Bitna dan juga puan Hong mula keluar dari perut kereta. Hutan tebal yang mengelilingi sebuah rumah dipandangnya. Sungguh tempat ini sangat asing baginya.
"Bitna? Kamu tak apa-apa?" Soal puan Hong. Dia masih risau dengan keadaan Bitna selepas dia jatuh rebah di tandas semalam. Mana tidaknya dia terus segera menyambung kerjanya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku sebaik sahaja dia sedarkan diri.
"Nae. Ini tempatnya?"
Puan Hong mengangguk lalu mengatur langkahnya menuju ke rumah Jisoo. Bitna hanya membontoti langkah-langkah puan Hong. Pintu berwarna kelabu gelap dikuak perlahan namun wajah Jisoo pula yang tertera disebalik pintu. Kedua korneanya memandang si gadis itu lama sebelum dia bersuara.
"Saya dah cakap saya tak perlukannya. Pergi balik"
"Mari Bitna kita masuk"
Kata-kata Jisoo puan Hong tidak menghiraukannya malah terus dia menarik lengan gadis itu masuk ke dalam rumah jejaka itu.
Setiap sudut dalam rumah itu dipandang. Ia bukan seperti apa yang dia bayangkan. Ia sungguh cantik. Perabot juga disusun dengan rapi.
"Apa yang ahjumma buat ni? Tolong keluar. Saya tak suka orang luar jejakkan kaki ke sini"
"Orang luar? Dialah yang akan tolong kamu. Memang kamu nak duduk di bawah tempurung selamanya?? Sampai kamu mati?"
Kedua-dua tangan milik jejaka itu dikepal menjadi penumbuk. Urat di tangan terlihat dengan jelasnya. Dia tidak menyangka bahawa makciknya akan berkata-kata seperti itu. Sungguh dia terkilan.
Tanpa berlengah terus dia mengatur langkahnya memasuki ke dalam bilik. Satu keluhan dilepaskan wanita separuh abad itu. Seluruh wajahnya diraut sekilas.
"Ahjumma tak apa-apa?"
Dia menggeleng kecil lalu tersenyum. Bahu gadis itu disentuh sebelum dia bersuara.
"Ya, tak apa-apa"
━─━────༺༻────━─━
Bitna kelihatan berdiri tepat di pintu bilik milik Jisoo. Tangannya bergetar-getar cuba ingin mengetuk pintu berwarna gelap itu namun dia cuba mengawalnya. Secara tiba-tiba pintu bilik itu dibuka oleh Jisoo membuatkan dia berundur ke belakang sedikit.
Sejujurnya lelaki itu agak terkejut sedikit kerana sudah dua jam lebih dia berada di dalam biliknya dan gadis itu masih berada di dalam rumahnya.
"Tak nak cakap apa-apa?"
"Kau boleh percayakan aku. Tak ada apa-apa yang kau nak cerita? Kisah silam kau?"
Langkah-langkah yang laju dengan serta-merta dihentikan. Jisoo memandang wajah Bitna. Dia ingin berkata-kata. Dia ingin melepas segala yang terpendam. Namun dia agak takut masa silamnya akan terulang kembali.
"Siapa kisah kalau aku ada kisah silam? Hanya minda aku sahaja yang boleh usik kisah silam aku. Orang luar macam kau-"
"Orang macam kau memang selalu panggil kitorang yang sebagai perawat 'orang luar'. Aku dah terbiasa"
Sekeping kad dihulur. Tertera nama dan nombor telefonnya di situ.
"Ambillah. Kau boleh telefon aku bila kau dah bersedia"
Jisoo menyambut huluran tersebut sebelum memandang bayangan Bitna yang sudah mengatur langkahnya.
'Won Bitna-Pakar Psikologi'
+82 01478xxxxxSebaik sahaja pintu itu ditutup dia memegang dadanya yang berdegup laju. Sungguh dia begitu gugup apabila berkomunikasi dengan lelaki itu. Buat pertama kalinya dia menatap seseorang setelah sekian lamanya.
━─━────༺༻────━─━
Setiap pencakar langit yang menjadi pemandangan di seluruh kota Seoul dipandangnya dengan kosong. Mindanya kini memikirkan tentang tempat yang puan Won maksudkan pada tempoh hari. Ini baru sahaja permulaan. Kerusi itu akan menjadi miliknya tak lama lagi. CEO of Korea University Medical Center Shin Myungeum akan ditukar kepada namanya iaitu Won Bitna.
Sekadar memikirkan sahaja membuatkan dia sedikit teruja sehingga dia menjungkitkan sedikit hujung bibirnya.
Kereta hitam yang meluncur laju di jalan raya terus dihenti secara mengejut sehingga membuatkan kepalanya terhantuk di cermin sedikit.
"Puan tak apa-apa?"
Bitna hanya mengangguk kecil pada pemandu itu. Dahinya diusap kecil lalu melemparkan pandangannya ke arah hadapan. Kelihatan pemandu itu sedang mendekati seorang jejaka yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapan kereta miliknya.
Kedua iris milik gadis itu kini bertembung dengan iris lelaki itu. Lama mereka menatap sesama sendiri. Sehingga lelaki itu dapat mengukirkan senyumannya. Lantas dia menutup rapat kelopak matanya. D-dia muncul sekali lagi. Ri Kyung. Nafasnya kini tidak teratur. Segala memori pahit yang disimpan rapi kini sudah terngiang-ngiang di mindanya. Dia cuba untuk bertenang. Ditarik nafasnya sesekali dihembus kuat.
Dan akhirnya bayangan lelaki itu sudah lagi tidak kelihatan. Keringat di dahi yang menitik dikesat perlahan.
"Maaf puan. Lelaki tad-"
"Jalan"
Pemandu itu terkebil-kebil lalu dia mengangguk perlahan tidak mengingkar arahan majikannya.
"Aku tahu kau sengaja" Bisik hati kecil gadis itu. Digenggam tali handbagnya erat apabila dia mengingati kembali saat dia bertembung iris bersama dengan lelaki keji itu. Cukuplah dia terserempak dengan lelaki itu kemarin sehingga membuatnya pengsan.
Senyuman tadi seakan deja vu baginya. Ia tampak serupa dengan senyuman yang ia lihat pada hari kejadian. Sungguh mengerikan namun dia cuba mengawal perasaannya.
━─━────༺༻────━─━
To Be Continued
꒰💌꒱ jajjang's message: Spread the vote and comment. Thank you so much♡
YOU ARE READING
[✓] 𝐇𝐢𝐤𝐢𝐤𝐨𝐦𝐨𝐫𝐢-홍지수
Mystery / ThrillerApabila perasaan ketakutan mulai menyelubungi dirinya, dia memilih untuk memencilkan dirinya dari segala dunia luar. Namun dapatkah dia keluar dari dunia yang dipilihnya sendiri? Warning! No copyright No plagiarism 100% idea from souljajjang ☆start...