" Youngji!! " Suara seorang perempuan bergema di sekitar rumah Youngji dengan teriakannya yang nyaring memanggil empunya suara.
" Hanna!! Kau tak malu ke menjerit rumah orang?! ". Jawab Goeun dengan nadanya sedikit naik sambil mengetuk kepala Hanna dengan tangannya.
" Eyy! Sakit tau tak? " Hanna mengembungkan pipinya manakala tangannya mengurut kepalanya setelah diketuk oleh Goeun tadi.
" Hanna. Stop dengan pipi kembung kau tuh. Tak pasal aku sumbat kasut dalam mulut kau tu ". Hyerin meletakkan kedua belah tangannya pada pipi Hanna lalu mengkempiskan pipi Hanna yang tengah pout tadi itu.
" Kau tak faham yang aku sebenarnya happy dapat jumpa Jung Youngji lagi. Aku rindu dia sampai tak tahu nak cakap apa tahu tak. " Hanna menepis tangan Hyerin yang berada di pipinya itu.
" Ekhem, kau rindu Jung Youngji ke atau yang Jung Jaehyun tu? " Seulbi berdehem sambil memandang Hanna lalu terkekeh perlahan.
Hanna memandang Seulbi dengan pipi merahnya tanda menahan malu.
" Bila masa aku minat dekat Jung Jaehyun tu? Eww dah lah sombong. Tak minat aku. " Jawab Hanna dengan menggelengkan wajahnya tanda tak suka tapi dalam hatinya berkata lain.
" Yeke sombong? Tegur pun tak pernah bukan? " Terdengar suara lelaki yang menyoal kembali kepada mereka dari belakang.
Perlahan mereka menoleh untuk melihat orang tersebut.
Keempat-empat gadis yang melihat empunya suara itu terkejut melihat kehadiran yang tak lain dan tak bukan sambil menahan gelak tawa mereka kecuali Hanna.
" Hai Jaehyun oppa. " Sapa Hyerin, Goeun dan Seulbi sambil memandang dan menunduk kepada yang tak lain dan tak bukan Jung Jaehyun. Bersama rakan-rakannya.
" Jaehyun je? Kitaorang tak nak sapa juga ke? " Soal lelaki yang tersenyum manis memandang gadis dihadapannya.
" Kau ni Eunwoo. Dengan perempuan bukan main laju eh. Yep hai, cari Youngji ke? " Kekeh Jaehyun sebelum bertanya kepada mereka.
Semuanya mengangguk kecuali Hanna yang masih menahan malu dan menunduk wajahnya melihat jalan. Rasanya seperti mahu terjun bangunan. Itulah yang berada di fikiran Hanna.
" Kejap oppa panggilkan Youngji. Korang tunggu sini. " Pinta Jaehyun setelah memasuki ke dalam perkarangan rumahnya lalu membukakan kasut miliknya dan masuk ke rumah untuk memanggil sang adik.
Semuanya hanya terdiam dan memandang satu sama lain.
" Korang semua ni masih pelajar ke? " Soal lelaki yang datang bersama Jaehyun tadi sambil memandang gadis-gadis tersebut.
" Yep, kitaorang pelajar Ewha Woman's University. " Jawab Goeun sambil tersenyum ketika memandang kembali muka kawan-kawan Jaehyun.
Not bad. Kawan dia semua ada rupa.
" Ahhh! Dekat je, kitaorang dari Yonsei University dan sekarang nak masuk sem akhir dah. " Jawab Yugyeom dengan bangga kerana berjaya melangkah sehingga ke semester terakhirnya. Sungguh dia hampir putus asa sebelum ini tetapi berkat dorongan kawan-kawan dia yang sentiasa menolongnya ketika dia ditengah jalan, dia berjaya juga.
" Lain kali, jomlah lepak minum coffee kalau kelas dah habis. Si dia ni akan belanja katanya kalau semua perempuan. " Bisik Eunwoo perlahan namun didengari oleh Yugyeom yang hampir mengetuk kepala Eunwoo. Akibatnya dapat menimbulkan suara ketawa dari mereka semua.
" Agak biadab kitaorang tak kenalkan diri kita haha. Saya Kim Yugyeom dan sebelah kanan ni Cha Eunwoo. Selamat berkenalan. " Jawab lelaki yang bernama Yugyeom sebelum membongkokkan dirinya diikuti rakan dan gadis-gadis dihadapannya.
KAMU SEDANG MEMBACA
I Don't Need You || PJM
FanfictionKisah di antara seorang gadis bernama Minhye yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki bernama Park Jimin atas ketentuan keluarga mereka. Tetapi, tidak semua orang dapat happy ending bukan? Pasti akan ada masalah apabila berumah tangga sepertiman...