Chapter 11

119 13 0
                                    

Di hadapan rumah yang megah dengan lampu yang cerah serta terang dari luar, terlihat sepasang suami isteri yang bergandingan tangan dengan mesra. Ditekan loceng rumah sambil menunggu seseorang membuka pintu sehingga terpaparlah wajah seorang wanita paruh baya berdiri dihadapan mereka dengan senyuman yang manis.

" Tengoklah siapa sudah sampai, anak kesayangan dengan menantu mama terlihat sangat cocok ye. Tak salah mama menjodohkan kamu berdua. " Puji Puan Park kepada mereka berdua iaitu Minhye dan Jimin.

" Ma baru tahu ke? " Tawa Jimin lalu merangkul pinggang Minhye dengan erat sambil menatap Puan Park.

Namun Minhye hanya memberikan senyuman agar tidak membuatkan suasana menjadi kekok apa lagi mereka tengah berlakon sekarang.

" Aigoo, mari masuk. Kamu berdua mesti sejukkan. Mama dengan Puan Jeon sudah memasakkan makanan yang enak untuk disantap malam ini. " Ucap Puan Park dengan girang sebelum membuka pintu lebih luas dan berdiri sebelah untuk memberi ruang kepada pasangan pengantin yang baru berkahwin beberapa hari masuk kedalam.

Mereka berjalan ke ruang tamu dan disambut hangat oleh kedua appa mereka.

" Mari ikut mama kedapur. Mama ada berbual dengan eomma kamu tentang kesukaan makanan kamu. Jadi mama berniat untuk memasak untuk kamu. Mari lihat. " Dengan pantas Puan Park menggapai tangan Minhye setelah bertanya khabar kepada ayahnya dan ayah mertuanya. Minhye terus keruang dapur.

" Kamu baru balik dari tempat kerja Chim? " Soal Tuan Park yang memandang anak lelakinya sambil menghirup kopi panas ditangannya.

" Iya pa, Chim baru balik. Tak sempat nak tukar baju itu yang ambil Minhye terus datang sini. " Jelas Jimin lalu mengambil tempat duduk disebelah Tuan Jeon.

" Kamu itu sudah bekerja keras Jimin. Syarikat yang kamu ambil alih dari appa kamu pun sudah berkembang pesat. Tak sia-sia Tuan Park tegaskan kamu untuk belajar dengan gigih sehingga masuk ke Seoul National University. " Tawa Tuan Jeon sambil memuji menantunya diikuti oleh appanya.

Jimin hanya menggaru belakang kepalanya. Dia sudah mendapat banyak pujian dari orang lain jadi itu hanyalah normal bagi dia.

Tuan Park meletakkan secawan kopi yang dihirupnya tadi ke atas meja disebelahnya lalu memandang Jimin dengan pandangan datar.

" Appa sebenarnya bangga dengan kamu nak.. Kamu sudah tumbuh menjadi seorang anak yang membanggakan kami dengan prestasi terbaik kamu, Jimin. Tapi kamu juga kena ingat bahawa kamu itu sudah berkahwin. Kamu mempunyai isteri untuk dijaga, jadi kamu mesti pandai bahagikan waktu antara kerja dengan meluangkan masa bersama isteri kamu. " Jelas Tuan Park dengan panjang lebar sambil memandang anak lelakinya.

Sejujurnya Jimin hanya ingin menjeling sahaja matanya dan berdecik perlahan ketika appanya menyebut perkara tersebut. Sudah dia duga apa yang appanya ingin mengatakan namun ditahan dengan senyuman kekoknya.

" Appa mesti maksud dengan kitaorang punya bulan madu, bukan? " Soal Jimin sambil mengangkat keningnya ketika memandang Tuan Park dan Tuan Jeon.

Seketika terdengar suara ketawa dari kedua belah pihak sebelum suara tepukan terdengar disebelahnya, Tuan Jeon.

" Kamu sangat pintar nak. Itu yang maksud Tuan Park ingin katakan. Wah, bekas anak SNU memang tidak dapat dinafikan lagi kepintarannya. " Puji Tuan Jeon lagi sambil memandang menantunya.

' Dah agak... '

" Itu yang appa maksudkan. Jadi... Bila kamu nak berbulan madu dengan isteri kamu itu? Pekerjaan kamu tu bukan banyak sangat, sekali sekala cuti sekejap untuk rehatkan diri kamu tu dengan meluangkan masa dengan Minhye. " Ugut Tuan Park sambil tersenyum manis.

I Don't Need You || PJMTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang