H-08

52 13 0
                                    


Gangnam Seoul,
7:35 p.m.

Suasana di sekitar ruang makan sungguh hening melainkan detakan sudu dan garfu yang berlaga dengan pinggan kaca.

Setelah sekian lamanya Bitna tidak makan bersama dengan puan Won ia kelihatan sedikit janggal namun cepat-cepat dia menepis perasaan itu.

"Eottae? Nampaknya ia berjalan dengan lancar bukan?"

Kunyahan di dalam mulutnya dihenti secara perlahan tatkala puan Won memulakan perbicaraannya.

Dapat dilihat Bitna hanya menjungkit sedikit hujung bibirnya.

"Rancangan omma berjalan dengan lancar sampaikan lelaki tu sendiri dah muncul kembali"

Senyuman puan Won memudar tatkala mendengarnya.

Dahi dikerut seribu sebelum anak gadisnya menyambung perbicaraan.

"Ri Kyung"

"Kamu jumpa dia? Kenapa kamu tak bagitahu omma?? Dia apa-apakan kamu?"

Entah kenapa cecair hangat mulai bertakung di tubir matanya tetapi dia cuba untuk menahan.

Dia bukan lemah. Dia cukup benci perasaan itu. Air liur ditelan kelat. Dia menyambung makan semula.

"Jawab Bitna. Apa dia buat pada kamu?"

"M-mollaseo"

Garfu yang berada di genggaman dengan perlahan terlepas dari pegangannya. Akhirnya permata milik si gadis itu jatuh juga.

Puan Won segera mendekati gadis itu lalu pelukan hangat diberi. Tidak dia menyangka lelaki itu akan muncul semula di depan anaknya.

"N-na museowo.."

"Gwenchana, omma ada di sini. Omma akan lindungi kamu"

Dengan perlahan dia membalas dakapan itu. Dia berasa selesa dengan dakapan hangat yang diberi puan Won.

5 November 2017
Gwacheon, Seoul.

"J-jangan.."

Si gadis itu menggeleng perlahan. Kedua irisnya menatap dengan tatapan merayu untuk tidak mengapa-apakannya.

"Tolong Kyung. Tolong jangan macam ni"

Kyung tergelak kecil tatkala membalas tatapan itu. Sungguh mengujakan. Lalu dagu milik gadis itu di cengkam dengan kasar.

"Sayang tunggu di sini okay? Kita main satu permainan yang agak mengujakan"

Kyung melangkah menuju ke sebuah piano yang berada di hadapan si gadis itu. Kekunci itu dimainnya dengan perlahan.

L-lagu ini..Tolong jangan.

"K-kyung! Tolong bukan lagu ni!"

Lelaki itu tidak menghiraukan kata-kata Bitna malah jarinya semakin lincah bermain di atas kekunci itu.

"H-hentikan..."

Dia gagahkan diri untuk meloloskan dirinya walaupun 'lagu kematian' kini sedang berlangsung. Matanya kelihatan mencari sesuatu. Dia meraba lantai di belakang tubuhnya dengan kedua tangannya di ikat kuat.

"Ya tuhan, kau tolonglah aku.."

Serpihan kaca diambil lalu tanpa membuang masa dia menggores tali itu dengan perlahan. Sambil itu dia memerhati gerak geri Kyung yang sedang leka bermain piano.

Kepalanya mulai berdenyut kuat kerana lagu itu. Dengan segala kudrat yang ada pada gadis itu, terus dia menikam bahu lelaki itu menggunakan serpihan kaca tadi.

Lagu itu dihentikan dengan serta merta. Bitna menjauhkan dirinya terkejut seketika. Selangkah demi selangkah dia cuba mengundurkan dirinya apabila melihat kyung tersenyum sinis sambil memandangnya. Terus dia membuka langkahnya melarikan diri dari lelaki syaitan itu.

"Won Bitna..Lagu ini aku ciptakan untuk kau. Berani kau cuba hentikannya?!"

Nafasnya turun naik menahan amarah. Dipandang bayangan si gadis itu yang sudah menjauh melarikan diri melalui pintu besi yang dikuak kecil.

Seketika itu suasana di situ hening lalu suara tawa kecil mulai pecah. Terkekeh-kekeh dia ketawa bersendirian tak ubah seperti orang gila.

"Kau takkan dapat lari sayang"

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

To Be Continued..

💌 : hai ! I want to say that thank you so much cause still reading this potato fanfic hehe. spread the love ♥♥♥

[✓] 𝐇𝐢𝐤𝐢𝐤𝐨𝐦𝐨𝐫𝐢-홍지수Where stories live. Discover now