Jam menunjukkan pukul 12:35 minit malam. Duduk diatas bangku plastik berona hitam seorang lelaki bernama Daim yang baru sahaja menginjakkan kakinya kedalam umur 26 tahun. Asap rokok berkepul-kepul terapung memenuhi ruang lingkup kawasan tempat letak kereta dirumah teres setingkat tersebut. Dihembuskan oleh Daim yang sedang khusyuk melayan perasaan dirinya. "........tiap malam balik je penat. Balik je penat......heeemmmm....mentanglah sekarang ni kau yang jadi sumber kewangan kat rumah ni? Macam hampas je kau layan akukan? Makin menjadi-jadi perangai kau!", detus Daim seorang diri. Rokok berjenama John yang dibeli dikedai Acheh terletak berhampiran dengan rumah teresnya disedut sedalam mungkin. Amarah bercampur cemburu dalam kecewa mula menghimpit imaginasinya. Terus membawa kepalanya ke titik permulaan kedinginan dalam episod rumah tangga antara Daim dan Diana.
Semuanya bermula apabila dia selaku Engineer muda disebuah kilang pemasangan barangan perkakas elektronik telah dihentikan perkhidmatan. Ekoran pandemik Covid-19 yang menyerang negara, kilang tempat dia bekerja terpaksa mengecilkan kos operasi dan beratus pekerja yang lain turut berkongsi nasib yang sama dengannya. Biarpun diberi pampasan yang agak setimpal, namun tetap tidak cukup dalam menampung keperluan keluarga baharunya. Banyak perkara yang perlu menggunakan duit. Berlainan pula nasib Diana yang telah lama berniaga secara atas-talian. Diana menggunakan platform Shopee sebagai penjana kewangan dirinya dengan menjual beberapa jenis produk kecantikan dan suplemen tambahan. Perniagaannya yang suam-suam kuku sebelum serangan virus Cov-19 berubah mendadak setelah kerajaan menjalankan perintah PKP yang dilaksanakan secara menyeluruh didalam negara. Apabila semua sektor lain terjejas, sektor perniagaan atas talian melonjak naik. Membawa Diana kealam perniagaan dalam skala yang lebih besar daripada dahulu. Sekaligus menggantikan tempat Daim sebagai punca utama ekonomi didalam rumahtangga mereka berdua. Biarpun telah berkahwin agak lama dan saling mengenali hati budi masing-masing, kejayaan Diana dalam bidang perniagaan yang diceburi sedikit sebanyak merubah personaliti asal empunya tubuh. Langsung berubah daripada apa yang dikenali Daim sewaktu dahulu. Benar kata orang, wang mampu mengubah segala-galanya.
"Abang ni??!!! Diana tengah busy packing barang ni kan??? Abang nak apa ni?? Alaaaaa...haaaii~kenapa telefon ni?", rengek Diana dihujung talian. "Emm...takdelah~ sekarangkan dah nak pukul 12? Diana tak nak balik lagi ke? Lagipun...hehe...kan malam ni...malam Jumaat sayang? Hehe~ Kita pun dah lama tak sweet-sweet laki bini?", balas Daim. Tersengih-sengih sambil memegang telefon bimbit berjenama Samsung ditangannya. Pemberian dari isterinya sewaktu awal pernikahan dahulu. Duduk bergayut diatas bangku plastik berona hitam yang diletakkan disebelah parking kereta dihadapan rumah. "Apa abang ni?? Aduuuiii.....yang tu nanti-nanti pun bolehkan? Diana kan isteri abang?? Diana tengah busy ni...??!! Abang duduk jelah dekat rumah tu dendiam kejap....?? Takkan tu pun tak boleh? Abang bukan tak tahu yang sales Diana tengah meletup gila-gila sekarang ni?? Huhuhu....janganlah tambahkan stress orang~ baaaang!! Barang banyak lagi tak pack ni??? Pleaselaaaahh......tak tahu laa nak explain macam mana dekat kau tau tak?! Kau jaga rumah je pun.....makan semua aku bagi. Takkan tak boleh nak faham isteri kau ni hah Daim?", balas Diana. Daim tersentak. Ego lelaki dan suaminya bagai dicabar oleh Diana. Bukan sekali dua dia dilayan sebegini. Boleh dikatakan kata-kata Diana kali ini jauh lebih mulia daripada kata cacian yang hinggap pada gegendang telinga Daim sehari-hari. Entah bila kali terakhir Daim mendengar suara-suara lunak manja isterinya, mendapat belaian dari seorang isteri juga tidak dapat diingati. Terlalu lama kamar mereka tidak melantun beraksi dalam menungkah sebuah hubungan suami isteri, apabila sentuhan dan pelukan langsung tidak dilayan, malah dimaki. Namun cuba dipendamkan perasaan amarahnya kerana perasaan sayang pada isterinya masih wujud biarpun nyalaannya tidak semenggah mana. Hanya terbakar hujung-hujung diantara padam ataupun tidak. Tidak mahu rasa sakit dihatinya dibalas dengan melontarkan kembali kata-kata pedih seperti yang dilontarkan oleh Diana. "........o-okay sayang. Sory eh...? Abang silap.....takpe....Diana buatlah kerja tu dulu....! Jangan balik lewat sangat. Abang masuk tidur dulu...!", balas Daim. Sayu nada suaranya. Cuba sebaik mungkin menekan arus amarah yang menunggu masa untuk meletus. Biarpun harga dirinya makin dicalari Diana dengan kata-kata seperti berhadapan dengan seorang musuh. "Haaaa~kalau dah faham....baguslah! Senang sikit kerja aku....! Pergi masuk tidur....! Kalau boleh jangan guna aircond sangat....bil bulan lepas melambung tau??? Sebab kau suka layan movie sampai lewat pagi....lepas tu tertidur...lupa nak tutup t.v. Aircond pulak pasang tapi tak duduk...Ingat apa? Bayar pakai air liur ke??", balas Diana. Kata-kata yang dilontarkan bagaikan anak panah yang laju menusuk ke hati Daim. Jauh benar kelakuan Diana berbanding dahulu. "..........sayang~.....tak baik cakap macam tu? Abang ni suami Diana tau? Respek sikit....?", balas Daim dalam nada yang lembut. Namun ganggang telefon terus diletakkan oleh Diana. Langsung tidam mendengar bahkan menjawab kata-kata lontaran Daim.
YOU ARE READING
One Shot - Cerporn Collection
ContoAnda mencari suatu kisah yang lain dari yang lain? Mencari kisah lucah bertulisan rumi? Anda berada ditempat yang tepat. Didalam novel maya ini mengandungi pelbagai kisah 'one-shot' atau erti kata lain hanya satu episod sahaja. Awas! Kisah yang dit...