H-11

42 10 0
                                    

Jisoo's pov

"D-dia bunuh keluarga k-kau?"

Mendengar persoalan itu lantas aku mengangguk perlahan. Kepalaku menunduk memandang lantai. Sungguh aku rindu omma dengan appa. Disebabkan lelaki itu, aku diiktiraf sebagai anak yatim piatu.

Riak wajahnya semasa peristiwa itu masih segar di mindaku.

Senyumannya. Nyanyiannya. Sekadar mengingatinya sahaja cukup membuatkan aku berasa marah dan pada masa yang sama ketakutan mulai menyelubungi diriku. Aku takkan mampu melawan dia.

Aku mengangkat wajahku memandang si gadis di sisi. Kini pandangan kami sedang bertaut sesama sendiri.

"A-apa yang perlu aku buat..? Dia perlu dihukum tapi..a-aku terlalu takut"

"Kau ialah saksi, pihak polis tak datang cari kau?"

"Dia cakap kalau aku pergi, ahjumma akan di bunuh. Cukuplah keluarga aku jadi mangsa"

Kedengaran satu keluhan dilepaskan. Bitna mendiamkan diri sejenak tanda tengah memikirkan sesuatu.

"Kau perlu keluar. Tengok dunia disana"

Lantas aku menggeleng laju tatkala mendengar itu.

"Dunia di luar begitu menakutkan jadi aku takkan keluar"

"Kau dah setuju yang aku akan tolong k-"

Kata-katanya aku memotong laju.

"Kau akan dengar aku. Tolong bukan dengan cara keluar dari sini"

Dia tergelak kecil. Aku hanya mengerutkan dahinya apabila secara tiba-tiba dia ketawa. Lalu riak wajahnya terus bertukar menjadi serius. Direnung anak mataku aku dengan dalam.

"Kau cakap dia perlu dihukum tapi kau takut. Langkah pertama kau perlu buat ialah dengan keluar dari sini"

"Dia memang perlu dihukum. Bukan? Jadi, fikirlah baik-baik. Hong Jisoo ssi?"


━─━────༺༻────━─━

"Noona, ini keputusan ujian DNA kes kampung pedalaman Chiseong"

Gahyeon menyambut huluran beberapa keping kertas dari Seungkwan. Mata helangnya cuba membaca isi di dalam kertas itu. Namapaknya nenek itu betul-betul bunuh diri.

"Kes ni dah disahkan sebagai kes bunuh diri"

Ucapan dari belahan bibir Doyun cukup membuatkan si gadis itu terkejut kecil. Manakan tidak jejaka itu secara tiba-tiba berada di belakangnya. Dia tersengih kecil seperti kerang busuk.

"Noona nak kopi?"

Belum sempat Gahyeon menjawab pertanyaan dari Doyun dengan sepantas kilat Chuljin menyambar cawan kertas yang berada di tangan Doyun. Kopi itu diteguk laju.

"Itu kopi aku. Pergilah beli sendiri kalau haus"

Chuljin senyum selamba secara tidak sengaja dia tersendawa. Penangan kopi yang dibawa oleh Doyun.

"H-hyung pengotorlah"

"Eh budak macamlah kau tak pernah sendawa. Tapi kan macam mana kau boleh masuk ke sini eh? Kau ada orang dalam ke?" Lelaki itu mengangkat keningnya memandang Doyun.

"Mana adalah. Kita belajar sendiri tau. Memanglah kita anak Tan Sri tapi kita jujur tau"

"Apa kebolehan kau?" Seungkwan yang dari tadi berdiam diri akhirnya membuka mulut. Sejujurnya dia tidak puas hati pada budak tu. Kenapa? Sebab budak tu dah rembat jawatan ahli termuda dalam unit ni. Tak adil.

"Entahlah kita tak tahu"

Doyun sekadar memandang wajah Seungkwan dengan polos. Seungkwan menahan geramnya. Budak ni apa je yang dia tahu.

"Eh kau nak pergi mana?" Soal Chuljin tatkala melihat Gahyeon meluru ke arah pintu.

"Kerja" Hanya sepatah jawapan yang keluar dari mulut gadis itu.

Dia tidak menghiraukan Chuljin yang sedang mengekorinya. Apa yang dia perlu buat sekarang ialah cari dimana 'budak' itu sekarang. Budak itu masih hidup. Dia yakin.

"Biar aku temankan kau"

"Aku nak pergi siasat kes tu. Kau betul-betul nak pergi?"

Pertanyaan itu dijawab dengan anggukan laju dari jejaka itu. Mana mungkin dia akan membiarkan si gadis itu pergi bersendirian tanpa peneman.

Dengan perlahan senyuman kecil di ukir di hujung bibir Gahyeon sebelum mereka kembali mengatur langkah menuju ke pintu utama.

━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..

💌 : Thank you so much for supporting.
Here your love ♥♥♥♥

[✓] 𝐇𝐢𝐤𝐢𝐤𝐨𝐦𝐨𝐫𝐢-홍지수Where stories live. Discover now