"Assalamu'alaikum~ Ooo~ Assalamu'alaikum~ Pak Long~! Mak Long~!", pekik Ali. Berdiri dihadapan pintu rumah milik Ishak. Pintu pagar rumah milik bapa saudaranya itu tidak berkunci. Sekadar berselak dan bertutup. Namun, atas dasar rasa hormat dan dalam masa yang sama menjaga adab, Ali bertindak sekadar menunggu diluar pintu pagar biarpun rumah tersebut adalah kepunyaan bapa saudaranya. Selang beberapa minit kemudian, pintu rumah dari kayu jati langsung dikuak buka. Terpampang raut wajah Normala, ibu saudara Ali berdiri dihadapan pintu rumahnya, menjadi penyambut tetamu untuk Ali yang bertandang pada petang hari tersebut. "Ehh?? A-Ali...? Ali...?!! Hahaha! Baaaang~ Ali datang bang!", bentak Normala dihadapan pintu rumahnya. Memekik laungkan suaranya dengan kuat sehingga bergema diruangan dalam rumah tersebut. "Hehe...Assalamu'alaikum...maklong? Sihat? Salam maklong!", detus Ali. Menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan ibu saudaranya. Tangan yang dihulurkan disambut mesra oleh Normala. "Wa'alaikummussalam! Hee~ datang jugak kau kesini ye? Ingat dah tak nak singgah rumah maklong dah~? Kot laa tak tahu jalan ke sini~?", usik Normala sambil merenung kearah Ali yang mencium telapak tangannya. "Hehe...sibuk sikit maklong! Baru masuk U kan? Hehe...ni pun Ali datang sebab free laa ni...! Tengah cuti sem!", balas Ali sambil tersenyum. "Heemm...yelah! Cuti sem baru nak ingat maklong! Padahal tak jauh pun UiTM Merbok tu dengan rumah maklong~", usik Normala. Seketika kemudian, muncul Ishak mencelah disisi tubuh isterinya. Datangnya tanpa bunyi, terus menerpa kearah pintu hadapan yang dibuka oleh isterinya. "Oii!! Ali!! Hahahaha! Sampai jugak engkau dekat rumah paklong ye??", kata Ishak. Suaranya jelas dan bernada kuat. Sesuai dengan profession dirinya yang bergelar seorang guru disiplin disebuah sekolah rendah terletak berdekatan dengan taman perumahan mereka. "Oih~ hahaha! Paklong! Ada ke~! Terkejut Ali! Haha...janganlah menjerit?", balas Ali. "Hahahaha! Ada....! Ada...!", balas Ishak. Dihulurkan tangannya untuk berjabat salam dengan bapa saudaranya. "Paklong sihat?", sambung Ali sambil mencium telapak tangan bapa saudaranya. "Hahahaha! Sihat! Macam kau tengok sekarang ni laa!", balas Ishak dengan nada yang kuat. "Ish...abang ni! Cakap pelan-pelan sudah laa! Malulah kalau jiran dengar nanti? Hish! Suara tu control laa sikit?! Kalau bersembang....boleh dengar satu lorong tau!", celah Normala. Terasa malu apabila ada diantara jiran-jirannya sedang menilik-cari akan suara siapakah yang menggegarkan kesunyian taman perumahan mereka. "Hahaha! Kuat ke? Kuat sangat ke? Aku happy!!! Anak saudara aku sampai jugak rumah aku!!! Hahahaha! Eh...masuklah! Masuk! Kau datang naik apa ni Ali?", detus Ishak sambil memegang bahu anak saudaranya itu dan menarik tubuhnya kedalam dengan kuat. "Err...o-okay paklong! Eh..ta-tapi kejap...beg...beg?", balas Ali. Terkial-kial cuba mencapai beg bagasinya yang diletakkan disebelah pintu masuk rumah tersebut. Normala tersenyum melihat keadaan anak saudaranya itu. Terpaksa menuruti langkah kaki suaminya yang bagai memaksa tubuh Ali untuk menapak kearah hadapan. "Takpe Ali! Maklong ambilkan...kau masuk je! Paklong kau baru je cakap pasal kau tadi....hehe...tak sangka terus sampai~? Excited sangat tu~", detus Normala. "Err...hehe...terima kasih maklong! Sori susahkan maklong~! Lepas kemas-kemas tadi...memang niat nak kesini pun! Ali terus naik teksi je tadi...! Malas nak susahkan sesiapa! Ali masuk eh? Assalamu'alaikum~!", balas Ali sambil kaki kanannya melangkah masuk melepasi birai pintu utama rumah bapa saudaranya. "Masuk-masuk! Wa'aalaikummussalam! Laah~ kenapa naik teksi? Patutnya tadi telefon je..! Sampailah paklong nanti...kutip kamu! Kalau dekat sini nak ke UiTM engkau tu dekat je~", balas Ishak. Telah rebah bersandar diatas sofa diruang tamu rumahnya. "Hehe...segan paklong! Lagipun...nanti Ali akan susahkan paklong banyak hari lagi...sebab Ali ingat nak stay sini sepanjang cuti sem! Nak cari kerja part-time belah sini. Takpe ke? Boleh tak macam tu paklong? Maklong?", balas Ali. "Uish...serius? Kalau kau serius...kenapa pulak tak boleh? Boleh je! Hahaha! Lagi bagus macam tu! Tapi...Mak ayah engkau dah tahu ke?", balas Ishak. "Ali dah bagitahu dah dekat diorang malam semalam! Diorang okay je! Diorang kirim salam dekat paklong dengan maklong.", balas Ali. Merebahkan punggungnya diatas sofa dihadapan bapa saudaranya. "Part-time? Haa...abang? Tempat si Hawa tu ada kerja kosong lagikan...bang? Apa...7-E kan?", nyampuk Normala. Melangkah melintasi mereka berdua lalu duduk disebelah suaminya. "Hemm...entah? Ada kot? Manalah saya tahu?", balas Ishak. "Hish! Tak tahu pulak dia! Orang nak suruh diorang kerja sekali nanti...senang~ Boleh tengok-tengokkan si Hawa tu..?", balas Normala. "Kenapa maklong? Kenapa dengan Kak Hawa?", balas Ali. "Tak~ Kak Hawa kau tu kan dah grad tahun lepas? Dah dia tak tahu nak buat apa dekat rumah~ dia pergi kerja dekat kedai depan tu! Kedai 7E. Dengar hari tu...dia cakap...diorang nak pakai staf lagi? Tak perlu full-time pun takpe. Part-time pun oke dah! Kalau ada kosong lagi...nanti kau boleh kerja part-time dekat sana sekali? Kan? Boleh sekali gerak dengan akak Hawa kau nanti! Jadi apa-apa senang...", balas Normala. "Pandai~ .....laa engkau nak mengatur hidup anak saudara aku yang sorang ni kan? Biarlah dia cari sendiri~? Entah-entah dia nak kerja benda lain? Kan Ali?", balas Ishak. "Err....hehe...sebenarnya...Ali tak kisah pun kerja apa! 7E pun okay jugak? Depan tu kan? Kalau macam tu...Ali boleh pergi jalan kaki je...kalau 7E tu depan tu! Senang dan tak susahkan sesiapa!", balas Ali. "Haa~ dia tak kisah...abang pulak yang melebih!! Huh!!", balas Normala. Ishak sekadar membuat mimik wajah yang menjengkelkan bagi membalas kata-katas isterinya. "Eee~ dah macam budak kecik laa abang nih!!! Buat perangai elok-elok laa depan anak sedara!!! Cikgu displinkan? Kan? Buat muka pulak~!", bentak Normala. Dicubit perut suaminya yang buncit. Sebelum bunyi hilai tawa seisi keluarga memenuhi ruang lingkup dalaman rumah tersebut.
YOU ARE READING
One Shot - Cerporn Collection
NouvellesAnda mencari suatu kisah yang lain dari yang lain? Mencari kisah lucah bertulisan rumi? Anda berada ditempat yang tepat. Didalam novel maya ini mengandungi pelbagai kisah 'one-shot' atau erti kata lain hanya satu episod sahaja. Awas! Kisah yang dit...