thirteen

1.6K 83 4
                                    

"Berhenti kat kedai makan." Arden menyuarakan arahan kepada pemandunya tika itu. Narra yg berada disisinya langsung berdiam diri. Teringat akan doktor perempuan itu tadi menaikan amarahnya sebagai seorang isteri.

"Kau asal? Nak makan hati ke? Ke nak makan apa? Keluar!" Arah Arden dari luar tingkap. "Saya tak lapar, tuan pergi laa makan." Arden yg berada diluar kereta itu langsung tidak dipandang. "Tak faham laa aku dengan emosi perempuan. Lagi ii kau." Terus Arden meninggalkan Narra yg masih berada di dalam kereta.

"Puan. Saya rasa ada baiknya puan ikut cakap Tuan Arden. Saya tak nak nanti dia lepas tempiasnya pada orang yg tidak bersalah." Akhirnya, Narra mengambil keputusan untuk keluar dari kereta.

Dia tidak mahu orang lain akan dikenakan tempias amarah Arden disebabkan olehnya. Bukannya dia tidak tahu perangai asal Arden itu. Narra mula memasuki ke dalam kedai makan. Narra mendekati si suami yang sedang duduk disalah satu meja di situ. Kerusi di hadapan Arden diduduki oleh Narra.

"Kau nak bagitahu pada aku ke atau kau nak aku cari sendiri? Kau tahu kan apa yang jadi bila aku sendiri yang cari." Narra masih lagi berdiam diri. Bukan haknya untuk merasa cemburu pada Arden. Dia sedar akan siapa dirinya sendiri.

Narra masih mendiamkan diri, tidak lama kemudian, pelayan membawa makanan yg sudah dipesan oleh Arden. Narra hanya memandang kosong terhadap makanan dihadapannya kini. "makan je la. Kau bukannya sakit tangan macam aku sampai nak kena suapkan." perli Arden.

Narra masih lg tidak memberi apa ii respon. Masih terganggu dengan percakapan doktor perempuan tadi. Arden mula mencapai telefon di atas meja. "Kau dah dapat apa ii info tetang doktor tu?" Arden mula bertanya kepada orang yg dlm talian. Narra mengangkat kepalanya memandang kearah Arden.

"Jangan bunuh doktor tu. Dia tak sengaja cakap nak dapatkan awak. Tapi ...." Belum sempat Narra ingin menghabiskan ayatnya, Arden menunjukkan skrin telefonnya dihadapan Narra. Gelap. Tanda tiada panggilan bersambung. "So, sebab tu kau macam ni?" Arden mula menyoal Narra sambil tersenyum senget.

"Ke kau dah jatuh suka kat aku? Tak hairan. Sebab aku kan handsome." Sempat Narra terpandang wajah Arden yg mengangkat kening sebelah kanan. Narra cepat ii mengambil sudu dan garpu di pinggan. Narra makan tanpa memandang kearah Arden sehinggalah dia menyudahkan makanan itu.

Arden pula sempat menyembunyikan senyumannya dari dilihat oleh Narra. Arden menerima emel dari salah satu anak suruhannya. Beberapa maklumat tentang doktor  Erina Liy sudah berada di dalam telefon Arden. "Malam ni aku balik lewat. Tak payah tunggu aku." Hanya itu sahaja disuarakan.

Narra hanya mengangguk tanpa mengetahui apa ii. Tetiba kepalanya terlintas kepada doktor perempuan itu tadi. "Tuan, saya nak tanya. Ermm. Tuan balik lambat malam ni, sebab apa?" Takut ii Narra menyoal Arden. Bukan semua orang boleh melontar pertanyaan kepada Arden. Selalunya Arden yg akan menyoal anak ii suruhannya.

"Kenapa? Kau nak ikut? Kau takpayah nak risaukan aku. Aku tahu kerja aku. Salah satu kerja aku, adalah setia dan lindungi kau je." Kata ii dari Arden membuatkan Narra menundukkan kepalanya ke bawah dan meneliti pinggan makanan yg sudah licin dihabiskan olehnya.

___

Arden menyemak sehelai demi helai laporan yg dibawa oleh salah seorang orang suruhannya. "Kau pasti takde satu pon yg terlepas dari pandangan kau?" Soal Arden dengan suara yg keras. "Pasti tuan. Ini semua laporan tentang latar belakang doktor Erina Liy." Arden tersenyum jahat melihat laporan itu. 'kebetulan atau takdir kau Erina?"

"Aku nak korang ikut kat mana je perempuan ni pergi. Lepas tu bagithu aku." Erina Liy, anak kepada Edem Liy. Musuh arwah papa Arden dan papa Airil. "Satu lagi, aku nak kau siasat siapa Ershan Fattah. Aku rasa dia ada kaitan dengan Edem." arah Arden kepada salah seorang orang suruhannya.

Orang suruhannya mengangguk faham akan arahan yg diterima. Airil melangkah masuk ke dalam bilik itu. "Asal?" Tanya Airil kepada konco Arden. Baru sahaja lelaki berbadan tegap itu ingin berbicara, Arden membuka suara. "Edem Liy dah muncul." Terkejut tambah geram akan nama yg baru didengar itu. "Dah lama aku tak dengar nama ni." Muka bengis Airil jelas terpancar.

"So, apa rancangan kau lepas ni?" Soal Airil sambil mengambil tempat dihadapan Arden. "Kita akan bagi diorang rasa apa yg patut diorang terima." Raut wajah Arden dan  Airil langsung tiada senyuman. "Perempuan ni ada kaitan ke dengan rancangan kita?" Soal Airil lagi setelah melihat di skrin laptop itu.

"Dia akan jadi alat aku untuk sampai ke Edem Liy, bapak dia." Arden mula bangun dari kerusi. "Patutlaa muka ada iras iras. Kejap je, ada dh tunggu kat rumah laa tu." Suka pulak Airil menyakat Arden kat situ, nasib baik hanya mereka berdua je. Kalau didepan anak suruhan mereka, nak senyum pon memang macam minta menempah maut je laa..

"Macam laa aku tak tahu yang kau pon tengah usha usha kan yg ada kat rumah aku tu." Airil mendapat senyuman senget dari Arden sebelum Arden keluar dari ruangan itu. Airil masih terkebil kebil di situ. "Jelas sangat ke?" Dia bercakap seorang diri di tepi pintu.

___

Narra keluar bilik dan menuju kearah ruangan dapur. Dia mengerlingkan jam di dinding dapur itu. Jarum jam menunjukkan waktu itu sudah pukul 2 pagi. Dia mengeluarkan beberapa bahan dari peti sejuk untuk dimasaknya. Boleh pula masa ni perutnya minta makanan.

"Tuan!"
"Cepat bawa masuk!"

Narra yang sedang memotong sayur terdengar suara orang suruhan Arden di luar pintu rumah. Dia teragak agak ingin ke pintu. Arden akan memarahinya jika keluar dari rumah tanpa kebenarannya.

Pintu utama dibuka dengan luas. Cahaya dari lampu ruangan disitu menampakkan lagi kesan darah yg berlumuran di badan Arden. Narra cepat  cepat menyambut badan Arden.

"Takpe puan, biar kitorang urus Tuan Arden." kata salah seorang orang suruhan Arden. Mereka membawa Arden ke salah satu bilik di rumah itu. Narra yang berada disitu ditinggalkan.


Bersambung..

I'm a Mafia girlWhere stories live. Discover now