Chapter 12

125 10 0
                                    

Keadaan di rumah keluarga Jeon agak hening setelah kembalinya anak lelaki mereka dengan keadaan yang cukup dibilang parah. Sepatutnya malam itu mereka meraikan makan malam bersama dengan meriah namun hal yang tidak terjangka sudah membuktikan bahawa mereka terpaksa membatalkan acara tersebut.

Minhye masih setia duduk disebelah adiknya sambil menatap sedih melihat keadaan adiknya yang terbaring di atas katil dan masih setia dengan menutup matanya. Mukanya tadi dipenuhi luka serta darah yang mengalir sudah dibersihkan oleh sang ibu.

Dengan fokusnya memandang sang adik, satu tangan yang menyentuh bahunya membuatkan dia sedikit tersentak kemudian toleh kebelakang dan terlihatlah sang ibu yang menatap ke arahnya.

" Minhye balik dulu lah nak, kesian suami kamu eomma tengok dengan masih berpakain kerja. Esok kamu datang lagi ke sini tengok kondisi adik kamu ye. " Diusapnya bahu Minhye perlahan sambil menatap sayang ke arah anak perempuannya.

Benar juga. Dia ingin memprotes perkataan ibunya demi menjaga adik lelaki yang terbaring lemah namun dia sedar bahawa dia sudah menyandang sebagai seorang isteri kepada Park Jimin dan bukan lagi bujang.

Dengan perlahan dia menganggukkan kepalanya sebelum berdiri dan memeluk ibunya. Tidak lupa juga dengan kecupan di pipi. Diikuti dengan melakukan hal yang sama kepada Puan Park yang setia berdiri di sebelah ibunya.

" Eomma dah sediakan bekas makanan kat dapur. Itu lebihan makanan makan malam tadi. Kamu ambil dan bawa balik. Esok kamu perhangatkan ye. " Sambung sang ibu dengan senyuman manisnya dan dibalas balik oleh Minhye.

Dengan berat hati dia meninggalkan bilik adiknya dan menuju ke dapur untuk mengambil bekas makanan yang eommanya sudah bungkuskan untuknya.

Matanya yang sibuk memandang ke arah bekas makanan itu terhenti dan melihat ke arah gerangan yang baru sahaja masuk dari pintu belakang dapur sambil menaipkan sesuatu di telefon pintarnya dengan riak wajah yang puas hati.

Bukan sepatutnya dia teman ikut appa ke pergi farmasi untuk cari ubat? Dengan penuh tanda tanya, Minhye cuba bersuara.

" Saya ingat awak ikut appa juga. Apa yang awak buat kat belakang sorang-sorang tu? " Soal Minhye yang matanya masih lekat menatap suaminya.

Namun reaksi dari suaminya bukan yang diharapkan untuk kembali menjawab, hanya sorot pandangan yang tajam diberikan olehnya kepada Minhye tanpa mengucapkan apa-apa lalu pergi meninggalkan isterinya di dapur seorang diri.

Pelik...

Minhye membalikkan badannya lalu mengambil bekas makanan di atas meja makan yang sudah dibungkus rapi oleh ommanya lalu berjalan ke ruang tamu.

Baru sahaja menjejakkan kakinya ke ruang tamu sudah kelihatan, appanya baru sahaja pulang dari farmasi dengan plastik berisikan ubat ditangannya. Mereka mengucapkan selamat tinggal kepada orang tua mereka sebelum keluar menuju ke kereta suaminya.

Tujuan mereka sekarang kembali ke rumah dan rehat.

****

Keadaan dalam kereta sunyi tanpa ada percakapan antara mereka berdua. Hanya iringin lagu dari radio sahaja yang kian berputar lagu-lagu romantik. Romantik? Heh, bahkan sang suami tak punya perasaan sedikit pun pada isterinya.

Kadang dia terfikir kenapa dia kena lalui semua benda ini? Dari dia kecil sampai besar masih sahaja dia tidak dapat membuat keputusannya sendiri. Semuanya bergantung kepada keputusan keluarganya sendiri. Mereka sahaja yang berhak memutuskan keputusan kepada Minhye seolah keputusan mereka dapat menjamin masa depan Minhye lebih baik.

Tapi lihatlah sekarang, lebih baik ke? Lebih kepada paling buruk yang dia pernah rasa sepanjang hidup dia di muka bumi ini. Perlahan dia ketawa terkekeh dan itu mendapatkan perhatian dari suaminya yang memandu.

I Don't Need You || PJMTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang