꧁QASEH×HAYYAN꧂
Dua bulan kemudian,
Nazrin berdiri tegak dihadapan pintu rumah Lia, dia perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam rumah itu. Hari ini merupakan hari bersejarah untuk Lia dan juga bakal suaminya Farhan. Dia melihat sekeliling rumah itu penuh dengan kanak-kanak dan bunga yang dihias. Cantik.
"Eh Zul, Masuk-masuk kamu kawan Lia kan?" Tok Mail menegur Nazrin yang berada dihadapan gerbang pintu itu, jejaka itu menggunakan baju kemeja putih dan seluar jeans. Walaupun pakaian nya terlihat simple namun aura kehenseman nya tetap menonjol.
Nazrin tersenyum. "Majlis mula pukul berapa tok?" Nazrin bergerak perlahan mendekati tok mail yang berada di pelosok rumah itu,Tok mail melihat jam tangan nya, lalu dia menujukan 10 jari.
"10 pagi. Kenapa Zul tak datang dengan Hayyan?"
"Zul datang dengan Mikael jer tok, dia kat bawah Hayyan sibuk." Nazrin menujukan Mikael yang sedang minum air yang berperisa iren dengan tak tau malu nya, sempat dia mengambil beberapa keping gambar dirinya. Mikael menggunakan outfit serba hitam juga.
"Tok majlis nak mula dah ni, diorang panggil atok ada yang ingin ditanyakan." Tok mail menepuk perlahan bahu Nazrin, Nazrin yang faham hanya menganggukan kepalanya. Dia mencari tempat duduk yang kosong, dia melihat ruangan yang kosong hanya berada berdekatan dengan tempat Farhan mengakad nikah, dia mengeluh.
Nazrin mengamit Mikael naik untuk menemaninya.
"Dah mula kah sembilan? Jom-jom." Mikael mengamit Nazrin duduk di tepinya, lemah langkah Nazrin mendekati mikael. Mikael menepuk perlahan bahu lelaki itu, Farhan yang segak berbaju melayu putih itu dipandang tajam oleh Nazrin.
"Segak benar pengantin lelaki kita ni ya, sila lah panggil pengantin perempuan kita. Tak sabar dah ni tok tengok pengantin lelaki kita." Suara ketawa memenuhi ruangan itu, Mikael juga ikut sekaki membantai ketawa hanya Nazrin yang sepi, dia mengangkat kepalanya memandang Lia yang baru keluar daripada kamar itu. Terpegun dia seketika,
Astagfirullah Naz, mengucap bakal isteri orang tu.
"Sama cantik sama padan." Nazrin menjeling sekilas ke arah mikael, dari tadi memuji dua sejoli itu. Nazrin menggengam tangan nya. Sakit sungguh hatinya tika ini, dia sudah terlambat untuk menakluki hati lia, dia menyesal atas perbuatan nya.
"Farhan bin Faruq." Sesi akad nikah mula berlangsung, Nazrin memandang Lia yang juga memandang nya, Nazrin memejamkan mata tidak sanggup dia mendengar kalimat yang bakal keluar daripada mulut Farhan.
"Ya saya."
"Aku nikahkan dikau dengan Lia natalia binti Latif dengan mas khawin nya 1000 ringgit dibayar tunai." Nazrin mengengam kan tangan nya. Dada nya berkocak hebat,
"Aku terima nikahnya Lia natalia dengan mas khawinnya 1000 ringgit di bayar tunai." Tok kadi itu bertanyakan sah ker arah saksi lalu mengangkatkan tangan nya untuk membacakan doa. Hancur, gelap, kelam itu yang di rasakan Nazrin ketika ini.
Qaseh memandang tepi wajah zalikha jelas benar gadis itu sedang dalam masalah, mendung semacam muka nya. Qalisya yang sedang tidur dipangkuan nya perlahan-lahan di letakan di tengah katil bayi itu. Mereka berada di ruangan tamu tika ini.
"Kau ada masalah apa ni zali?" Qaseh duduk di tepi zalikha yang sedang memandang kosong televisyen dihadapanya. Zalikha mengeluh. Dua mengengam erat tangan Qaseh lalu memandang wajah tepat ke arah mata Qaseh.
"Ak- gagal dalam percintaan lagi lah senah. Aku memang tak akan pernah dapat dia aku dan dia jauh beza macam langit dan bumi, itik dan angsa, emas dan perak." Air mata zalikha mengalir perlahan, baru dia rasa apa yang orang rasa selama ini.
"Siapa reject kau ni?" Qaseh menepuk perlahan bahu Zalikha lalu menarik perlahan tubuh gadis itu kedalam pelukan nya. Teresak-esak dia menangis.
"Tadi aku dengan tidak tau malu nya lamar dia jadi suami aku, tapi dia taknak dia kata dia tiada sekelumit perasaan pun kat aku."
"Abang Qayyum ya?" Zalikha menganggukan kepalanya. Lalu menyambung tangisan nya, it hurt's too say.
Flashback
Zalikha melihat Qayyum berada di ruangan dapur sedang membacuh susu buat saffina, dia perlahan-lahan merapati jejaka yang memakai baju polo serta berseluar jean's.
"Sini zalikha tolong abang bancuh." Zalikha menarik perlahan botol susu yang berada di tangan Qayyum. Qayyum hanya membiarkan, tiada tanda-tanda untuk menghalang.
Zalikha bergerak ke arah coway, Namun entah mana silapnya tangan nya terkena dengan renjisan air panas. "Auch. Panas ah pedih." Zalikha memegang tanganya yang terkena air panas, satu tangan menariknya ke arah singki itu lalu menghidup kan pili air itu. Tangan zalikha terkena air panas itu dicuci perlahan.
Zalikha mengambil peluang untuk memandang dari arah dekat jejaka hensem itu, perfect. Kata-kata yang acap kali keluar daripada mulut zalikha apabila melihat wajah kacak Qayyum. Dia sudah menangkap cintun dengan lelaki ini sejak pertama kali bertemu.
Dan apabila mendengar khabar jejaka dihadapanya ini telah berkhawin dengan saffiya, hampir semalaman dia menangis. Dia sudah jatuh cinta bukan hanya setakat suka.
"A-bang dah."Zalikha menarik tangannya yang berada digenggaman Qayyum. Qayyum melepaskan tangan itu lalu berdehem sedikit,sedar akan kertelajurannya. Dia bergerak perlahan ke arah coway untuk menyambung semula pembuatan susu yang tertangguh sebentar tadi.
"Abang taknak cari penganti akak saffiya?" Zalikha membuka topik. Tindakan Qayyum terhenti seketika, dia tidak menjawab malah menyambung semula kerja yang tertangguh itu.
"Ib-"
"Aku tak fikir pasal tu lagi, dan mungkin tak akan fikir." Ringkas dan padat jawapan Qayyum, zalikha terdiam. Dia mengetap bibirnya, air matanya mulai bertakung di pelupuk mata.
"Tapi zalikha suka abang." Terang zalikha, Qayyum masih tenang kerana dia sudah lama tahu akan perkara itu, cuma dia malas ambil tau.
"Suka dan cinta perkara beza zalikha."
"Zalikha nak ajak abang khawin." Sepi dan hening suasana dapur itu. Zalikha mengengam tanganya erat manakala Qayyum terdiam.
"You deserve someone better,"
"Kenapa abang selalu tolak Zalikha bila zalikha cakap suka dekat abang? Apa kurang nya zalikha abang? apa lebihnya arwah akak saffiya."
"Jangan sebut tentang orang yang sudah tiada zalikha." Nada Qayyum mulai keras, anak matanya memanah tepat ke arah gadis dihadapanya.
"Mungkin sebab Zalikha ni anak orang gaji? Ya? Oh mungkin arwah akak saffiya kan cantik kaya perf-"
"Enough Zalikha ! Aku dah cakap taknak khawin dengan kau kan, kenapa nak libatkan orang yang sudah tiada. Aku nak cakap kau bodoh umur dah 20 tahun. Belajar terima hakikat aku dan kau tak mungkin bersama. Dan stop kejar aku."
Zalikha tertunduk malu dalam masa yang sama hati dia sakit. "Maaf buat abang rimas." Zalikha keluar daripada ruangan dapur itu.
End of flashback
**
TBC
Tiada scene Qaseh dan hayyan kali ni, next bab hayn akan kuasai bab.
Unlock for next chapter 150 vote
YOU ARE READING
BABYGIRL MR HAYYAN QALISH | C
RomanceFirst romance story by cweetiee 𝐇𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐇𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐅𝐈𝐓 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀. Tidak tersangka di dalam fikiran Qaseh yang dia bakal berkhawin dengan seorang jejaka yang mempunyai semuanya, seperti drama melayu yang dia berkhawin d...