seven

2K 117 3
                                    

   Seperti biasa, Narra akan menyediakan makanan untuk waktu lunch Tuan Arden. Sudah tiga hari mereka berdua tidak menyapa antara satu sama lain sejak peristiwa lamaran Arden malam itu.

Arden pula, sikit ii nak melenting tak tentu pasal. Nasib baik tidak menyakiti Narra. Arden yg baharu sahaja selesai mandi turun menghadap makan di meja makan.

Dipandangnya makanan itu seperti tidak berselera. Narra menyedokkan nasi kedalam pinggan Arden. Lauk sambal udang merah juga diletakkan di pinggan nasi Arden. Narra hanya melihat Arden yg bangun dari kerusi secara tiba ii.

"Tuan perlukan apa ii lagi?" Narra bersuara tetapi Arden meninggalkan Narra di ruangan itu dan menuju ke arah dapur. Di ambilnya pinggan nasi yg lain. Narra yg masih lagi berdiri disisi meja makan itu hanya memandang perlakuan Arden.

Lauk ayam kurma diletakkan diatas nasi yg sudah dicedokkan olehnya sendiri. Narra yg berada disitu diabaikan. Narra mula berasa sedih dengan tingkah laku Arden. Cepat ii dia membuang rasa sedih di hati.

Pinggan yg sediakan olehnya tadi untuk Arden diambil kembali. Arden tidak mengendahkan Narra yg sedang menuju ke arah ruangan dapur. 'kau tetap akan jadi milik aku.' Arden sambung menjamu selera makanan itu.

___

Narra dibawa ke salah satu bilik di bawah tanah rumah agam itu. Mata Narra di tutup dengan kain hitam. Narra yg sudah ketakutan itu mula menggigil. Titik peluh mula membasahi tapak tangan dan di dahinya. Bukan boleh dijangka dengan tindakan Arden.

Sudah laa dia reject lamaran Arden depan tetamu ii Airil malam tu. Bukan reject terus pun. Cuma dia terkejut, dan terus meninggalkan ruang dewan begitu sahaja. Lagipon, takkan dia nak relakan dirinya untuk menjadi mangsa Arden.

Arden memberi isyarat kepada orang suruhannya yg membawa Narra kebilik itu supaya keluar dan meninggalkan mereka berdua di ruang itu. Narra terkejut selepas mendengar pintu ditutup. Matanya masih tertutup dengan kain. Tiada satu pon suara yg dapat didengari olehnya.

Arden mendekati Narra dan melepaskan ikatan kain di mata Narra. Terkerut kerut kening Narra untuk menghilangkan samar ii dimatanya. Terlihat seorang lelaki duduk dikerusi. Mata lelaki itu juga ditutup. Tak lupa juga dengan kedua dua kaki dan tangan juga diikat.

"Pak su?" ujar Narra setelah dia dapat mengecam lelaki dihadapannya kini. Hanya sekeping dinding kaca yg memisahkan mereka. Narra sudah berkerut kening sambil memandang ke arah sisinya, Arden.

Arden yg seakan akan tahu persoalan itu, hanya beriak biasa, seolah olah tidak faham apa yg dimaksudkan oleh Narra. "Tuan nak buat apa kat pak su saya? Tolong jangan apa ii kan dia." rayu Narra. Walaupon lelaki itu sudah pernah menyakitinya, dia tetap sayang akan pak su dan nek Jah. Kerana mereka berdua laa sanggup menjaga dan membesarkan dirinya sehingga besar kini.

Seorang orang suruhan Arden mula mendekati lelaki yg diikat dikerusi itu. Narra mula memberi perhatian kepada seorang lelaki yg sedang membawa sepotong kayu. Diangkatnya setinggi yg mungkin dan melibaskan di badan lelaki diikat itu.

Raungan dari sebalik cermin membuatkan air mata Narra mula bertakung di tubir mata. "Kalau kau nak aku stop. Jadi wife aku. Simple. Lepas tu, aku tak kacau kehidupan diorang. And kau dianggap tak pernah wujud dalam hidup diorang." Narra hanya mendengar tutur kata dari Arden.

Arden mula melangkah keluar sambil memberi isyarat kepada anak suruhannya itu supaya berhenti memukul lelaki itu, Shukri. Narra ditinggalkan sendirian diruang bersebelahan dengan ruang Shukri dipukul. Hanya cermin kaca sahaja yg memisahkan antaranya dengan bapa saudara.

___

Bunyi ketukan itu menarik perhatian Narra. Narra membalas senyuman dari mak Pah dan Alya. Kini Narra berada ditengah tengah antara mak Pah dan Alya yg berada dibirai katil.

Mak Pah menggenggam tangan Narra. Narra masih lagi dalam kesedihan. "Narra, mak Pah dah anggap kamu macam anak mak Pah sendiri. Mak Pah percaya pada keputusan Tuan Arden tu. Sejak kecil lagi mak Pah jaga Tuan Arden." Narra masih lagi menangis dan masih menunduk kepalanya kebawah. Setitis demi setitis air matanya gugur jatuh ke lantai bilik.

"Walaupon Tuan Arden macam tu, Alya yakin yg Tuan Arden betul ii ikhlas dengan Kak Narra. Buktinya, dia melamar akak depan orang ramai." Alya cuma meyakinkan Narra dalam menerima lamaran Arden. Dia tidak pernah melihat Arden betul ii inginkan seorang perempuan untuk dijadikan isteri.

Selepas kematian Sir Ishak dan Madam Irene, perwatakan Arden sudah mula berubah 180°. Hatinya penuh dengan dendam, sedikit pun tiada ingin merasa kebebasan mencari teman hidup. Sehingga laa terjumpa dengan Narra Arrisa.

"Tapi kenapa dengan terpaksa. Narra belum kenal dengan dia. Narra tak sayang apatah lagi cinta pada Tuan Arden." dalam tangisan Narra cuba bersuara. Alya cuba memberi semangat kepada Narra dengan menepuk nepuk perlahan belakang badan Narra.

"Mak Pah yakin Tuan Arden mampu membahagiakan Narra. Tuan Arden sebenarnya baik orangnya. Dia seorang yg pendendam sebab takde orang yg dapat di luahkan perasaan yg dipendam tu. Hanya Airil jelah yg selalu dia luahkan. Tapi sejak Narra datang, mak Pah tengok dia dah semakin membaik. Suka berlawan cakap, suka bercakap dan tak macam dulu. Pendiam dan suka melenting tak tentu pasal. Mak Pah yakin kamu dapat ubah perangai Tuan Arden." jelas Mak Pah dengan panjang lebar.

"Kalau akak tetap masih ragu ii. Akak buat jelah solat istikharah. Minta jalan dari Allah. Insyaallah, yg terbaik sudah ditetapkan untuk akak." Saran Alya lagi. Kini, Narra sudah berhenti menangis. Matanya masih lagi merah akibat menangis.

Narra akhirnya hanya mengangguk. Lambat atau cepat, dia pasti tunduk akan semua kehendak Tuan Arden. Dia juga tidak mampu membantah kata ii lelaki itu. Akhirnya Narra berserah kepada Allah yg sudah diaturkan untuknya.

___

Narra menyambut huluran kotak telefon itu. Setelah menyerahkan, Arden keluar dari bilik Narra. Narra melangkah kearah pintu apabila Arden keluar tanpa menutup pintu biliknya. Narra membuka kotak telefon itu di meja make up nya.

"Waaa.. mesti mahal ni. Tapi nak guna macam mana?" Terbelek belek Narra memerhati keadaan telefon itu. Bunyi deringan dari telefon itu mengejutkan Narra yg sedang memegang telefon. Skrin itu tertera nama "sayangku?" Sudah hairan Narra. Baru je dapat telefon, takkan dah ada orang telefon. Takut ii Narra ingin mengangkat panggilan itu.

Baharu sahaja Narra ingin mengangkat panggilan itu, panggilan itu dimatikan. "Asal kau tak jawab?!" sergah Arden di muka pintu bilik Narra. Narra yg sedikit terperanjat itu cepat ii pengawal riak mukanya. Arden mula menghampiri Narra di kerusi. "Pandai tak guna?" soal Arden.

Narra yg malu ingin mengatakan hanya menggelengkan kepala sambil menundukkan ke bawah. "Nanti suruh Alya yg ajarkan. Tapi aku tak nak ada satu pon nombor orang lain selain nombor telefon aku. Faham?!" arahan dari Arden membuatkan Narra terkejut dan serentak menganggukkan kepala.

"Good." Arden mengusap kepala Narra yg dilitupi dengan tudung ariani. Narra menghela nafas setelah Arden keluar dari bilik itu. Untuk kali yg keberapa lagi, Narra tersentak apabila tekefon yg dipegang itu berbunyi. Dari panggilan yg sama. Cepat ii Narra menjawabnya.

"Ingat. Kalau tak kau aku hukum." terus Arden mematikan panggilan itu. Narra sudah menelan air liur pekat di kerongkongnya. Narra cuba menenagkan hatinya supaya tidak teringat akan arahan ii menakutkan dari Arden.







Bersambung..

I'm a Mafia girlWhere stories live. Discover now