalam tangisan. "Kau memang menyusahkan mak aku la. Kenapa la kakak aku tu nak sangat lahir budak macam kau ni. Memalukan keluarga jelah!" kali ini pak su Narra pula mengherdiknya sambil mencengkam rahang Narra.

Serentak itu, dua beranak itu melepaskan cengkaman masing ii dan menolak Narra ke sudut. Jatuh terjelepok laa si Narra. Narra segera melarikan diri masuk kedalam biliknya. Setiap hari dirinya di dera oleh dua beranak itu.

"Marah sikit masuk bilik. Nak jadi apa kau ni Narra?!" laung pak su Narra dari dapur. Dia masuk ke dalam bilik air menyucikan diri kerana dirinya sudah dibasahi dengan air hujan ketika pulang sebentar tadi.

Nek Jah pula mula menapak naik ke ruang atas. Sudah hilang seleranya ingin makan masakan cucunya itu.

___

Arden yg baru sahaja menapak masuk kedalam bilik seksaan itu menerima tundukan hormat dari konco ii nya. Arden yg wajahnya sering dihiasi dengan riak bengis itu tidak menghiraukan penghormatan itu dan segera melangkah kepada 'mangsa' barunya ketika ini.

Sesiapa sahaja yg mencari masalah dengannya memang akan menjadi mangsa kepada lelaki kejam ini. Tidak mengira tua atau muda, perempuan atau lelaki memang akan menjadi mangsa kekejamannya jika mengusik pekerjaan ii nya sebagai mafia.

Arden mula melangkah mendekati mangsa yg telah diikat di kaki dan tangan kerusi. Mangsanya kali ini seorang lelaki berumur 50an dan masalah yg dilakukan oleh lelaki itu adalah menyeludup keluar barang ii dadahnya kepada musuh ii Arden.

I'm a Mafia girlWhere stories live. Discover now