Chapter 4

149 16 1
                                    

Dalam beberapa minit kemudian, sebuah kereta sudah berada di hadapan rumah Minhye. Minhye mengambil beg tangannya dan memakai kasut lalu menuju ke kereta Jimin dan masuk.

Di dalam kereta, tiada langsung sepatah perkataan antara mereka berdua. Hanya radio kereta sahaja yang mengiringi lagu-lagu itu.

Minhye memandang Jimin. Manakala Jimin hanya pandang depan sahaja. Dia langsung tidak menoleh ke arah Minhye untuk menanyakan khabar seolah gadis itu tidak berada disebelahnya. Minhye hanya sandar pada seat kereta dan melihat pemandangan di sebelahnya sahaja.

[SKIP]

Sesampainya mereka di sana. Mereka pun turun dan masuk ke dalam butik yang mereka pergi. Minhye dan Jimin masih lagi tidak bersuara hanya diam sahaja dari tadi.

Seseorang wanita yang kelihatan muda menghampiri mereka dengan senyuman yang terukir di bibirnya.

" Selamat datang ke butik kami. Ada yang boleh saya tolong untuk mencari gaun dan suit yang tuan, puan mahu? " Jawab gadis cantik itu sambil memandang Minhye dan Jimin.

Jimin mengambil dompetnya dari seluarnya lalu memberi kad miliknya kepada wanita itu.

Gadis itu melihat kad milik Jimin sambil tersenyum lalu memanggil mereka untuk mengikut gadis cantik itu.

Mereka mengikut gadis itu dari belakang untuk mencari baju perkahwinan mereka.

" Tuan Park, baju suit ini sudah dipilih oleh ibu Tuan Park sendiri untuk anda. Ibu tuan berpesan kepada anda bahawa anda tidak boleh menolak dan anda harus memakainya juga. " Jawab gadis itu sambil memberikan suit berwarna putih kepada Jimin.

" Hahh.. Dah agak. " Keluh Jimin sambil memandang suit ditangannya.

" Tuan Park boleh mencuba di bilik itu. " Gadis itu menunjukkan bilik yang kosong untuk Jimin menyalin bajunya.

Jimin dengan malas berjalan untuk mencuba suit ditangannya manakala Minhye hanya menggeleng kepalanya melihat Jimin.

" Oh dan Puan Park boleh mencuba beberapa helai gaun ini supaya boleh lihat yang mana cocok dengan anda. " Jawab gadis itu dengan senyuman yang tak lekang diwajahnya.

Seketika matanya terus membulat, siapa lagi kalau bukan Minhye yang terus menggeleng kepalanya sambil tersenyum kekok.

" Eh tapi nama keluarga saya masih Jeon. " Tolak Minhye perlahan ketika gadis itu memanggil dirinya Park. Sarung cincin ditangan pun tidak lagi, ini sudah ditukar nama pula.

" Maaf tapi ini arahan Puan Park Minjeong sendiri, saya hanya menjalankan tugas. " Sambung gadis itu sambil tersenyum manis ke arah Minhye.

Kalau sudah bersangkut paut dengan ibu mertuanya, mahu tak mahu kena terima jugalah.

Beberapa gaun ditangan gadis itu diserahkan kepada Minhye.

Minhye mengangguk dan menggapai gaun itu untuk mencuba di bilik persalinan sebelah Jimin.

Beberapa minit kemudian, Minhye keluar dari changing room sambil memandang kekok ke arah gaunnya yang sedikit terdedah.

' Umm aku ni nak kahwin ke nak pergi party? ' Gumam Minhye perlahan.

" Tukar, terlalu mencolok mata sangat. " Terdengar suara Jimin sambil memandang bawah bermain dengan telefon pintarnya. Suit yang dikenakan pada tubuh lelaki itu sangat sesuai dan membuatnya beribu kali kelihatan tampan.

Tapi sayang, sikapnya yang dingin itu tidak sesuai dengan dirinya yang tampan.

Minhye memutarkan badannya lalu mencuba gaun yang lain.

Banyak celoteh yang dilemparkan oleh Jimin kepada Minhye ketika dia mengganti pakaian. Tentu saja yang tidak sesuai dan tidak menepati cita rasanya.

" Itu gaun ke atau penyapu? Tukar. "

" Terlalu besar, kau nampak macam ikan paus. Tukar. "

" No, kau nak kahwin bukan pergi ballroom. Tukar please. "

" Tak sesuai dengan taste aku. Tukar tukar. "

Minhye mengeluh kasar lalu mencuba pakaian terakhir. Kalau Jimin tak suka juga yang terakhir ni, memang dia cabut rambut dia.

Kalau dia berani~

Minhye keluar dari situ dengan memasang riak wajah yang sedikit marah sambil memandang Jimin yang memancarkan wajah yang tidak lepas memandang Minhye.

Jimin membuat wajah datarnya lalu mengangguk, dia berdiri dan menghampiri Minhye. Telefon pintar ditangannya dia serahkan kepada gadis yang memberi baju pengantin untuk mereka.

" Tangkap gambar. Bukan keinginan aku tapi eomma yang nak. " Minhye hanya mengangguk. Tak mungkin Jimin yang nakkan?

Mereka berdua berdiri dengan kekok tetapi gadis itu menyuruh mereka mendekat lalu memancarkan senyuman di wajah mereka walaupun palsu.

" Anda berdua sangat cocok bersama. " Jawab gadis itu sambil menangkao gambar mereka berdua.

" Thank you. " Ucap Jimin kepada gadis itu sebelum meminta telefon pintarnya semula.

Jimin menyuruh Minhye menukar bajunya semula untuk pulang namun sebuah pesanan muncul pada skrin telefonnya.

From; My lovely omma

Bawa Minhye pergi makan sekali. Btw, my son and my daughter in law is really good together ❤

Ugh omma.

TBC

_______________________

Vote...votee...komen...komen.. anda sangat memerlukan..Maaflah author terpaksa hiatus untuk semenetara..Thanks kepada sesiapa yg vote tuh..Muah ciked..joke,joke...

I Don't Need You || PJMTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang