BAB 6

66K 4.4K 276
                                    

              ꧁Qaseh×Hayyan
      
    "Awak ! Please nak tu ! Nak ." Qaseh sejak dari tadi memujuk suaminya untuk membeli aiskrim. Namun Hayyan hanya mengendahkan permintaan nya. Dah tua pun nak makan aiskrim  getus Hayyan dalam hati.

Terasa sis.

"Takpaya. Kata tadi nak beli barang basah sekarang nie satu barang pun tak beli lagi. Asyik nak aiskrim jer." Qaseh menarik muncung, Qaseh menghentak-hentak kan kaki nya , lalu duduk di tengah-tengah mall . Hayyan memandangnya tajam .

"Nak jugak !" Qaseh mengeser-geserkan kakinya tanda protes. Naik merah wajah Hayyan kerana banyak mata yang memandang mereka. Ish  isteri aku ni !

"Bangun sekarang ." Hayyan cuba menarik tangan Qaseh namun Qaseh menepis lalu menujuk ke arah pakcik yang sedang menjual aiskrim. Tanda 'nak tu'.

"Kau nak makan aiskrim ker atau aku tinggal kau dekat sini ." Hayyan menarik tangan isterinya untuk berdiri. Qaseh memandang Hayyan dengan tajam namun ikut tarikan suaminya.

"Kedekut lah awak ni ! Aiskrim tu murah jerlah ." Qaseh menyenggol bahu suaminya. Hayyan hanya menggelengkan kepalanya.

Sedang Qaseh memilih barang-barangan yang basah, pipi nya terasa sejuk. Bersinar matanya melihat aiskrim vanila di depan mata. Hayyan menaikkan matanya.

"Waw ! Aiskrim terima kasih awak. Beli kat mana ?" Qaseh terus me'ngap' aiskrim itu macam setahun tak jumpa. Hayyan menggelengkan kepala nya.

"Jangan nak banyak tanya boleh tak ? Kalau kau makan tu makan jer lah. Banyak bising lah pale ." Hayyan meniru suara uncle  Muthu. Qaseh ketawa terbahak-bahak. Geram lah dengan suaminya ni cute sangat ! Yang single tu anda salah server. Seperti saya.

"Cepat sikit lah Qaseh panas tau tak." Qaseh mengerut kan kening nya. Mall ni pakai aircond kot.

"Tula orang suruh solat lambat-lambat lagi. Kan dah merasa. Tu baru panas dunia tau belum panas akhirat ." Qaseh makan aiskrim nya sambil mula mengambil barang dapur. Terkedu Hayyan. Sentap abang.

"Awak kalau ikan ni mata dia dah merah maksud dia tak fresh lah . Kalau mata dia belum.." Hayyan terus menyumbatkan aiskrim itu di mulut Qaseh. Baru tau dari tadi asyik pot pet jer.

Qaseh melap bekas aiskrim yang comot di bibir nya sambil menjeling Hayyan tajam. Benci tau tak !

"Haah bagus lah tu jeling suami. Nanti tak cium bau syurga aku tak tahu." Alalaaa dia guna kuota suami pulak. Tak aci !

Qaseh terus dia seribu bahasa, tapi tangan lincah menarik barang yang di perlukan. Serik dia nak dengar suami nya asyik buat dia sentap jer.

Sedang ligat dia menarik barang-barang dan meletakan troli yang di tolak oleh suaminya, tangan nya tersentuh dengan tangan sesorang yang sama-sama menarik barang yang sama. Cepat-cepat Qaseh menarik tangan nya semula.

"Minta maaf cik ." Gadis itu meminta maaf .

"Eh takpe , awak ambil lah nanti saya cari kat kedai lain ." Qaseh memberi pencuci muka safi yang tinggal satu itu kepada gadis itu. Gadis itu cuba menolak maka berlaku lah tarik tali mereka.

Hayyan mengambil pencuci muka itu. Lalu membuang ke dalam tong sampah. Qaseh melopong kan mulut nya, gadis itu juga ikut sekaki.  Bapak selamba.

"Awak tu -" Tangan Qaseh terus di tarik tidak juga terlupa dengan troli mereka 

"Kalau tunggu kau nak tolak menolak macam tu, sampai  mall  nie dah 9 tingkat pun tak siap ." Hayyan selamba berkata. Dia yang mengantikan isteri nya membeli barang, kalau tunggu isteri nya sampai tahun depan pun tak siap.

Qaseh hanya mengikut tarikan Hayyan sampai lah mereka tiba di kaunter untuk menbayar.

"Ada satu pencuci muka safi tadi ikut kira, sebab aku buang ." Cashier itu tampak terkejut dengan ujaran Hayyan. Qaseh memandang tanganya yang masih di genggam suaminya. Tersipu-sipu malu dia. Sempat juga dia menunjukkan kepada beberapa orang asing yang tanganya di genggam oleh suaminya. Naik hairan mereka memandang Qaseh.

"Baik encik ni -"

"Kau simpan lah aku halal kan ." Mereka berdua menuju ke arah kereta, sambil beberapa beg plastik dijinjing oleh mereka.

                               **

TBC

             

BABYGIRL MR HAYYAN QALISH | CWhere stories live. Discover now