Flasback
" Okey pelajar , Next week kita akan buat projek sekali lagi kali ni kita akan buat berdua " para pelajar masing masing berbisik tentang projek yang akan mereka buat bersama masing masing nak dia dengan dia
" Hey hey diam saya belum habis cakap lagi . Nama untuk partner awak semua , saya dah sediakan . Mahu tak mahu awak wajib siapkan projek tu sebelum bulan 7 ni saya akan sebut satu persatu nama partner awak " cikgu yang mengajar memberi nama pasangan masing masing , kebanyakkan semua menyukainya . Tetapi hanya seorang sahaja yang geli dengannya
" Baiklah saya harap awak semua boleh siapkan secepat mungkin terima kasih " Kata cikgu dan keluar dari kelas
" Euww .. aku kene partner dengan pelacur , Cis jijik lah " kata rakan sekelasnya berbisik dengan rakan sebelahnya walaupun berbisik tetap juga boleh didengari . Kemudian nya melihat Syasya yang masih menahan rasa sakit didada
" Oi pelacur .. Kau takyah la buat projek tu biar aku buat sorang . Aku geli la nak layan dengan kau . Aku lagi sanggup buat sorang sorang . *smirk* dasar , kau tu dah tak suci takyah datang sekolah lagi la kau ingat kiorang suka pompuan murah macam kau ? " kata rakannya itu yang bernama lia . Lia tertawa melihat syasya yang masih diam memandang kebawah . Hatinya remuk bila dikata tanpa lapisan . Titisan air mata jatuh tanpa henti . Rakan sekelasnya juga turut ketawakannya .
Erima yang mendengar perkataan biadap dari lia pada Syasya dia bangun dan pergi kemeja lia .
" Lia ! Jaga mulut kau ! Jangan berlaku biadap dengan syasya ! "
" Apa pula ? Dia tu pelacur . Dia dah sedap layan laki mana , Tetap juga kau nak protect dia ? Tolong lah "
" Aku kenal Syasya , dia takkan buat macam tu ! "
" Cis .. Kau tak tengok ke Video dia tengah sedap tu viral kat telegram sekolah ? Weh aku geli lah nak ingat balik "
" Lia tolong la berikan dia peluang , Aku yakin syasya bukan saja saja nak buat macam tu "
" Heh *smirk* whatever .. Kau nak cakap apa pun pasal dia aku takkan berkawan dengan dia jijik .. kau nak kawan ngn dia kau pergi la aku tak kisah . Siapa je nak kawan dengan pompuan murahan macam dia ? "
Bunyi kerusi yang kuat menarik perhatian semua pelajar dalam kelas tu .
Syasya bangun dan keluar tanpa berkata apa apa . Tangisan yang dia tahan akhrinya mula melonjak naik .
Erina mengejar syasya dimana dia pergi .
Syasya memilih tandas untuk melepaskan rasa sakit yang dialami . Dia manangis sehingga terduduk hingga menepuk nepuk dadanya yang sedang sakit .
Erina yang baru saja tiba , langsung memberikan pelukkan hangat pada syasya . Tidak banyak kata hanya cuba menenangkan diri syasya yang keesakkan menangis .
10 minit kemudian tangisan syasya berhenti . Awalnya erina fikir syasya tidur dibahunya . Tapi bila ditolak sedikit untuk memperbetulkan posisi mereka syasya jatuh lemah tanpa sebarang reaksi .
Erina terkejut dan cuba untuk membangunkan syasya tapi syasya tidak juga bagi sebara reaksi . Erina panik terpaksa bawa ke bilik rawatan sekolah . Dengan sedaya upaya dia angkat syasya walaupun sedikit berat .
Dokter yang ada didalam bilik rawatan pun ikut panik tengok pelajar tak sedarkan diri .
" Kenapa ni ?! "
" Dia pengsan lepas dia menangis dalam tandas tadi "
" Pengsan?! Haa letak dia kat sana , Saya call ambulan "
YOU ARE READING
THE LOVE DOCTOR [BOOK2] (GxG)
Romance[WARNING!18+++] "Aku bukan sesiapa buat dia , Cinta aku dan dia hanya sementara . Aku hanya dapat menumpang sayang hanya sesaat " - Ayuna " Aku Sayang dia percayakan dia , Tapi kenapa patut dia Tipu aku dari dulu ? Kenapa tak jujur saja ? Aku sakit...