Minhye mengambil tempat di dalam restoran dan duduk di hadapan Jimin.
Dia memandang sekeliling restoran itu sebelum memandang lelaki yang berada dihadapannya.
" Bukan kita sepatutnya balik ke? " Soal Minhye kepada Jimin yang sebok bermain telefon pintarnya dari tadi.
" Omma suruh teman kau makan. Aku tak ada pilihan so aku kena juga bawa kau even aku tak ingin. Now senyum. " Arah Jimin sambil memegang telefon pintarnya yang telah dibuka camera untuk menangkap gambar mereka berdua sebagai bukti kepada ommanya.
" Pesanlah apa yang kau nak. Aku tak lapar. " Jawab Jimin dengan wajah datarnya serta suara dinginnya.
Minhye mengangguk lalu memesan apa makanan dan minuman yang diinginkan olehnya manakala Jimin hanya terkekeh sambil memandang telefon pintarnya.
' So aku makan sorang jelah ni? Baik aku makan kat rumah je. ' Getus Minhye dalam hati
__________________________
Sesampainya di rumah Minhye, Minhye memandang ke arah Jimin dan berterima kasih kepadanya sebelum keluar dari kereta tersebut.
Dia menuju ke arah biliknya lalu mendapat mesej dari pihak hospital. Dia mengeluh lalu memicit kepalanya.
From; Seoul Hospital
Kami dari pihak Seoul Hospital ingin mengatakan bahawa Jeon Minhye mestilah melakukan rawatan dengan Dr. Kim pada hari Selasa ini yang bertarikh 23/4. Kami berharap anda memberi kerjasama dengan pihak hospital. Terima kasih.
Minhye bercakap seorang diri lalu menuju ke meja soleknya dan membuka laci dan mengambil sepucuk surat.
" Aku penat. Bila semua ni akan tamat? Aku tak tahan. Rasa dia sakit sangat. Berapa lama aku nak tipu dengan diri aku sendiri? Ya Tuhan.. Tolong la aku. "
Minhye memegang kertas tersebut sambil menangis teresak-resak. Tiba-tiba dia merasakan sesuatu mengalir keluar dari hidungnya.
Yep, darah. Darah mengalir keluar daripada hidungnya.
Dia mengambil tisu yang berada di atas meja soleknya lalu mengelap hidungnya yang berdarah itu sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.
Selepas dia lap hidung dia itu, dia simpan kembali surat itu ke dalam laci meja soleknya. Dia berjalan menuju ke katil lalu menghempaskan diri dia di atas katil.
" Minhye penat omma, appa. Minhye minta maaf sebab tipu. Minta maaf kalau Minhye banyak menyusahkan keluarga ni. "
Minhye menangis sekali lagi sambil memeluk dirinya. Memikirkan bagaimana tentang kehidupan dan keluarganya.
Kepalanya berasa sangat pening lalu dia memejamkan matanya dan terus tidur.
----------------
" Good morning appa,omma dan kookie. " Minhye berjalan ke arah mereka dan duduk di sebelah adiknya untuk makan.
" Good morning " Encik Jeon ,Puan Jeon dan adiknya menjawab dengan serentak sambil memberi senyuman yang manis kepada si sulung.
Minhye mengambil beberapa kuih yang tersaji di atas pinggan itu terus masuk ke dalam mulutnya.
" Minhye.. " Puan Jeon memulakan percakapannya kepada Minhye yang sebok mengambil beberapa makanan.
" Hmmm? " Minhye hanya mengehem ketika menjawab panggilan Puan Jeon.
" Ermmm, omma, appa dan keluarga Encik Park dah berbincang pagi tadi yang kami akan percepatkan lagi perkahwinan Minhye dengan Jimin "
KAMU SEDANG MEMBACA
I Don't Need You || PJM
FanfictionKisah di antara seorang gadis bernama Minhye yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki bernama Park Jimin atas ketentuan keluarga mereka. Tetapi, tidak semua orang dapat happy ending bukan? Pasti akan ada masalah apabila berumah tangga sepertiman...