꧁QASEH×HAYYAN꧂
"Kalau dah nama nya anjing memang setan, Arian mikael !" Nazrin berlari mengejar langkah panjang mikael.
"Sorry tak sengaja, aku ingat kan bukan patung kau !" Mikael berpusing-pusing di ruangan tamu. Riuh-rendah rumah raziah dengan suara teriakan Nazrin dan Mikael bersilih-ganti. Qayyum yang sedang mendukung saffina yang baru sahaja keluar daripada bilik lalu menengking ke arah mereka berdua.
"Nazrin zulkarnain, Arian mikael ! Anak aku tengah tidurlah!" Terhenti semua gerak-geri Nazrin dan Mikael, dua-dua sama-sama menunding jari sesama sendiri.
"Aku cakap dah, dah lah !"
"Qayyum, Nazrin, mikael kenapa bising-bising ni tak manis jiran dengar."Raziah menegur perbalahan mereka. Masing-masing sudah berumur tapi perangai kalah-kalah budak 5 tahun.
"Opah, Qay buat ian." Arian seperti kanak-kanak kecil terkedek-kedek mendekati Raziah. Sesampai mikael di tempat raziah telinga nya sudah menjadi habuan raziah. Biar opah piat sampai telinga putus !
"Argh ! Sakit-sakit. Nazrin panggil bomba telinga aku nak putus dah ni !"
"Nombor bomba apa? 999?"
"Tulah orang suruh ambil vaksin kau ambil vacum. Kau ingat kat sini ada kebakaran nak panggil bomba segala?" Mikael baru sedar. Dia menepuk kan dahi nya.
"Tak boleh bomba, jabatan air pun boleh."
"Kau nak makan selipar saiz 7 ker Arian mikael?"
"Malam ni ada kenduri doa selamat kat rumah tok mail kamu tu. Dia sambut cucu dia yang baru balik dari belajar kat sabah." Raziah berkata dengan tenang. Nanti tak bawa boleh runtuh rumahnya akibat dua makhluk Allah itu.
"Ah bagus, aku nak kenal kan kau dengan cucu tok kau tu. Lia natalia kata nya nama nya." Nazrin yang sedang santai meminum air oren itu tersedak. Lia.
Lia, gadis yang dulu pernah diherdik, dimarah oleh nya hanya kerana budak itu menyatakan perasaan. Dia sudah lama tidak melihat wajah gadis itu sejak kejadiaan dia memalukan gadis itu dikhalayak ramai.
Bagaimana gadis itu sekarang?
Qaseh mengayakan baju kurung moden berwarna putih yang bermanik tidak terlalu banyak. Simple but beautiful. Hayyan juga mengenakan baju kurta berwarna putih atas paksaan Qaseh. Nak matching-matching lah katakan !
"Wow, husband siapa hensem sangat ni? Eh husband saya!"Qaseh terkedek-kedek masuk dalam pelukan hayyan dia mengucup sekilas dada Hayyan yang berlapik. Jelas sekali wajah hayyan cemberut kerana Qaseh memaksanya untuk mengenakan baju itu.
Nasib isteri.
"Kau dah tak sayang aku." Hayyan meletakan dagu nya dibahu kanan Qaseh. Qaseh muncung dengan ujaran Hayyan, tak sayang tak lah aku hampir gila sebab anda hayyan Qalish.
"Awak pun dah tak sayang saya."
"Apasal pulak?"
"Awak tak beli apa yang saya suruh." Erk hampir saja hayyan tercekik halkum sendiri. Wanita didepan nya ini memang tiada malu betul.
"Nanti sekarang ni kita kat rumah opah sayang." Qaseh tersenyum mendengar panggilan sayang daripada suami nya. Limited edition Auh ! Qaseh melepaskan pelukan suminya lalu bergerak ke arah anak gadis nya yang sedang berbaring di katil bayi itu.
"Qalisya. Alololo anak mama ni." Qaseh melagakan hidung kecil milik Qalisya dengan hidung nya. Mereka sekeluarga sama-saa melangkah ke ruangan tamu. Qaseh melihat kawan-kawan suaminya masing-masing mengenakan baju melayu.
Habis iman Qaseh berterabur di tiup angin. Mama budak ni gatal !
Darren mengenakan baju melayu warna hitam diikuti dengan Nazrin menggunakan baju melayu warna biru, Qayyum mengenakan baju melayu berwarna hijau dan diakhiri oleh Mikael menggunakan baju melayu berwarna kelabu. Masing-masing ada aura kehenseman tersendiri. Lagi-lagi darren.
Eh ! Darren author punya! Nak gaduh meh-meh.
"Jom!" Mereka semua menaiki kereta milik hayyan kecuali darren dan mikael menggunakan kereta sendiri.
"Saffina and Qalisya behave tau sayang. Takmo cry-cry okay?" Qaseh berkata ke arah bayi yang seusia itu walaupun saffina awal sehari. Baju saffina sengaja disamakan oleh Qaseh biar nampak macam kembar.
Qaseh tidak pernah melebihi kasih sayang antara dua bayi itu. Dia tidak pernah berat sebelah. Kerana dia bukan jenis pendendam.
Setelah mengambil masa beberapa minit mereka pun sampai ke tempat kediaman milik ismail atau lebih dikenali sebagai tok mail itu. Suasana rumah itu terang-bederang dan dihiasi dengan suara kanak-kanak yang bermain dengan riang nya.
Detak jantung Nazrin sudah berdetak laju. Mereka turun daripada kereta seusai hayyan memparking kereta milik nya.
"Eh Raziah ! Masuk-masuk jangan segan-segan duda pujaan kau takde kat sini." Tok mail mengamit mereka untuk masuk. Semua mata terarah tempat mereka kerana hadir nya 4 jejaka hot's itu. Para gadis tersenyum-senyum memandang mereka.
"Wuh banyak nya cucu kau jiah. Ni anak syira ker semua? Segak-segak semuanya." Tok mail menepuk bahu mereka berempat beberapa kali. Mereka hanya tersenyum.
"Bukan Hayyan jer cucu lelaki aku. Yang lain ni alien sesat kat bumi."
"Ian delete number duda tu karang."
"Hehehe, gurau saja mah. Yang lain ni cucu angkat aku. Kenal kan, nazrin, ian, darren, Qayyum." Raziah menyebut semua nama mereka. Mikael cemberut.
"Panggil mikael jer pakcik. Takpayah pangg-."
"Tok, nenek panggil kat dapur." Satu suara lembut menegur menyebabkan mata mereka terarah kepadanya. Gadis bertudung hitam.
Nasib tiada baju kuning.
Bebola mata gadis itu membesar apabila ternampak satu figura yang amat dibencikan oleh nya.
Nazrin.
Nazrin tersenyum sinis.
**
TBC
YOU ARE READING
BABYGIRL MR HAYYAN QALISH | C
RomanceFirst romance story by cweetiee 𝐇𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐇𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐅𝐈𝐓 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀. Tidak tersangka di dalam fikiran Qaseh yang dia bakal berkhawin dengan seorang jejaka yang mempunyai semuanya, seperti drama melayu yang dia berkhawin d...