"Fuaaaaaaaaaaahhhhhh~akhirnya siap jugak tugasan kita! Pergh...!! Dah pukul 2:30 pagi dah? Gila babi!!", pekik Ismail sambil menguakkan tangannya meregang keatas. "Urghh....urghhh....tulah! Dalam tak sedaq...pulun punya pulun bak hang siap jugak akhirnya! Dok ingat aku tadi pitam dah Maey! Hahahaha!", balas Sham dengan pekat slang utaranya, meletupkan tulang tengkuknya. "Hemm...kau macam mana Sham? Rumah kau tu jauh jugak kalau nak balik, esok kena datang awal pagi present kita punya kertas kerja ni. Kau larat ke?", balas Ismail sambil mengemas himpunan kertas yang berteraburan diatas meja mesyuarat. "Hemmm...tu yang aku dok pikiaq ni! Sat lagi ada jugak aku pi check in...tapi tulah....baju koi masam dah ni!", balas Sham. "Hehehe...ala selamber sajalah macam kau selalu buat masa mengaji dulu tu! Seharian tak mandi, lepas tu present final projek! Berbau satu fakulti sial! Hahahaha!", balas Ismail. "Ni...pundek! Itu bau jantan hang tau dak? Bapok macam dengan hang...mana reti bau jantan apa semua ni! Hang tak reti apa aihh!! Tapi pada laa...kalau esok aku mai tak mandi...serabai oi! Tak jadi...! Kot mana cerita pun aku kena balik jugak! Kalau aku check-in pun...mana aku bawak baju ka apa?! Takkan esok aku nak kena pakai baju ni balik...pakai dak laa sahabat!", balas Sham. "Kalau macam tu...kemas laa cepat! Kau ikut aku balik jelah...malam ni, kau stay rumah aku! Esok kita gerak sama-sama.", balas Ismail. "Habeh...? Baju aku lagumana?", balas Sham. "Baju lama aku dulu tu ada lagi. Aku dah tak muat dah...Kau size M kan?", balas Ismail. Sham sekadar mengangguk sambil menjinjing beg kerjanya. "Kalau macam tu jomlah...!", balas Ismail. "Hish...kau ni serius ke Maey? Aku tak mau laa dok susahkan hang dengan bini hang....sat lagi hangpa dua romen...aku dengaq satgi!", balas Sham. Terus Ismail meluku kepala kawan baiknya itu. "Bodoh ke apa kau ni?", kata Ismail lalu terus menapak berjalan meninggalkan Sham yang masih menunduk menahan kesakitan. "Kalau kau dengar pun...apa yang kau boleh buat? Hahahaha!! Dah laa...jomlah....aku dah lapar dah ni! Bini aku pun tak tidur lagi tu...tengah tunggu aku balik nak makan sekali.", balas Ismail. "Pergghhhhhh!!! Baik lahanat bini hang Maey! Siap masak tunggu laki balik makan sekali pulak tu....!! Marvelous!! Bahagian aku ada dak? Aku pun lapaq jugak ni?!", balas Sham. "Ada tu ada...tapi sekadar biskut meri jelah aku boleh hidang!", balas Ismail. "Toya hang laa Maey woi! Dah la nama Maey....hang nak tau dak...kat kampung aku nu...Kuala Kedah! Ada sorang nama Maey jugak...tapi orang kampung kami panggil dia Maey Juboq! Sebab bila dia bercakap...tak pernah cakap benda hat elok...semua hat tak elok....! Mulut busuk! Lepaih tu...dia kedekut piang! Haa...macam dengan hang laa...sebijik! Selalu menyakiti hati aku ni!", balas Sham. "Aku rasa kau dengan aku...kau lagi cakap kotor berbanding aku.", balas Ismail. "Haa...tengok...melawan...melawan...laguni laa perangai Maey Juboq kat kampung aku tu!Hahahaha!", balas Sham. "Hisshhh...babi laa dia ni! Ada laa...makan untuk kau ada...! Dah...aku dengar lagi kau panggil aku Maey Juboq....jaga kau! Jangan melekat pulak satu office ni nanti. ", balas Ismail. Sham hanya ketawa terbahak-bahak melihat reaksi sahabat baiknya itu.
Persahabatan diantara Hisyamudin dan Ismail telah terjalin semenjak dari mereka masih menuntut di universiti dahulu. Pasangan sahabat yang serasi dalam bekerja bersama. Ada bilamana salah seorang berada didalam masalah. Sehinggakan bekerja dipejabat yang sama apabila tamat pengajian mereka diperingkat tinggi. Iaitu disebuah firma pembinaan dimana Ismail adalah ketua bagi projek pembinaan blok bangunan asrama MRSM dan Sham adalah pembantunya. Berikutan dateline pembentangan idea dan diskusi yang bakal berlangsung pada keesokan pagi seawal jam 9:00, Ismail dan Sham telah melakukan pecutan terakhir bagi menyemak segala kertas kerja dan melengkapkan segala keperluan untuk mereka membentang idea mereka kepada pelanggan. Setelah kerja-kerja menyemak selesai dilakukan, Sham menumpang inap dirumah milik Ismail dan keretanya ditinggalkan diparkir pejabat. Sunyi suasana di ibukota pada waktu awal pagi sebegitu. Laju kenderaan berjenama Toyota Vios berona putih milik Ismail meluncur dijalanraya yang lengang tanpa kenderaan. Jarak perjalanan dari pejabat mereka dengan rumah milik Ismail ketika waktu puncak mengambil masa selama 35 minit, namun apabila jalanraya lengang sebegini, jarak masa menjadi singkat. Hanya mengambil masa kurang daripada 18 minit untuk mereka berdua tiba dihadapan rumah Ismail.
YOU ARE READING
One Shot - Cerporn Collection
Short StoryAnda mencari suatu kisah yang lain dari yang lain? Mencari kisah lucah bertulisan rumi? Anda berada ditempat yang tepat. Didalam novel maya ini mengandungi pelbagai kisah 'one-shot' atau erti kata lain hanya satu episod sahaja. Awas! Kisah yang dit...