H-01

247 30 5
                                        

Kedengaran derapan kasut tumitnya bergema di koridor. Sesiapa sahaja yang akan berselisih dengannya secara automatik akan menunduk hormat pada si gadis itu kerana pangkatnya begitu tinggi di dalam hospital itu. Tertera nama Won Bitna pada kot putih yang disarungnya. Pintu kaca dikuak dan terpaparlah beberapa orang yang sedang berdiri sopan.

"Orang baru?" Soal Bitna pada salah seorang doktor disitu.

"Nae" Bitna hanya mengangguk kecil.

"Annyeonghaseyo, Park Gildong imnida!" Semangat lelaki itu berkata sambil menunduk hormat pada Bitna. Namun Bitna langsung tidak memandang wajah lelaki itu malah bayangannya sekalipun. Terus dia beredar sambil menghirup kopi ditangannya.

"Kenapa sombong sangat ish" Ujar Gildong dengan nada tidak dikawalnya.

Terus lengannya dicubit kuat oleh doktor seniornya.

"Jaga sikit mulut. Dia anak puan pengerusi"

Membuntang kedua biji mata mereka. Mereka memandang sesama sendiri lalu melemparkan pandangan kearah Gildong. Mungkin Bitna mendengarnya kerana Gildong tidak mengawal nada suaranya ketika bercakap sebentar tadi. Nampaknya dia sudah buat masalah terbesar bagi hidupnya. Baru beberapa minit masuk dah buat hal.

"Habislah kau"

━─━────༺༻────━─━

Satu ketukan mula kedengaran. Pintu ditutup rapat lalu dengan selamba Bitna melabuhkan punggungnya di sofa kulit. Dia mensisip sedikit kopi sambil memandang wajah seorang wanita separuh abad yang sedang kusyuk meneliti fail-fail pesakit.

"Waeyo?"

Keadaan di dalam pejabat itu hening seketika sebelum wanita separuh abad itu bergerak menuju ke sofa bersebelahan Bitna. Sekeping kad jemputan diletak di atas meja.

"Omma nak kamu ikut omma"

"Eodiya?" Soal Bitna. sambil mensisip lagi kopinya. Kad jemputan itu diambil lalu dibaca dengan penuh teliti. Senyuman senget mula diukir di wajah tenang wanita itu. Kad tersebut dilempar dengan kasar terus dia menyandarkan tubuhnya.

"Sekeras mana omma pujuk, Bitna takkan pergi" Ujarnya dengan nada datar. Dia tidak begitu suka dengan majlis perjumpaan sebegini kerana baginya ia amat mengjengkelkan dirinya. Puan Won terus menghela nafasnya kerana sikap anaknya.

"Sampai bila kamu nak macam ni? Perkara tu dah lama berlalu. Kamu kena hadapi benda ni"

Kedua iris milik Bitna kini bertukar menjadi pandangan yang sukar ditafisir. Kelihatan rahangnya bergerak dek kerana menahan amarahnya. Cukup pantang sekali apabila seseorang cuba mengungkit kisah lama yang cukup dibencinya walaupun beliau merupakan darah kandungnya sendiri. Puan Won sekadar memandang sahaja wajah Bitna sebelum dia kembali bersuara.

"Omma tahu kamu nakkan tempat tu bukan? Omma cabar kamu untuk ambil kerusi tu dengan syarat kamu kena lawan perasaan takut kamu"

"Anniya, omma salah. Bitna tak takut pada sesiapa"

Puan Won tersenyum lebar lalu dia mendekatkan wajahnya ke arah wajah Bitna. Kedua iris milik Bitna direnung.

"Geurae? Tunjukkan"

Gadis itu membalas tatapan dari sang ibunya. Senyuman palsu cuba dilempar mengawal kemarahan yang secara tiba-tiba ingin meledak. Won Bitna cukup terkenal dengan sikap baran dan juga angkuh meskipun dengan ommanya sendiri. Dia bingkas bangun lalu menghayunkan kakinya meninggalkan tempat itu.

Kedua tapak tangan dikepal menjadi penumbuk. Buat pertama kalinya dia dicabar oleh puan Won. Sapaan dari orang bawahannya tidak dihirau si gadis itu. Sedang dia berjalan, seorang lelaki mula muncul dihadapan Bitna secara mengejut sehinggakan dia memberhentikan lamgkah-langkahnya. Lelaki itu menunduk sedikit lalu menghulur tin berisi jus buah kepada Bitna.

[✓] 𝐇𝐢𝐤𝐢𝐤𝐨𝐦𝐨𝐫𝐢-홍지수Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang