Pagi menjelang, kelihatan seorang gadis yang baru terjaga dari lenanya kerana alarm yang sudah set di telefon pintarnya.
Perlahan dia bangkit dari baringannya atas sofa. Jujur dia cakap, satu badan dia sakit akibat tidur di atas sofa.
Kejadian semalam masih berputar dalam kepalanya.
Minhye mengelap dahinya setelah dirinya selesai makan dan mengemas makanan di atas meja sambil terngiang-ngiang dengan perkataan suaminya.
Sedih? Siapa je tak sedih bila suami sendiri cakap macam tu.
Dia mengeluh perlahan sebelum menaiki tangga untuk menuju ke bilik.
Belum sempat dia membuka pintu sudah terpampar wajah suaminya dengan beg pakaian Minhye di tangan lelaki itu. Dengan kasar dia melemparkan beg itu dihadapan Minhye.
" Mulai sekarang, bilik ni aku punya dan kau stay dekat bilik tetamu. Aku tak nak kau tidur sekali dengan aku. " Jelas suaminya dengan tegas sambil melipat tangannya di dada.
Minhye membulatkan mata sambil memandang suaminya dengan tatapan tidak percaya. Suami jenis apa dia ni biar isteri tidur asing????
" Kenapa tiba-tiba je. Cu- " Tidak sempat Minhye selesaikan ayat, perkataannya sudah dipotong dengan ayat pedas dari sang suaminya, Jimin.
" Aku jijik sekatil dengan kau. " Balas Jimin sebelum membalikkan dirinya lalu menghempas pintu dengan kuat dihadapan Minhye.
Minhye memandang bawah ke arah bajunya yang berselerak di atas lantai serta beg yang mengandungi barang dan pakaiannya.
Sungguh perkataan yang dilontarkan oleh suaminya sangat sakit! Apa dosa dia terhadap si suami sehingga si suami dengan lancangnya menggoreskan luka di hati Minhye akibat mulut pedasnya itu??
Minhye perlahan berjongkok untuk mengutip semua pakaian dan barangannya di atas lantai sebelum menuju ke bilik tetamu iaitu di tingkat bawah.
Sesampainya di bilik tetamu itu dia terus meletakkan pakaiannya di sebelah katil sambil mengeluarkan keluhan yang berat. Dikerlingnya pada jam yang menunjukkan pukul 11.
Perlahan dia bangun dan berjalan menuju ke ruang tamu. meninggalkan barangannya di bilik tetamu.
Dia menghampiri televisyen untuk menghidupkan barangan elektronik tersebut sebelum menghampiri sofa lalu baring di atasnya.
Keluhan masih lagi keluar dari bibirnya sambil menekan punat pada remote control untuk mencari channel yang menarik perhatiannya untuk ditonton.
Namun tiada satu pun saluran yang menarik Minhye untuk dilihat lalu dia mematikan televisyen tersebut.
Pandangannya menuju ke atas siling sambil memikirkan sesuatu yang masih terngiang-ngiang di otaknya.
Tidak ingin memeningkan kepalanya dengan cepat dia menggeleng sebelum menutup matanya sehingga dibuai mimpi.
Dia ingin segera hari ini berlalu dengan cepat. Terlalu penat baginya untuk hari ini...
Dengan cepat Minhye menggelengkan kepalanya kerana teringat memori semalam yang dihalau oleh suaminya dari sebilik dengan dia. Dia akan mengganggap tidak ada apa-apa yang berlaku.
~~~~~~
Kelihatan seorang lelaki yang sudah berstatus sebagai suami kepada Minhye sedang menyiapkan dirinya sebelum pergi ke tempat kerja.
KAMU SEDANG MEMBACA
I Don't Need You || PJM
FanfictionKisah di antara seorang gadis bernama Minhye yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki bernama Park Jimin atas ketentuan keluarga mereka. Tetapi, tidak semua orang dapat happy ending bukan? Pasti akan ada masalah apabila berumah tangga sepertiman...