H-06

49 15 1
                                    

Seorang wanita mula memasuki ke dalam ruangan yang disekat oleh pita yang berwarna kuning. Sarung tangan getah disarung sebelum dia duduk mencangkung untuk meneliti mayat dihadapannya.

"Dia tak ada keluarga terdekat?"

"Tak ada. Dia hidup keseorangan sejak anaknya berpindah ke luar negara"

Gahyeon hanya mengangguk mendengar jawapan dari Chuljin. Seluruh sudut rumah itu diperhati. Tiada apa-apa yang mencurigakan. Semuanya nampak normal. Seperti tiada tanda-tanda rumah dipecah seseorang.

"Tak ada tanda-tanda diceroboh. Mungkin dia bunuh diri"

Gahyeon hanya mencekak pinggang sambil memandang mayat itu. Berfikir mungkin.

"Tak ada apa-apa nota yang menunjukkan dia bunuh diri. Aku rasa dia dibunuh" Tebak Chuljin.

"Yah, bunuh diri perlukan nota ke? Cctv tak tunjuk pun kelibat seseorang yang mencurigakan masuk ke sini. Dah memang sah dia bunuh diri"

"Dia uzur diorang cakap nak pegang sudu pun tak larat inikan pula nak pegang sebilah pisau? Tch"

Ucap Chuljin tidak mahu mengalah. Dia kalau dah berperang mulut dengan si Gahyeon memang habis tak kesudah. Kenyataan asyik bercanggah. Ada sahaja yang tidak kena.

"Sudahlah, dekat sini jugalah korang nak bergaduh. Chuljin pergi ikut diorang buat autopsi. Kau Gahyeon ikut aku kita balik ke balai soal siasat saksi"

Baru sahaja dia ingin bersuara lantas lengannya ditarik Sungjin memasuki ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan lalu laju kereta itu meluncur di atas jalanraya menuju ke destinasi.

Sepanjang perjalanan menuju ke balai, banyak perkara yang menerpa masuk ke dalam mindanya. Mana mungkin wanita tua uzur boleh membunuh dirinya tanpa meninggalkan apa-apa jejak. Tetapi dia berasa was-was dengan kenyataannya sebentar tadi. Kalau dia dibunuh pun tiada apa-apa sebarang kecurigaan. Ia seolah-olah misteri.

"Apa yang kau fikirkan huh? Jauhnya termenung"

Terus dia tersedar dari lamunan kecil. Dipandang wajah Sungjin yang sedang fokus dalam pemanduannya.

"T-tak ada apa-apa"

Sungjin tergelak kecil. Dia cukup kenal dengan perangai rakan sekerjanya itu.

"Oh ya, aku baru dengar tentang kes tu. Benda apa yang buatkan kau rasa nak siasat tentang kes tu?"

Gahyeon sekadar memadang ke luar tingkap kereta. Tengah fikirkan jawapan yang dia ingin beri kepada Sungjin. Sejujurnya dia pun tidak tahu kenapa dia berfikiran ingin buka semula kes lama itu. Firasat hatinya kuat mengatakan bahawa dia perlu siasat kes itu.

"Bila dah mulakan sesuatu, pernah terfikir tak rasa menyesal bila kita buat separuh jalan? Sebab itulah aku nak habiskan semua ni. Aku perlu cari siapa dia"

Sungjin mendiamkan dirinya sejenak. Betul-betul feeling anak Mo ni. Dia hanya fokus pada pemanduannya sehingga tiba ke destinasi.

"Gumawo" Ucap Gahyeon lalu dia keluar dari perut kereta.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

To Be Continued..

꒰💌꒱ jajjang's message: Click the beautiful star and spread the love. Thanks a lot beautiful♥♥♥

[✓] 𝐇𝐢𝐤𝐢𝐤𝐨𝐦𝐨𝐫𝐢-홍지수Where stories live. Discover now