Cincin yang tersemat sempurna di jari gadis itu 2 hari yang lepas dilihat olehnya sambil bermain-main dengan cincin di jarinya. Seketika dia mengeluh lalu memandang atas siling dan berfikir sejenak apa yang dikatakan oleh suaminya.
' Kita dah jadi suami isteri tapi aku tak pernah anggap kau wujud dalam hidup aku. Kau buat hal kau dan aku buat hal aku. Kalau kau masuk campur urusan aku, akan aku buatkan tempat ni jadi tempat neraka bagi kau. '
Itulah kalimat terakhir oleh suaminya sebelum melangkah keluar dari rumah agam mereka sejak 2 hari yang lalu.
Perasaan yang penuh dengan gelisah dan tidak tenteram membuatkan dia cepat-cepat bangun dari sofa tersebut.
" Apa benda aku ni, terlalu overthinking. Dia maybe okay and busy dengan kerja. Think positive Minhye. " Diurut kepalanya perlahan sambil menutup mata untuk berehat seketika.
****
" Sayang, ceraikanlah isteri you yang tak guna tu. You cakap you nak kahwin dengan I. Tapi apa I dapat? You kahwin dengan perempuan low class tuh. " Terdengar pekikan oleh seorang wanita yang melipat tangannya di dada tanda marah sambil memandang tajam ke arah lelaki tersebut.
" Baby, mana boleh macam tu. I baru je kahwin dengan dia beberapa hari yang lalu. Kalau i ceraikan dia secara tiba-tiba nanti parents i cakap apa pula. " Pujuk sang lelaki kepada gadis yang merajuk dengannya. Tangannya bergerak ke bahu gadis itu dan menariknya perlahan kedalam pelukan dia.
" Park Jimin! Im serious about it! You ingat i ni patung ke? Where's the promise? You cakap you dah janji nak kahwin dengan i. Look what i actually got??? Almost 4 years if you want to know. " Dengan kasar gadis itu meronta untuk dilepaskan namun masih ditahan lagi oleh seorang lelaki bernama Park Jimin.
" Okay baby dengar sini, apa kata kita tunggu 3 bulan dulu. Lepas 3 bulan i ceraikan dia. Okay sayang? " Pinta Jimin kepada gadis itu sambil memainkan rambutnya perlahan.
" No! Sebulan sahaja. " Protes gadis itu sambil menjeling ke arah Jimin.
" Baby, its hard you know. I promised bagi masa kat i 3 bulan je lepastu i akan kahwin dengan you. Biarpun parents i naik angin, i still akan kahwin dengan you. I akan ubah nama family you dari Kang Seulgi kepada Park Seulgi. How about that? " Diusap rambut gadis itu dengan penuh kasih sayang lalu mempamerkan senyuman manisnya kepada gadis bernama Seulgi.
" Fine, 3 bulan tapi you make sure jangan jatuh cinta dengan perempuan tuh. " Jawabnya sambil mencebik bibirnya.
" Iye baby, i takkan pernah jatuh cinta dengan perempuan tu. Kalau i jatuh juga, you boleh bunuh i. Pegang kata-kata i. " Katanya sebelum mendekat untuk memberikan ciuman singkat kepada bibir gadis itu.
Perlahan bibir Seulgi mempamerkan senyuman kepada Jimin lalu mendekatkan dirinya dan menyandar kepalanya di atas bahu Jimin.
" Okay, i trust you. " Itulah ayat terakhir Seulgi sebelum mereka mabuk kedalam sebuah ciuman.
Namun perasaan boleh berubah bukan walaupun mengambil masa?
****
Makanan yang tersaji enak di atas meja dilihat oleh seorang gadis yang sudah digelar isteri, siapa lagi kalau bukan Park Minhye.
Dia tersenyum puas memandang hidangan di atas meja setelah mendapat mesej bahawa suaminya akan pulang setelah urusan kerjanya selesai.
Walaupun ia hanyalah satu kebohongan.
Minhye mengerling ke arah jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 8.30 malam sambil mengelap peluh di dahinya akibat bertungkus lumus memasak di dapur demi memuaskan hati suami yang berkutat di tempat kerja.
Sedang sebok Minhye menyusun pinggan di atas meja sudah kedengaran bunyi kereta yang memasuki area perumahan mereka. Dengan kelam kabut, Minhye terus berlari ke arah pintu untuk membukakannya kepada si suami.
Dia memberikan senyuman yang hangat kepada si suami ketika melihat Jimin membuka kasut dan melangkah ke dalam rumah tanpa membalas senyuman dari sang isteri.
Dengan wajah yang kusam, Jimin berlalu menuju ke tangga sambil membawa beg kerjanya yang berada di genggaman nya.
Minhye mengedipkan matanya sambil memandang Jimin lalu menutup pintu dan menghampiri sang suami.
" Awak, saya dah masak untuk makan malam. Jom makan sama-sama? " Perlahan Minhye mengeluarkan suaranya sambil tersenyum manis ke arah lelaki yang bergelar suaminya.
Jimin berhenti untuk memandang ke arah Minhye. Namun hanya tatapan dingin yang diberikan oleh si suami kepada isterinya sebelum mengeluarkan kata-kata yang membuatkan Minhye sedikit kecewa.
" Aku tak makanlah kalau makanan tu kau yang masak. Entah-entah letak racun dalam tu bagi aku mati, lepastu senang la kau nak kikis duit aku. " Katanya sebelum kembali menghadap ke hadapan dan menuju ke biliknya.
Jujur perkataan yang dilemparkan oleh suaminya tadi sedikit terguris hatinya. Namun dia hanya berfikiran positif.
' Mungkin dia letih agaknya.. '
Itulah ayat yang berputar di kepala gadis cantik itu.
Dengan perlahan dia menuju ke dapur dan melihat makanan yang tersaji serta tersusun dengan rapi di atas meja.
Minhye menarik kerusi lalu duduk di atasnya sambil memandang makanan di atas meja dengan hiba.
Dia mengeluh perlahan. Tangannya perlahan menggenggam erat seluarnya kemudian dia memandang bawah sebelum mengeluarkan suara tangisannya dengan perlahan.
' Beginikah rasanya tidak dihargai oleh seseorang? '
KAMU SEDANG MEMBACA
I Don't Need You || PJM
FanfictionKisah di antara seorang gadis bernama Minhye yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki bernama Park Jimin atas ketentuan keluarga mereka. Tetapi, tidak semua orang dapat happy ending bukan? Pasti akan ada masalah apabila berumah tangga sepertiman...