Hari berjalan seperti biasa dan masuknya hari ketiga setelah adiknya, Jungkook kembali sihat dan kini berjalan menuju ke meja makannya untuk makan sarapannya. Seorang diri. Eomma dan appa seperti biasa melakukan rutin mereka. Bekerja dan keluar pergi membeli barang.
Sudah 3 hari tanpa hadirnya sang kakak kembali ke sini untuk melawatnya.
Kali terakhir berjumpa pun ketika dia hendak jatuh dihadapan kakaknya kerana badannya yang terlalu lemah. Sehari dia tidak sedarkan diri dan ketika dia membuka matanya, dia hanya melihat sang eomma yang merawatnya.
Jungkook menatap sendu telefon pintarnya yang berada di tangannya. Sudah beberapa kali dia mencuba untuk menelefon sang kakaknya namun ia hanyalah meninggalkan pesan suara.
" Noona... Apa khabar? Kookie dah sedar, noona taknak datang ke? Kookie rindu noona. Noona tak rindu kookie? Sebabtu noona tak datang? Noona... Kookie sunyi kat sini tanpa noona. Rumah ni rasa kosong... Eomma dan appa sangatla busy dan kookie hanya ditemani oleh pembantu rumah je noona... Itu keputusan appa untuk hired maid sebab tak ada siapa yang nak jaga kookie... Kookie nak noona.." Lirihnya perlahan.
Selalunya dia sakit, noonanya yang akan merawat dia. Sekarang terasa sangat lain. Sepi. Sejujurnya dia sangat sepi di rumah tanpa adanya sang kakak disini. Dulu mereka akan selalu kacau antara satu sama lain. Apa khabar noonanya yang tinggal bersama lelaki tak guna tu? Harap dia baik-baik sahaja.
Ya harapnya...
*******
Bukan itu yang Jungkook harapkan. Malahan Minhye juga tidak mengharapkan ini berlaku. Sejak kebelakangan ini, selepas pulang dari rumah keluarganya, Jimin selalu pulang lewat malam dan berbau alkohol serta perfume wanita lain.
Ah... adakah dia perlu bersiap sedia untuk telan pil kekecewaan kerana perbuatan sang suami ini?
Ye. Siapa je tak kecewa tengok suami sendiri balik lewat malam dengan keadaan mabuk, bau alkohol, bau perfume wanita lain dan dia bahkan boleh melihat ruam kemerahan pada leher sang suami.
Suaminya sudah melewati batas. Tapi dia sedar... Minhye sedar yang perkahwinan dia dengan suaminya hanyalah atas sekadar pekerjaan keluarganya dengan keluarga suaminya.
Sakit bila digunakan untuk memuaskan hati mereka sampai mereka terlupa dengan resiko anak gadis mereka hadapi sekarang ini.
Dia hembus nafasnya perlahan untuk menenangkan fikirannya sambil merenung memandang suaminya tertidur di atas katil milik suaminya. Perlahan pandangannya turun kearah tangannya yang kemerahan dan keunguan akibat ulah dari suaminya sendiri.
Bahkan suaminya sudah berani untuk menyakiti dirinya.
Padahal Minhye hanya bertanya dia pergi kemana namun hanya genggaman dari tangan yang terlalu kuat oleh sang suami boleh mengakibatkan tangannya jadi begini.
Dia bahkan sudah merayu kepada suaminya untuk berhenti melakukan itu namun sang suami dilanda emosi yang cukup mendalam dengan berani menyakitinya.
" Sekali lagi kau masuk campur dengan urusan aku, aku tak segan-segan pukul kau dengan kuat sampai kau mati. "
Minhye ingat dengan jelas ketika itu, ayat yang dilemparkan suaminya ketika menggenggam tangannya yang kemah.
Kring! Kring!
Bunyi deringan dari telefon pintar suaminya yang berada disebelah gadis itu membuatkan dia tersedar dari lamunannya. Dengan pantas dia mengambil telefon itu dan melihat nama yang tertera di atas skrin.
KAMU SEDANG MEMBACA
I Don't Need You || PJM
FanfictionKisah di antara seorang gadis bernama Minhye yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki bernama Park Jimin atas ketentuan keluarga mereka. Tetapi, tidak semua orang dapat happy ending bukan? Pasti akan ada masalah apabila berumah tangga sepertiman...