H-27

30 8 0
                                    

Selangkah demi selangkah dia berjalan dengan perlahannya. Cuba berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

Sebuah meja disertakan dengan dua buah kerusi itu telah menangkap pandangan Bitna. Di atas meja itu dipenuhi dengan makanan.

Sebuah meja makan di dalam rumah usang. Ianya..agak pelik bukan? Apa rancangan si lelaki ini?

"Macam mana? Suka tak? Takkanlah aku nak biarkan tetamu yang datang dari jauh tidak dijamu sebarang makanan, betul tak?"

Ujar Kyung. Tak lupa juga tawa kecilnya yang diselitkan.

"Sini, duduk dekat sini"

Si gadis itu tidak bergerak sama sekali. Wajah tenang di pasangnya.

Wain berwarna merah darah disisip sedikit sang lelaki. Dia kembali memandang tubuh Bitna yang masih berdiri persis patung.

"Kenapa masih berdiri hm? Sinilah, kita minum sama-sama. Aku sediakan wain kegemaran kau"

Masih ingat lagi lelaki itu tentang kesukaan si gadis pujaan hatinya.

"Nikmatilah wain itu sehabis yang mungkin. Kau mungkin takkan dapat rasainya bila dah didakwa nanti. Oh maaf, kau mungkin akan rindukan rasa wain itu nanti"

Sinis Bitna berucap.

Kyung meneguk kasar wain yang sudah berada di anak tekaknya.

"Dengan beraninya kau cakap macam tu pada aku ya sayang? Mesti kau dah bawa pengikut ke sini bukan?"

Kali ini Kyung pula menyoal sinis. Dengan perlahan Kyung membuka langkah mendekati tubuh Bitna.

Secara tiba-tiba lelaki itu bertindak agresif. Dia merentap telefon pintar yang setia di genggaman Bitna.

Telefon itu dicampak dengan kasarnya. Tidak cukup dengan itu, telefon tersebut diketuk dengan penukul paku yang bersaiz besar sehinggakan telefon itu hancur dengan teruk.

"Bodoh, kau fikir aku letak alat pengesan di telefon tu? Aku tak sebodoh kau"

Gumam Bitna perlahan.

Setelah itu, dia melangkah lalu melabuhkan punggungnya di kerusi.

Kyung memandang Bitna pelik. Mengapa Bitna begitu tenang? Tanggapannya tentang alat pengesan di dalam telefon itu adakah ianya salah?

Raut wajah cuba dikawal lalu Kyung kembali duduk di kerusi tadi.

"Betul tu, aku memang bawa pengikut ke sini"

Segaris senyuman diukir bersama tatapan yang begitu dalam bagai mahu tembus sahaja bebola mata milik Kyung.

"Alat pengesan yang kau sangkakan berada di sini"

Bitna memperagakan seutas gelang yang dililit di pergelangan kanan. Sudah dapat di lihat dari raut wajah si gadis itu seakan-akan cuba mempersendakannya.

Secara tiba-tiba sekumpulan orang mulai memasuki ke dalam ruangan itu. Seluruh jalan keluar kini telah pun dikepung oleh pihak polis.

"Won Bitna, kau betul-betul berani ya? Baiklah, memandangkan semua dah berada di sini, mari aku senandungkan satu lagu"

"Wajarlah aku tinggalkan kau. Kau dengan lagu-lagu kau sama-sama bodoh. Tak guna"

Lelaki itu menghamburkan tawanya. Seketika itu senandungan kecil mulai kedengaran.

Namun seperti yang diperkatakan oleh Chuljin, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga bukan?

Mereka semua sudah memakai alat penyekat pendengaran di telinga jadi segala bunyi tidak akan didengar oleh mereka.

Dengan perlahan Doyun mendekati Kyung tanpa disedari lelaki itu.

"Woi Doyun! Apa kau buat ni?!"

Satu tembakan dilepaskan dan tubuh Kyung mulai jatuh menyembah bumi.

Bahu milik Doyun direntap kasar.

"Apa kau buat hah? Kau bertindak tak mengikut arahan tahu tak??"

"Tenanglah hyung, dia kena renjatan je. Tak mati pun anak Ri ni"

Ucap Seungkwan ingin membela rakannya.

"Syukurlah Doyun buat macam tu. Kalau dia tak buat macam tu, kau nak biarkan Bitna dengar lagu bodoh tu? Sudahlah dia sorang je tak pakai alat yang kita pakai ni"

Ujar Gahyeon pula sambil menggaru telinganya. Gatal weh pakai natang alah ni.

Chuljin menggulingkan bebola matanya. Yela, dia sorang je emo. Sampai hati Gahyeon, bukannya nak bela dia pun.

"Terima kasih sebab dah tolong saya"

Secara tiba-tiba Bitna bersuara bersama tundukan kecil diberi pada mereka semua.

Mereka semua mengangguk kecil lalu melemparkan segaris senyuman. Syukurlah semuanya baik-baik sahaja.

Sejurus itu, pandangan si gadis itu dilemparkan ke arah Kyung yang sudah di bawa masuk ke dalam kereta polis.

Garisan halus mulai terpancar di dahi. Mengapa dengan lelaki itu? Raut wajahnya menunjukkan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Jangan risau, itu kesannya bila dah kena renjatan elektrik ni. Dia jadi hilang ingatan sekejap lepas beberapa jam kemudian nanti baik la tu"

Jelas Gahyeon. Bitna mengangguk faham tatkala mendengar hal itu. Patutlah lain macam rupanya tadi.

━─━────༺༻────━─━

To Be Continued..

💌 : Hi? terima kasih banyak-banyak sebab masih bersama saya di sini. Spread love no hate yall ! Here get your love ❤️❤️❤️❤️❤️

[✓] 𝐇𝐢𝐤𝐢𝐤𝐨𝐦𝐨𝐫𝐢-홍지수Where stories live. Discover now