"Noona, ini maklumat tentang Ri Kyung. Nama yang didaftar adalah Bryson Xander. Selama ini dia hanya menggunakan nama koreanya. Dan ini lakaran wajah yang diambil dari mangsa"
Sekeping kertas dicapai dari huluran Doyun. Dia meneliti setiap inci lakaran wajah itu.
Lelaki ini, dia pernah menjumpainya.
"Chuljin, kau pernah nampak dia bukan? Di rumah yang kita pergi hari tu"
Sengaja persoalan itu diajukan pada Chuljin. Dia ingin mendapat kepastiannya. Chuljin mengangguk dengan penuh yakin.
Gahyeon mula bangun dari duduknya. Sekarang dia dah dapat identiti lelaki itu. Memang tidak dinafikan lagi Bryson Xander adalah dalang kes pembunuhan ini.
"Aku nak pergi dapatkan waran jadi jangan buat apa-apa selagi waran tu tak dikeluarkan"
korea universitymedical center
Laju sahaja paramedik menolak katil memasuki ke dalam hospital begitu juga beberapa jururawat yang turut membantu menolaknya.
"Mama.."
Lelaki itu merintih perlahan. Hatinya menjadi gusar tatkala melihat keadaan puan Ri yang sudah tidak sedarkan diri. Seluruh pakaiannya dipenuhi dengan cecair merah.
"Encik sila tunggu di sini"
Ujar salah seorang jururawat dan pintu ditutup rapat. Lelaki itu hanya mampu merenung pintu di hadapannya.
Kelopak matanya bergetar. Mindanya secara tiba-tiba menjadi kosong.
Tanpa ia sedar, sepasang iris sedang merenung tubuh lelaki itu yang berada tidak jauh dari situ. Won Bitna.
Pada mulanya dia agak terkejut dengan kehadiran lelaki itu dan pada saat ini si gadis itu sudah boleh mengawal perasaan amarah dan kegerunannya.
Dia tidak tahu bahawa itu bukannya Ri Kyung dan sesusuk tubuh yang dilihatnya sekarang ini adalah kembar seiras lelaki syaitan itu.
Telefon yang disimpan di saku kot putih dikeluarkan lalu satu nombor didail.
"Ri Kyung ada di sini, cepat datang"
Buat entah kali berapa hembusan nafas dihela berat menunggu doktor yang bertugas di dalam itu. Fikirannya hanya dipenuhi dengan keadaan ibunya.
Dihati juga berdoa dengan sungguhnya agar tuhan dapat menyelamatkan nyawa puan Ri.
"Tolonglah.."
Dia cuba untuk tidak mengeluarkan sebarang cecair. Dia harus kuat demi ibunya.
"Encik Bryson Xander"
Yool mengangkat wajahnya memandang seseorang. Anak matanya meliar melihat sekeliling.
Tiada orang lain selain dirinya. Jadi mungkin orang itu bercakap dengannya sekarang ini.
"S-saya..?"
"Anda ditahan diatas membunuh dan juga percubaan membunuh. Encik berhak untuk mendiamkan diri dan dapatkan peguam. Bawa dia ke balai"
Chuljin mengangguk lalu dia mengeluarkan gari. Yool kelihatan agak bingung dan terkebil-kebil. Mana taknya, dia ditahan secara tiba-tiba sahaja.
Tunggu sekejap. Adakah dia tidak salah mendengarnya tadi? Bryson? Adiknya?
"Tak, t-tunggu-"
"Bawa dia"
"Ini semua salah faham. Encik tolong jangan buat macam ni"
Chuljin dan juga Seungkwan terpaksa mengheret lelaki itu dengan segera yang mungkin disebabkan Yool yang semakin agresif meronta minta dilepaskan.
━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..💌 : Terima kasih banyak-banyak kerana masih bersama saya sayang saya sekalian. Nah ikhlas dari saya ehe ❤️❤️❤️❤️

ANDA SEDANG MEMBACA
[✓] 𝐇𝐢𝐤𝐢𝐤𝐨𝐦𝐨𝐫𝐢-홍지수
Детектив / ТриллерApabila perasaan ketakutan mulai menyelubungi dirinya, dia memilih untuk memencilkan dirinya dari segala dunia luar. Namun dapatkah dia keluar dari dunia yang dipilihnya sendiri? Warning! No copyright No plagiarism 100% idea from souljajjang ☆start...