꧁Qaseh×Hayyan꧂
"Hayyan !" Qaseh meliar di sekitar bilik mereka. Ya Allah mana suami aku ni. Qaseh pergi ke arah balkoni tiada. Dalam kamar mandi tiada. Tiba-tiba rambut nya di rentap sedikit namun mampu membuatkan dia mendesis kesakitan, macam nak buat rambut aku tercabut terus daripada kepala je?
Qaseh melihat siapa yang menarik rambutnya, dan dia tercengang dengan penampilan suaminya. Pakai baju Dino. What ! Baju dia !
"Awak baju saya, Habis lah rosak ." Hayyan bukan hanya memakai baju nya namun gincu nya dan barang makeup yang lain. Dah lah baju tu baru berapa kali dia pakai .
"You siapa ?"
"Aik awak yang siapa ." Qaseh sudah tau yang bukan Hayyan yang mengawal tubuh badan nya, dari gaya sudah tau.
"Err you dah lah muka buruk. Eh ketinggalan zaman lah penampilan you nie. Pergi tukar sekarang ." Dengan lenggok dia berkata, macam pondan dah Qaseh nampak.
"Nama awak apa ?"Qaseh hanya mengikut tolakan 'Hayyan' ke arah meja solek. Dia terduduk di kerusi meja solek apabila mendapat tolakan daripada 'Hayyan' .
"My name is Ayan, beautiful like me ." Tergelak Qaseh di buatnya.Beautiful Like me. Muka pun macam pondan ada hati beautiful. Hilang macho Hayyan dibuat nya.
"Tak lucu ok,yang lucu you ! Dah tua bangka pun makeup tak reti." Ayan mendongakkan wajah Qaseh untuk melihat ke arahnya, dan dia mulai melakukan karya ke arah wajah Qaseh.
Qaseh hanya pasrah, lupa seketika tujuan utama nya.
"Yeay ! I'm done ." Qaseh melihat ke arah cermin. Hampir tercekik dia apabila melihat wajah nya seperti mayat yang di makeup. Ayan !!
"Awak ! " Qaseh berlari ke arah Ayan dan menarik belakang hoodie Ayan naik tercekik Ayan di buatnya .
"Awak ingat cantik lah macam nie ? Eh !"Dan berlaku lah sesi tarik menarik rambut antara mereka berdua.
"Cantik apa ? I belajar dari guru i ." Ayan membalas menarik rambut Qaseh.
"Qaseh hay- YA Allah ! Kamu ni dah kenapa !" Cepat-cepat puan Syira meleraikan pergelutan itu, wajah menantu dan anak nya sudah macam orang tak betul dah. Rambut serabai, baju kusut. Yang lagi membuatkan dia terperanjat Hayyan memakai baju kecil ! Dah lah warna pink !
"Ya Allah Hayyan Qalish !" Qaseh terus menyambut badan suaminya walaupun agak berat. Hayyan yang tidak sedarkan diri itu.
"Bawa Hayyan kat katil, nanti kalau dia dah sedar bawa dia turun makan. Maafkan ibu pasal hal tadi ." Puan Syira menujukan wajah kesal nya . Qaseh hanya tersenyum.
"Takpe ibu biasalah tu, lagipun Qaseh kena biasakan diri." Puan Syira tersenyum mendengar ajaran menantunya. Memang menantu tip-top !
Puan Syira meminta diri untuk keluar.
Qaseh mulai bergerak mengemas barang yang di hambur oleh Hayyan sebentar tadi. Hampir setengah jam Hayyan belum sedarkan diri. Qaseh bergerak ke arah suaminya lalu perlahan-lahan mengantikan bajunya yang di pakai oleh suaminya.
Naik cemberut muka Qaseh kerana ada beberapa jahitan yang terbuka . Dah rosak dah. Qaseh mengambil tisu basah dan mulai melap wajah suaminya yang di penuhi makeup . Sebelum mengelap dia sempat mengambil beberapa gambar. Terkekeh-kekeh dia ketawa.
"Awak..oh awak." Qaseh perlahan-lahan mengoncang tangan Hayyan. Perlahan-lahan kelopak mata Hayyan dan menyedarkan diri. Hayyan melihat isteri nya yang berada di samping nya.
"Dah jam berapa nie ? Kenapa kau berpeluh macam berolah-raga nie ?" Hayyan bertanya kerana pelik melihat Qaseh yang agak berpeluh.
"Pukul 9. Saya bukan berolah-raga lah tapi saya penat mengemas barang yang awak hambur tadi. Dah jom makan." Qaseh menghulurkan tangan nya ke arah Hayyan namun Hayyan hanya menepis. Qaseh naik muncung .
"Awak ni ! Saya dah penat kemas, nak sentuh sikit pun tak boleh. Kedekut ! "Qaseh berjalan menonong kedepan mendahului langkah Hayyan, Hayyan hanya menggeleng kecil .
Qaseh menyediakan makan suaminya, Hayyan tanpa banyak kata terus memulakan suapan di mulutnya. Qaseh memandang wajah suaminya yang kusyuk makan. Makin hari makin kemaruk dia dengan suami nya. Geram !
"Kau kenapa ? Dah makan ? "Naik teruja Qaseh mendengar pertanyaan Hayyan first time suaminya bertanya . Selama ni dia jer yang terlebih prihatin.
"Saya dah makan tadi masa awak pengsan, saya tak larat nak tunggu awak sedar . Lagi pun.." Hayyan cepat-cepat memintas .
"Aku tanya sudah makan kah tidak bukan nak dengar kau meleter ." Qaseh terdiam terus. Sentap kita dibuatnya. Qaseh berura-ura untuk bangun dari kerusi .
"Kau nak pergi mana ? Cakap sikit koyak ." Lagi sekali ayat Hayyan membuatkan Qaseh sentap. Qaseh duduk kembali namun hanya memainkan jari nya sesama sendiri. Hayyan Qaseh yang dia seribu bahasa.
"Kau kenapa diam ? Dah takde suara ?"
"Saya bising awak cakap saya meleter saya diam awak cakap saya tiada suara. Apa awak nak sebenarnya ni ? " Hayyan tersenyum sinis mendengar perkataan yang keluar dari mulut Qaseh.
"Suka hati aku lah. Mulut kau mulut aku jugak. Hak aku. Kalau aku tanya jawab bukan diam. Kalau aku tanya terus jawab jawapan bukan nak cerita suasana terjadi di mana masa dekat mana lagi ."
"Maksudnya mulut awak mulut saya jugak lah kan ?"
Ah sudah.
**
TBCKalau sudi follow lah acc saya <3
YOU ARE READING
BABYGIRL MR HAYYAN QALISH | C
RomanceFirst romance story by cweetiee 𝐇𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐇𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐅𝐈𝐓 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀. Tidak tersangka di dalam fikiran Qaseh yang dia bakal berkhawin dengan seorang jejaka yang mempunyai semuanya, seperti drama melayu yang dia berkhawin d...