eight

2K 99 3
                                    

   Pagi itu Narra hanya bersiap ala kadar sahaja. Sehingga kini dia masih lagi memikirkan hal pernikahannya itu. Walaupon kini dia sedang menuju ke arah tangga untuk keluar bersama dengan Arden. Katanya Arden ingin membawanya ke suatu tempat.

"Aku pergi sendiri je." dari jauh sahaja Narra dapat menangkap perbualan antara Tuan Arden dan seorang driver khas lelaki itu. Narra mula menghampiri Arden dari belakang. "Jom" Arden yg menyedari Narra sudah tiba disitu mula melangkah masuk ke dalam keretanya .

Narra yg masih tercegat di luar kereta dikejutkan dengan hon oleh Arden. "Masuk!" sergah Arden seraya menurunkan cermin kereta. Cepat ii Narra masuk kedalam kereta. "Kau ke aku boss?" perli Arden setelah Narra berjaya duduk di tempat penumpang belakang. Narra yg menahan rasa malu itu segera menunduk setelah selamat duduk di bahagian depan penumpang.

Narra masih lagi menunduk kebawah akibat malu itu. Masih kaku. Arden yg berada disisi itu mula menghampiri Narra. Narra terbuntang matanya apabila terasa deruan nafas dari Arden menyapa kulit mukanya. Dekat.

Klip

Arden duduk kembali ke tempat pemanduannya. Narra masih lagi kaku. Dilihatnya dirinya kini sudah memakai seatbelt. Pipi merah Narra bertambah merah setelah kejadian sebentar tadi. Cepat cepat dia membuang pemandangan ke arah sisi luar.

___

Kali ini mereka mula melangkah masuk ke salah satu butik pakaian pengantin. Sudah 5 buah kedai mereka masuk tapi satu pon tidak menarik perhatian mereka, lagi ii Arden.

"Tuan. saya penat laa.. tak payah nikah laa. Saya bukan setuju pon." ayat yg terakhir itu sengaja diperlahankan supaya tidak didengari oleh Arden yg sudah melangkah ke depan. Arden yg mendengar ayat terakhir itu tiba ii berhenti.

Narra yg berjalan dibelakang itu terkejut melihat langkah Arden berhenti.  Arden mula melangkah menghampiri Narra yg berdiri statik di situ. "Suka atau tak. Kau tetap milik aku. Kalau kau suka dengan cara kasar. Aku tak kesah." Tegas sahaja suara Arden walaupon hanya dibisik oleh Arden. Terbuntang biji mata Narra mendengarnya.

Cepat ii Narra melangkah masuk kedalam kedai baju pengantin dihadapan mereka itu dan meninggalkan Arden berdiri di luar.

Baharu sahaja Arden ingin membantah cadangan dari designer itu Narra pula bersuara. "Terima ii jelah. Saya lapar ni." moyok sahaja Narra kelihatan tika itu. Arden mengeluh perlahan. Walaupon wajahnya tidak beriak apa ii, hatinya tetap tergugat apabila melibatkan Narra.

"Okay." akhirnya Arden setuju juga dengan cadangan designer itu dengan terpaksaan. Narra menunngu Arden di luar kedai tika Arden mengurus pembayaran di kaunter pembayaran. Arden menghampiri Narra di luar. "Minggu depan kita datang lagi." kata Arden. Narra mengerut dahi. Apasal pulak. Ada yg tak settle lagi ke?

"Baju aku tak settle lagi. Esok baju kau diorang hantar." Selesai memberi penerangan ringkas kepada Narra, Arden melangkah meninggalkan butik. Narra hanya mengikuti Arden dengan muka yg masam. Malas laa, perlu ke aku datang? Baju dia je kan.

___

Narra langsung tidak memandang ke arah Arden yg sudah duduk berhadapan dengannya kini. Narra cepat ii menghabiskan makanan di pinggannya. Tidak betah untuk menjadi tatapan si lelaki dihadapannya kini.

Arden masih lagi memandang ke arah Narra yg sedang enak menjamu selera. Makanan yg dipesan sekali dengan Narra sebentar tadi masih lagi tidak disentuhnya. "Gelojoh laa kau ni." tegur Arden seraya menunjukkan jari telunjuknya ke sebelah pipi Narra.

Cepat ii Narra mengelapkan sisa ii makanan di pipinya. Macam manalah boleh tak perasan. Seraya itu pipi Narra mula kelihatan merah kemerahan kerana malu ditegur oleh Arden. Tambah pula dengan suaranya yg jelas dan tegas. Nasib baik pelanggan di meja sekelilingnya tidak mendengar percakapan Arden.

I'm a Mafia girlWhere stories live. Discover now