꧁Qaseh×Hayyan꧂
Qaseh terhenjut-henjut melangkah ke dapur. Takut terserempak dengan geng opah nya. Dah lah opahnya garang.
"Baru jumpa jalan nak turun bawah ker Qaseh ?" Hampir luruh jantung nya mendengar suara raziah entah dari mana datang nya. Qaseh perlahan-lahan berpaling ke arah suara tersebut dan terlihatlah Raziah sedang bercekak pinggang memandang nya.
Mampus gue !
"Opah. Qaseh err"Qaseh mengaru kepala nya sambil tersenyum kambing ke arah opah nya. Raziah memandang tajam.
"Bangun pun dah jam berapa, selama ni cucu aku serapan jam berapa ? Eh rugi betul dapat isteri macam kamu ni ." Terpempan Qaseh mendengar ujaran opah kepada hayyan. Seperti di cucuk sembilu hati nya.
"Opah ." Bergenang mata Qaseh.
"Kamu jangan nak buat drama tv 3 lah tengah hari ni masak, aku nak juga masak masakan cucu menantu aku. Jangan cakap masak pun tak pandai ." Setelah berkata begitu Raziah terus keluar daripada ruangan dapur. Qaseh mengesat air mata dengan laju. Tidak pernah orang berkata sedemikian kepadanya.
Wakeup Qaseh ! You can do it ala setakat opah singa tu apa lah sangat sedangkan suami harimau tu pun boleh di jinak kan.
Cieh jinak tang mana.
"Opah cakap masak ker tadi ? Ottoke ! Aku mana pandai masak ." Qaseh mundar-mandir sekejap tanganya mengetuk kepalanya sekejap mengaru sekejap bercekak pinggang. Kalau boleh semua dia nak buat.
Ting ! Seperti mentol di kepala Qaseh . Qaseh tersenyum. Qaseh keluar memakai seliparnya lalu mencari kelibat suaminya. Mundar mandir dia mencari kelibat suaminya namun tiada di nampak.
"Eh ! Kamu ker cucu menantu jiah ?" Ah sudah ! Qaseh menoleh ke arah suara tersebut. Dia ingat kan seorang sahaja rupanya 4 orang. Jiah ? Tu nama glamour opah hayyan mungkin.
"Err yer makcik. Assalamualaikum ." Qaseh menyalam kan semua makcik-makcik tersebut.
"Waalaikumsalam . "Jawab mereka serentak namun Qaseh perasaan makcik-makcik tersebut asyik memandang perut nya sahaja . Kenapa dengan perut nya ? Nampak buncit sangat ker? Oh biasalah di penuh kan dengan makanan.
Tiba-tiba seorang daripada mereka menyentuh perut Qaseh, terkejut beruk Qaseh. Qaseh cepat-cepat menepis tangan makcik tersebut. Lalu menanyangkan riak tidak suka dengan perbuatan mereka .
"Kamu ni mandul ker ?" Prak! Terpempan sekali lagi Qaseh di buat nya. Qaseh tidak menyangka perkataan yang paling di takutinya keluar daripada mulut mereka.
"Kenapa makcik tanya macam tu ? ."
"Tak akan dekat dua bulan khawin belum membuahkan hasil ? Hayyan tu makcik percaya lah dia tidak mandul dengan badan yang macam tu. Tapi kamu ni makcik syak mandul sebab makcik pegang perut tu masih belum ada isi ." Hancur hati Qaseh mendengar ujaran salah seorang makcik yang bernama ila itu. Siapa jer nak di katakan mandul kan ? Air matanya sedaya upaya di tahan.
Namun dia masih boleh mengukirkan senyuman lagi. Walaupun hatinya seperti di siat-siat. Macam mana dia nak menggandung kalau Hayyan langsung tidak pernah sentuh dia .
"Masih belum ada rezeki lagi. Saya nak cari suami saya , minta maaf ya." Qaseh melangkah pergi meninggal kan para makcik bawang itu. Kelibat hayyan yang berada di bawah pokok mangga itu terlihat cepat-cepat Qaseh mendekati nya lalu lantas memeluk Hayyan .
Qaseh menghamburkan tangisan nya di dada hayyan sedaya upaya dia menahan namun apabila terlihat kelibat hayyan dia tidak dapat menahan. Hayyan hairan dengan perihalaku Qaseh. Namun dia hanya membiarkan.
"Kau kenapa ni ?" Hayyan menyelitkan rambut Qaseh ke belakang telingga untuk melihat wajah Qaseh yang sudah merah itu seperti udang di bakar .
"Awak" Qaseh menghentakkan kaki nya .
"Saya tak mandul kan ?,"
"Awak." Namun tiada sahutan daripada hayyan.
"Kau kenapa tanya aku macam tu ?"Qaseh yang masih teresak-esak di dadanya mendongak memandang dia.
"Saya takut, nanti awak cari lain."
**
TBC
PROMOTE
- Aqil and Aqilah
-Hello peanut butter
-Hello special friend
-salt and pepper
YOU ARE READING
BABYGIRL MR HAYYAN QALISH | C
RomanceFirst romance story by cweetiee 𝐇𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐇𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐅𝐈𝐓 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀. Tidak tersangka di dalam fikiran Qaseh yang dia bakal berkhawin dengan seorang jejaka yang mempunyai semuanya, seperti drama melayu yang dia berkhawin d...