Minhye dan keluarganya sudah pun bergerak pergi ke sebuah restoran yang telah ditetapkan oleh rakan ayahnya. Pakaian yang dikenakan oleh Minhye kelihatan sangat menawan dengan berbaju berwarna merah tanpa lengan, kasut tumit tinggi berwarna hitam dan rambutnya dilepaskan. Siapa punya idea lagi kalau bukan Puan Jeon yang menyuruhnya berpakaian begitu.
Manakala adiknya juga turut ikut sekali.
Sesampainya mereka di sana. Minhye lah orang yang pertama keluar dari kereta Tuan Jeon. Selepas itu mereka bergerak masuk ke dalam restoran yang kelihatan sangat mewah dari luar.
"Tuan Jeon! " Seseorang lelaki yang sudah berumur melambaikan tangan ke arah Tuan Jeon. Lalu kami sekeluarga berjalan ke arahnya dan mengambil tempat duduk.
Minhye POV
Restoran yang mahal mesti penuh dengan makanan yang mahal dan kuantiti yang sedikit.
Selalunya begitulah, tak kesah restoran 5 bintang ke 6 bintang makanan yang sampai atas meja mesti sedikit.
"Noona? Noona okay tak?" Adik aku melambaikan tangan di hadapan mata aku ini.
Dia ni tak de adab ke?
" Noona okay lah, kookie nak apa?" Aku memandang ke arah adik aku dengan malas lalu ternampak seorang lelaki berambut hitam memasuki restoran lalu mengambil tempat di hadapan aku.
" Sorry eomma, appa, Tuan Jeon, Puan Jeon, Jungkook and Minhye right? Jimin dapat call dari client tadi. " Ucapnya sebelum mengambil tempat dihadapan Puan Park. Aku tatap mukanya serta penampilannya yang mewah.
Not bad juga
" Buat-buat tak kenal pulak, ingat dah mampos. " Jungkook terus membuat muka menyampah lalu memandang ke arah lain. Hal itu tidak luput dari anak mata aku bahawa adikku kelihatan tidak suka kepada gerangan itu. Pelik.
Sempat juga aku berpaling ke arah adik aku yang menjeling dekat lelaki bernama Jimin tuh. Dia kenal ke?
" Kamu ni, kita tengah berseronok makan malam bersama dengan menantu cantik kita. Kerja kamu tu nantilah siapkan. Silent phone kamu. " Tegas Puan Park yang sedikit berleter ke arah anaknya itu. Kejap? Menantu?
" Saya rasa sudah masanya untuk anak perempuan Tuan tahu tentang ini. " Tuan Park mula bersuara manakala aku hanya memberi tatapan dengan penuh tanda tanya.
Apa ni?
"Errmmm, Minhye. Tujuan kitaorang buat makan malam bersama dengan keluarga kamu ni bahawa kami berempat dah setuju.." Aku memandang ke arah eomma aku yang bersuara lalu melihat kembali muka Tuan Park.
Huh?
"Nak satukan kamu dengan Jimin." Jawab Puan Park dengan senyuman yang terukir dibibirnya.
Oh-
Sebenarnya aku dah tahu yang keluarga aku akan menjodohkan aku dengan seseorang. Tapi tak sangka seseorang itu dia.
Aku menatap wajah adik aku yang ikut terkejut juga sebelum mendengus kasar.
" Eomma fikir dua kali. Jangan buat keputusan secara tiba-tiba eomma, appa. Kesian noona. " Jawab adik aku dengan nada yang tidak suka dengan jelas.
Appaku menatap tajam ke arah Jungkook.
" Jeon Jungkook. Bersikap sopanlah dihadapan keluarga Park. Appa tak ajar kamu untuk mencelah perkataan orang tua. " Terdengar nada yang sedikit marah dari appa. Aku hanya menggenggam tangan adik aku yang kini mengepal tangannya dengan erat. Lalu memberikan gelengan supaya tidak melawan percakapan appa.
Demi Tuhan! Apa yang membuatkan adik aku tidak suka dengan lelaki bernama Park Jimin ini?
Pandangan dari keluarga Tuan Park dan Tuan Jeon masih lagi melekat ke arah muka aku dan Jimin.
" Oh? " Hanya satu patah perkataan sahaja yang mampu keluar untuk tidak rasa kekok dalam diri aku.
" Iye, kami akan menjodohkan Minhye dengan anak kami Jimin. Bahkan kalian nampak cocok bersama, betul tak yeobo? " Puan Park tersenyum manis ke arah mereka berdua lalu memandang suaminya untuk meminta pendapat.
Hanya anggukan yang diterima olrh Tuan Park.
" Eomma, appa, Tuan Jeon dan Puan Jeon. Boleh tak saya mintak izin nak jumpa dengan Minhye dekat luar kejap. Mungkin dia terkejut dengan berita ni tapi Chim akan cuba bercakap dengan dia. " Jimin memandang eomma dan appaku serta adik aku dengan senyuman di wajahnya.
" I swear our family are crazy. " Desis Jungkook perlahan namun aku mendengarnya. Perlahan aku menampar pahanya disebelah aku.
Aku melihat ke arah hadapan dan hanya memandang kekok ke arah lelaki bernama Jimin apabila mata kami bertemu.
" Ya, pergilah. Bagus jugak kalau kamu dapat mengenali antara satu sama lain. " eommaku menjawab lalu mengambil menu yang ada di atas meja dan order makanan yang dia nak.
" Kalau dia berani sakitkan noona, panggil Kookie. Tunggu tangan je kat muka dia. " Aku hanya mengangguk kepala aku.
Adik aku ni membuatkan aku pening. Sungguh.
" Kau better jelaskan apa hubungan kau dengan dia kat noona. " Balas aku kepada adikku sebelum berdiri dari situ dan berjalan keluar daripada restoran itu bersama lelaki bernama Jimin.
Sampai sahaja ada satu bangku yang boleh aku dengan dia duduk.
" Ada apa ye?" Aku memulakan percakapan dahulu daripada dia asyik berdiam sahaja sewaktu keluar dari restoran tuh.
" Aku kenal siapa kau dan mungkin kau tak kenal aku sangat. Aku Park Jimin kelas 5-2 dari Hanlim High School. Satu kumpulan dengan Taehyung kalau kau ingat. " Seketika mata Minhye membulat. Ah dia kenal! Kawan baik Taehyung yang tiba-tiba hilang. Wahhh dunia sangatlah kecik!
Patut dia rasa bersyukur atau tidak?
" Aku pun tak tahu apa yang family kau dah jampi family aku untuk kahwinkan aku dengan kau. Tskk, seriously?? Diorang suruh aku kawin dengan perempuan kolot macam kau nih?? Tak ade taste langsung family aku. Pleaselah, aku tak ingin pun nak kahwin dengan kau." Bertubi-tubi cacian yang Jimin lemparkan kepada aku.
Huh? Apa ni? Baru jumpa terus macam ni eh? Maki-maki orang??
" Tapi disebabkan family aku nak tarik kad kredit aku, kereta aku termasuk juga kedudukan aku, aku kena juga kahwin dengan kau. This is the first time my mom actually told me this and i can't believe why my mom really like you. "
Wah...
" Apa-apa pun, aku nak kau terima juga perkahwinan ini. Tapi satu je yang kau kena tahu dan kena tanam dalam diri kau, jangan harapkan yang lebih-lebih. " Jimin bangkit dari tempat duduk dia dan terus beredar dari situ lalu masuk ke dalam restoran semula.
Aku mengeluh.
" Aku tak harapkan kasih sayang kau pun. Bahkan kahwin dengan kau pun aku taknak. Pfftt. Nanti aku mati jugak. Tak ada function kalau aku bagi tapi last2 berakhir dengan sad ending. " Gumam aku perlahan.
Dengan tiba-tiba, air mata jernih aku terjatuh pada tubir mata aku. Otak aku masih bergelut memikirkan kejadian beberapa hari lepas sehingga membuatkan aku lemah begini.
Sumpah. Sakit dia memang tak terkata.
Tapi aku kena kuat. Kuat untuk menempuhi diri aku di dunia ini.
Aku mengelap air mata aku dengan sapu tangan yang aku ada bawa tadi. Lalu aku masuk ke dalam restoran itu.
TBC
__________________________
KAMU SEDANG MEMBACA
I Don't Need You || PJM
FanfictionKisah di antara seorang gadis bernama Minhye yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki bernama Park Jimin atas ketentuan keluarga mereka. Tetapi, tidak semua orang dapat happy ending bukan? Pasti akan ada masalah apabila berumah tangga sepertiman...