Chapter 10

5 2 0
                                    

Keadaan di rumah Minhye sungguh sepi di pagi hari namun kembali meriah ketika hadirnya kawan rapatnya. Siapa lagi kalau bukan-

" Youngji! Kau dah datang! Jemput masuk" Pelawa Minhye apabila membuka pintu pagar rumah mereka yang agak megah.

Youngji hanya terkekeh perlahan lalu berjalan masuk kedalam rumah agam yang agak mewah baginya.

" Hai! Aku ada bawa strawberi dengan coklat untuk kau. " Plastik beg ditangannya diberikan kepada Minhye sebelum membuka kasut miliknya dan melangkah masuk kedalam.

Minhye dengan senang hati mengambilnya dari tangan Youngji. Tidak lupa juga mengucapkan terima kasih kepadanya.

" Kau masak apa je sampai suami kau pun tak habis makan? " Soal Youngji yang berjalan ke dapur diiringi oleh Minhye.

Minhye hanya tersenyum kelat sambil memandang kehadapan supaya tidak dilihat oleh kawan rapatnya.

" Suami aku kelam-kabut tadi, dia makan sandwich je tu pun terus berlari keluar sebab ada meeting katanya. " Jelas Minhye walaupun itu hanyalah satu kebohongan.

Aku minta maaf Youngji...

Namun Youngji hanya mengangguk lalu melihat skrin telefon pintarnya lalu tersenyum.

" Taehyung dah sampai! Aku ajak dia sekali sebab kau cakap kau masak banyak kan haha. " Kekeh Youngji lalu memandang ke arah Minhye yang mengerdipkan kedua belah matanya berkali-kali tanda tidak percaya.

Ding dong!

Terdengar loceng rumahnya berbunyi yang menandakan ada seseorang di luar. Dengan cepat dia melangkah keluar dan terlihatlah penampakan kawannya, Kim Taehyung.

Walaupun dia hanya menggunakan hoodie dengan sweatpant, ketampanan dia masih juga terserlah. Jujur suatu ketika dahulu di zaman sekolah, Minhye mempunyai sedikit rasa suka terhadap lelaki itu. Namun dia urungkan niat dia untuk mempunyai perasaan terhadap kawan dia supaya tidak merenggangkan persahabatan mereka yang sudah mereka bina.

Minhye perlahan berjalan keluar untuk menjemput tetamunya, kawannya iaitu Taehyung diluar lalu mempelawanya masuk.

" Nah, ini ada susu coklat yang kau suka tu. " Taehyung memberikan plastik yang berisikan 2 kotak susu kegemaran Minhye ketika mereka berada di bangku sekolah dulu. Tidak lupa juga senyuman yang makin mengembang pada mereka berdua.

" Terima kasih Tae, kau masih ingat rupanya. " Ketawa Minhye perlahan lalu mengiringi kawannya ke dapur.

Di dapur sudah terlihat Youngji menangkap beberapa keping sajian yang terhidang di atas meja sambil tersenyum lebar. Tidak perasan dengan kehadiran Minhye dan Taehyung.

" Kusyuknya kau sambil tersenyum bagai. Ada boyfriend tak bagitahu eh. " Gurau Taehyung sebelum mengambil tempat dihadapan Minhye yang bersebelahan dengan Youngji.

" Tak adelah, abang aku nih hah. Jeles katanya makan sedap-sedap tak ajak. Kau tahu kan abang aku ni minat kat kau. " Goda Youngji sambil melanggarkan bahunya ke bahu Minhye.

Mereka ketawa namun tidak bagi Taehyung. Dia tidak menyukai apabila mengetahui lelaki lain suka kepada gadisnya. Ya gadisnya walaupun dia sudah berkahwin dia masih tidak suka gadis itu mempunyai lelaki lain selain dirinya. Seberapa ramai lelaki yang tertarik dengan persona gadis yang bernama Jeon Minhye ni????

Taehyung mengeluarkan batuknya perlahan.

" Ehem, kita makan dulu la. Nanti sejuk dah tak sedap. "

*~*~*~*~*~*

" Baiklah eomma, Minhye akan beritahu Jimin. "

I Don't Need You || PJMTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang