two

2.2K 118 3
                                    

   Narra memalingkan badannya kebelakang apabila pak su memanggilnya. Pak su berjalan mendekati Narra di halaman rumah kayu kampung itu. "Kau baru balik kerja kan?" Narra yg sudah tahu niat pak sunya itu terus menggenggam erat beg sandangnya.

Narra hanya mengangguk ketakutan. Sudah banyak kali pak su nya memaksa Narra untuk memberinya duit untuk aktiviti perjudiannya. Pak su nya mula menyambar beg sandang Narra. "Jangan laa. Nanti kita nak makan apa esok." rayu Narra sambil merebut beg sandangnya itu. Tapi apakan daya tenaga pak su nya lebih kuat dari tenaga perempuannya.

Selepas merembat semua duit didalam beg itu, pak su nya terus melemparkan kearah Narra. Narra yg sudah terjatuh terduduk akibat ditolak oleh pak su nya sendiri hanya menangis. "Lain kali kalau tak nak sakit, bagi bila aku mintak." Terus sahaja Shukri meninggalkan halaman rumah itu.

"Yang kau berdrama pukul 7 tu buat apa! Masuk , masak!" Laung Nek Jah dari muka pintu rumah kayu. Cepat ii Narra bangun dan membersihkan bajunya dar pasir. Narra melangkah laju kearah pintu rumah. Nek Jah sudah masuk selepas menengking Narra sebentar tadi.

Setelah siap memasak, Narra mula menapak naik keatas. Dibiarkan Nek Jah menjamu selera seorang diri. Setiap malam Narra pasti akan melipat pakaian mereka bertiga memandangkan hanya dia seorang yg selalu di arahkan untuk membuat kerja rumah.

___

Arden menghempaskan badannya ke tilam katil. Direnung kearah kipas yg berpusing di syiling bilik itu. Dering dari telefon menyentakan diri dari lamunan. Panggilan diangkat.

"Jom lepak." suara lelaki di corong telefon Arden. "Hermm." Hanya itu sahaja Arden membalas dan menutup kembali telefonnya. Matanya yg terpejam seketika membuka kembali. Dia hanya menukarkan pakaian memandangkan dia baharu sahaja keluar makan malam sebentar tadi.

Tshirt puteh berlengan pendek disarung ke badannya. Seluar jean biru pekat disarungkan. Topi hitam dan jaket hitam disambar diatas katil tadi. Arden mula melangkah keluar dari biliknya.

Tidak mengambil masa yg lama, Arden sampai di salah satu club kegemarannya yg selalu dia lepak bersama sepupunya. Saat dia menjejaki masuk ke dalam club itu semua tertumpu kearah nya. Mungkin kenal atau takut akan dirinya.

Arden mula melangkah kearah meja yg selalu di dudukinya dengan muka tiada riak. Arden menyambut salam dari Airil dengan gaya gentleman. "Sejak bila kau balik dari Itali?" soal Arden sambil meneguk air kencing setan yg berada di atas meja itu. "Semalam. Sebab tu aku ajak kau keluar." jawab Airil yg masih lagi dikepit oleh dua orang perempuan berpakaian seksi.

"Macam mana bisness kau?" Arden mula bersuara. Airil ni lain, walaupon dia mafia dia tetap ada syarikat sendiri bukan sepertinya tidak berminat dengan syarikat pembangunan seperti itu. Arden juga ada ingin membuat perancangan ingin membuka syarikat menjual senjata api pula. Tapu itu masih dalam perancangan.

"macam tu laa." jawab Airil. Sebenarnya dirinya dipaksa oleh pak ngah. Katanya itu laa satu ii nya yg Airil ada. Pada mulanya Airil juga tidak mahu tetapi terpaksa terima atas wasiat ayahnya sendiri. Keluarga Arden dan keluarga Airil dibunuh dengan kejam sehingga mereka berdua mempunyai dendam yg sama terhadap musuh yg sama.

Dahulu ayah Arden dan ayah Airil adalah ketua mafia tapi disebabkan mereka berdua sudah mula insaf, mereka berhenti melibatkan diri dalam hal ii itu. Orang kata 'cuci tangan'. Tapi siapa sangka, musuh mereka itu telah meragut nyawa kedua dua keluarga itu. Mula dari situ laa Arden dan Airil menjadi ketua mafia yg digeruni.

Geng Arden juga sudah lama bergabung dengan geng Airil. Dan kini dikenali sebagai Geng A2. Simple. Tapi bila bercakap tentang Geng A2 pasti meremang bulu roma yg mendengarnya belum menyaksikan lagi kekejaman diorang

I'm a Mafia girlWhere stories live. Discover now