H-05

71 13 0
                                    

Seorang lelaki yang lengkap berpakaian seragam mula menghenyakkan punggungnya. Raut wajahnya kelihatan teruja kerana tidak sabar ingin menjamah mi segera yang dibawanya sebentar tadi.

"Sejoon! Cepatlah!" Jerit Yubin.

Selang beberapa saat muncul Sejoon sambil membawa hidangan sampingan di tangan. Terus dia duduk di sebelah rakan sekerjanya.

"Jja! Jom makan!" Ujar Sejoon dengan nada teruja. Disuap sedikit mi itu ke dalam mulut. Sekali-sekala dia menyumbat sedikit kimchi.

"Yah, nasib baik ketua Jung tak ada kan? Kalau tak jangan harap kita nak merasai shin ramyeon ni"

Sejoon mengangguk mengiyakan kata-kata rakannya. Dipandang keluar jendela yang berangin kuat menandakan hujan akan menitik membasahi bumi sebentar lagi.

"Oh ya, anjing yang hilang tu kau dah jumpa ke?"

Yubin menggelengkan kepalanya. Hampir seminggu anjing milik salah seorang penduduk di situ sudah menghilang. Ingin sahaja dia berputus asa manakan tidak syifnya sejak kebelakangan ni asyik malam sahaja. Mahu mencari di malam hari ditambah cuaca yang tidak menentu.

"Aku dah naik rimas tahu tak dengan pemilik anjing tu. Kalau boleh setiap hari dia telefon sini"

"Sabarlah dah memang kerja kita macam ni. Nak merungut tak boleh. Nanti aku temankan kau" Ujar Sejoon sambil menepuk bahu Yubin cuba memujuknya. Dia bangun lalu mencapai radio kecil miliknya di meja.

Namun seorang lelaki terus menerpa masuk ke dalam balai sehingga membuatkan akitiviti makan mereka tergendala.

"T-tolong.." Tercungap-cungap pemuda itu berucap kerana penat berlari. Yubin mendekati pemuda itu lalu menyoal.

"Kenapa?"

Setelah mengambil sedikit udara terus dia bersuara.

"N-nenek tua yang tinggal di hujung kampung dah m-mati"

Sejoon mula bangun lalu mendekati meja untuk menghubungi pejabat polis di Seoul. Kenapa diorang sahaja yang tidak pergi? Kerana tugas diorang hanyalah menjaga keamanan penduduk sahaja. Boleh dikira sebagai pengawal keselamatan.

"Balai polis Seoul? Di sini ada laporan menyatakan seorang nenek tua ditemui mati di kampung pedalaman Chiseong"

Yubin hanya melihat tingkah-laku lelaki itu. Seperti tidak keruan. Jarinya cuba dimain sambil matanya meliar memandang suasana balai itu. Yubin cuba menyentuh pemuda itu untuk menenangkannya.

"Sila bawa bertenang encik"

"Encik boleh pulang dahulu. Sekejap lagi pihak polis Seoul akan sampai"

Dia mengangguk kecil lalu menunduk hormat kepada mereka berdua. Terus dia mengatur langkahnya pulang ke kediamannya.

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·

To Be Continued..

💌꒱ jajjang's messege: Hi ! hehe mesti tertanya-tanya kan kenapa pendek chapter ni? Aku decided nak update dua chapter seminggu hehe dan thank you for supporting this potato. Here your love ♥♥♥

[✓] 𝐇𝐢𝐤𝐢𝐤𝐨𝐦𝐨𝐫𝐢-홍지수Where stories live. Discover now