H-21

24 7 0
                                    

"Dia ada di sini, Ri Kyung"

Kata-kata Jisoo yang diucap tadi masih lagi terngiang di dalam pemikiran Gahyeon.

Jari jemari itu memicit kecil pelipisnya yang mulai berdenyut. Akibat tidak cukup tidur itulah kesannya.

Setelah itu, beberapa gerangan mulai masuk ke dalam ruangan yang diduduki Gahyeon sekarang ini.

"Eo noona, awal sampai"

Gahyeon sekadar menayang wajah datar pada Seungkwan. Datang awal pun salah ke? Datang lambat kang nanti marah pulak.

"Dengar sini, kita perlu cari siapa Ri Kyung. Di dalam laporan, mangsa mengatakan lelaki ni adalah orang yang sama dengan kes 9 tahun yang lalu"

Ujar Gahyeon memulakan perbicaraannya.

"Tak ada gambar?"

Gahyeon menggeleng kecil saat mendengar soalan dari Chuljin. Buat masa ini, identiti belum dikenal pasti lagi.

Di dalam perbincangan itu, satu ketukan kecil di meja mulai kedengaran.

Kini semua mata tertumpu ke arah ketua Lee yang masih lagi menilik fail kes.

"Tutup kes ni"

Fail tersebut dicampak kasar lalu kakinya disilang. Mendengar kata-kata ketua Lee itu, semua manusia di situ terkedu.

"K-ketua..Mana boleh macam tu" Si gadis itu membantah dengan ucapan lelaki tersebut.

"Kenapa nak tutup? Kes ni masih lag-"

Kedengaran ketawa kecil milik ketua Lee memintas ucapan Chuljin yang masih berlangsung.

Doyun dan juga Seungkwan dah tayang muka gerun. Tak tahulah mereka apa yang jadi lepas ni.

"Tuan ketawa?"

Lelaki itu mengangguk kecil lalu satu langkah dia menapak mendekati Gahyeon. Anak matanya tak lepas memandang kedua iris Gahyeon.

"Kamu tak rasa kes ni agak kelakar ke? Hanya menyanyikan sebuah lagu dan boleh buatkan seseorang itu mati? Ianya tak masuk akal"

"Tuan mesti tak banyak membaca, bukan?"

Hujung bibir berwarna merah lembut dijungkitnya. Suasana di sekitar itu hening. Mana tidaknya, secara tiba-tiba persoalan itu meniti di bibir miliknya.

"Kes ni memang betul-betul wujud, jadi balik dan bacalah buku banyak-banyak ya Lee Mooseok"

Buku nota kecil dicapai si gadis itu sebelum dia mengorak langkahnya keluar dari bilik mesyuarat.

Nafas geram dihembus kuat. Eiy orang tua tu, macam manalah dia boleh dapat pangkat ketua kalau kes macam ni pun dia tak tahu.

Jangan risau, walaupun ketua Lee itu mendapat perlian pedas dari gadis munggil ini, itu takkan memberi apa-apa kesan pada pekerjaan Gahyeon sekarang ini.

"Noona, kenapa cakap macam tu pada ketua?"

Soal Doyun yang baru sahaja keluar dari bilik mesyuarat.

"Betullah tu, kes ni tiga dalam sepuluh bukannya satu dalam sepuluh. Takkan dia tak tahu?"

"Noona tak risau kalau noona kena pecat?"

Doyun menyoal lagi. Kali ini dia menjungkit kening kirinya.

"Jangan risau, aku kenal sifat dia macam mana. Dia takkan laporkan pada pihak atasan. Percayalah"

Doyun mengangguk. Baguslah kalau tak jejaskan pekerjaannya. Gahyeon kembali mengomel sendirian.

Dirinya masih lagi tidak puas hati dengan ketuanya itu. Dia yang kasi kebenaran untuk siasat kes ni tiba-tiba disuruhnya tutup pula.

Disaat omelan kecil berlangsung, satu senyuman kecil diukir Doyun.

Hanya sekadar memasang telinga mendengar Gahyeon menyumpah seranah ketuanya sahaja dapat membuatkan hatinya menjadi geli.

"Comel"

━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..

💌 : Thank you so much sayang saya sekalian kerana masih di sini bersama saya. ❤️❤️❤️❤️

[✓] 𝐇𝐢𝐤𝐢𝐤𝐨𝐦𝐨𝐫𝐢-홍지수Where stories live. Discover now