Narra menaiki tangga dan menuju ke tingkat dua dengan diawasi oleh orang suruhan Arden. Kini perempuan ini berdiri tegak di hadapan pintu sebuah bilik. Orang suruhan tadi sudah berdiri ditepi pintu untuk membenarkan Narra masuk ke bilik.
Narra mengetuk pintu itu terdahulu. Narra mula memulas tombol pintu lambat ii kerana tiada sahutan dari dalam. Hairan juga dia. Narra masuk dengan melangkah perlahan lahan ke arah Arden. Pintu yg dibiarkan terbuka tadi ditutup oleh orang suruhan Arden diluar.
Arden yg tidak suka bercakap hal yg sia ii hanya memberi isyarat mata ke arah sofa untuk Narra duduk. Narra yg faham akan isyarat itu segera dia mengambil tempat. Walaupon dia takut berdua duaan dengan Tuan Arden dia tetap akur dengan arahan Arden.
Kepalanya masih lagi menekur memandang lantai. Manakala Arden pula mula menatapnya dengan tajam setelah mematikan tab yg berada ditangannya tika itu. Lima minit berlalu begitu sahaja. Tiada perbualan antara mereka.
"Tuan Arden panggil saya untuk apa?" Narra cuba bersuara walaupon dia takut ii untuk bersuara. Dia tidak betah dengan renungan dari Arden ketika itu. Bukannya dia tidak tahu Arden merenungnya dengan pandangan menggerunkan.
Arden meletakkan sehelai kertas di atas meja. Narra mengambil kertas itu dan membaca senada berbisik. "Aku nak kau sign perjanjian tu." Arden meletakkan sebatang pen pula di situ. Melihat Narra yg sedang meneliti membaca isi perjanjian itu Arden memeluk tubuhnya.
"Tapi --" Narra yg baharu sahaja ingin membantah terpandang pula tenungan dari Arden ketika itu. Tajam, tegang dan menakutkan. Riak wajah juga dingin. "Bantah atau tak. Kau tetap kena sign. Kau tetap kena ikut arahan aku. Macam mak pah bagitahu." Arden masih lagi merenung tepat ke wajah Narra yg mula membahang kemerehan.
Akhirnya Narra menurunkan tanda tangannya diatas kertas itu. Narra tidak mampu untuk membantah kata ii Arden seperti yg selalu melanggar kata ii Nek Jah dan pak su nya. Sekurang kurangnya mereka hanya memukul dirinya dan tidak membunuh dirinya.
Narra meletakkan semula kertas itu dihadapannya. Arden mengambil kertas itu dan melangkah kearah mejanya. Kertas itu disimpan didalam fail dan dimasukkan kedalam peti besi. Narra hanya memandang sepi.
"Kalau kau tak nak dihukum, patuh semua arahan yg kau baca tadi." Arden mula menuju ke arah pintu. Narra cepat ii bangun dan mengikut langkah Arden dari belakang untuk keluar.
___
Narra termenung mengingatkan semula isi kandungan yg tercatat di sekeping kertas itu.
Perjanjian antara Tuan Arden dan Narra.
1. Ikut segala arahan Tuan Arden.
2. Dihukum jika langgar arahan Tuan Arden.
3. Menerima hukuman dengan rela.
4. Menemani Tuan Arden ketika makan.
5. Semua urusan Tuan Arden adalah urusan Tuan Arden (tiada hak untuk masuk campur.)
6. Semua urusan Narra adalah urusan Tuan Arden juga (berhak masuk campur).
7. Masakan Narra hanya untuk Tuan Arden.
8. Nak keluar dari rumah agam perlu minta izin dari Tuan Arden.Dengan ini saya Narra Arrisa binti Abdullah menyetujui segala yg dinyatakan diatas. Jika saya membantah atau melanggar perjanjian ini saya dengan rela akan bertanggungjawab ke atasnya.
Denda yg dikenakan : 5 kali ganda harga yg dihutang oleh Encik Shukri bin Majid iaitu sebanyak RM 500,000.
Narra yg mengingatkan mengeluh perlahan. Mana dia nak cekuk duit sebanyak tu kalau nak keluar dari sini. Perlahan lahan Narra menapak kearah sliding door di ruang tamu kedua.
YOU ARE READING
I'm a Mafia girl
RomanceOrangnya pemalu tidak suka bertentangan mata dengan lelaki ajnabi, suka berdikari kerana sudah biasa hidup susah. Pelbagai pekerjaan yg dilakukan untuk menyara hidupnya bertiga. Ya, dia Narra Arrisa sejak lahir lagi tinggal bersama nenek dan bapa sa...